Sunday, July 3, 2011

BERTIMPA-TIMPA, TAPI REDHA...

Satu

Dalam kelam-kabut membuat persediaan untuk program ke Pangkor, kami menerima panggilan menyatakan enjin bot yang kami pesan menghadapi masalah teknikal dan tidak dapat dihantar mengikut masa yang telah dirancang. Namun apabila masing-masing memerah otak, jalan penyelesaian akhirnya tiba. Alhamdulillah...

Dua


Si isteri menunggu lama untuk makan malam bersama. Janji temu dibuat di kedai makan Wira Sejati. Pesanan dibuat. Hanya menunggu hidangan sampai untuk dijamah. Hajat nak naikkan mood si isteri yang tadi lama menunggu dengan hidangan makan malam sebelum bertolak ke Pangkor. Tiba-tiba telefon berdering. Soalan pertama diajukan "Sir, hang dah lekatka blm roadtax lori?". Alamak, sekali ada kat aku lagi da.... Cepat-cepat call ajoi tanya kat mana. Nasib baik baru sampai Puncak Alam. Dengan rasa penuh rasa bersalah, aku terpaksa mengundurkan diri walaupun belum sempat makanan yang aku order sampai. Hanya sempat berpesan kepada isteri tolong bungkuskan makanan yang aku order td.

Tiga


Selapas roadtax lori dihantar, semasa perjalanan pulang, Lagu yang biasa kedengaran "Sayang Kinabalu" berbunyi menandakan orang rumah call. Dengan suara yang agak lantang, si isteri bertanyakan sama ada aku ada menutup paip air atau tidak. Satu rumah dah jadi kolam. Abis semua baju yang telah aku susun di hall rumah untuk ku bawa ke Pangkor habis basah. Semasa memandu aku dah jadi tension. Apalah nasib badan, lepas satu, satu yang jadi. Dengan rasa bersalah dan letih, sesampainya di rumah, aku mengeluarkan baju t-shirt lama aku. Aku basahkan dan perah semula ke dalam baldi untuk mengeringkan kawasan yang bertakung. Mode masa tu, relakan je la dalam keadaan lapar, dah memang salah aku..... makanan yang dibungkus tidak disentuh sampailah semuanya selesai lebih kurang pukul 1 pagi. Baru dapat lelapkan mata. Maafkan abang, sayang...

Empat


Pukul 3.00 pagi aku bangun, bergegas ke Hentian Putra untuk pick up enjin yang baru sampai dari Kuala Berang dan seterusnya menuju ke Lumut. Enjin dihantar untuk diperbaiki. hampir pukul 5 petang kami mula masuk ke Teluk Segadas, Pangkor. Barang diangkut. Setelah lama menunggu, bot belum kembali. Rupa-rupanya ombak besar di sebelah sana. Itu pun tahu setelah cubaan kol banyak kali dibuat. Ayu yang menjawab. "Abg yasir, ada berita tak baik, Laptop Abg Yasir kena air laut, Kami tengah cuba selamatkannya". Ya Allah, habisla aku... Sesampainya di camp site, terus aku meluru untuk melihat keadaan laptop. Beg aku tengok bergantung, menitik-nitik air laut. Laptop aku nampak mengiring dalam keadaan terbuka. Ada terlintas untuk aku bilas dengan air bersih, tetapi hati ini merasakan lebih risau kalau menambahkan kerosakan. Setiap lubang di sekeliling laptop aku sedut. Semuanya terasa masin. Dalam hati dah rasa tak sedap hati. Apa aku nak cakap kat tuan empunya laptop ni. Aku berserah.

Lima

Setelah balik dari Pangkor, laptop dihantar terus untuk dibaiki. Apa yang melegakan, hard discnya masih lagi berfungsi. Aku tinggalkan untuk diperbaiki. Namun yang lebih menghancurkan hati ini, mamat kedai yang baru dihubungi mengatakan "Bang, laptop dah total lost, dah boleh claim insuran"..... Tapi aku masih mahu mencuba di kedai lain. Mana lah tahu boleh buat. Sebab aku dah janji......

Semua yang berlaku aku hadapi dengan redha. Mungkin Dia cuba menguji diri yang lemah ini. Mungkin yang terjadi ada hikmah disebaliknya...... Aku terima......

p/s: semua gambar sekadar hiasan...

SEPI...

Dah lama sangat saya rasa meninggalkan laman blog ni. dah dua bulan tak dak entry yang baru. Kesibukan dalam melangkah ke alam kehidupan yang baru dan kerja mungkin menjadi penghalang. Tak kurang juga kekeringan idea untuk dihamburkan dalam blog ini. Namun itu semua alasan. Hehehe... Banyak yang berlaku kebelakangan ini. Ada suka dan duka. Ada yang bahagia. Macam-macam. Akan aku coretkan satu persatu..........

Wednesday, April 27, 2011

SINGGAH SEMBANG...

Tatkala aku baru hendak memulakan kerja membasuh khemah di rumah 8, sedang aku mula mengasingkan khemah, aku terlihat sebuah kereta Proton Iswara bewarna biru muda lalu sambil pemandunya menjeling pelik melihat kawasan halaman rumah 8. Selang 5 minit kereta tersebut berpatah balik, teruih ja parking belakang BBL.


Salam diberi tanpa pengenalan diri. Terus aku diajukan soalan berkaitan PFD yang berlonggok di bucu pagar. Ditanya sama ada PFD itu untuk dijual. Dengan pantas jawapan "TAK" diberikan. Hamba Allah berkenaan memulakan cerita dengan mengatakan beliau adalah bekas seorang kelasi kapal untuk MISC. Bertanggung jawab menjaga rumah api. Sebab tu dia agak berminat bila melihat PFD. Mainannya dulu katanya. Agak rancak situasi penceritaan yang disampaikan. Bermacam cerita dilemparkan. Ada nasihat, ada pengajaran.


Berasal dari Terengganu, namun nama masih belum diketahui. Cerita beliau mengisahkan pengalaman hidup sebagai seorang kelasi kapal. Pernah ditahan @ di 'hi-jack' Geng Abu Sayyaf ketika berada diperairan labuan. Ditahan di Kampung Batu. Pernah mencuba segala macam jenis dadah, arak dan perempuan serata dunia. "Biasala, kelasi kapal" itu ayat yang selalu diselitkan.

Namun, dibabak akhir cerita ada sesuatu yang agak mengejutkan. Peristiwa berlaku di Pulau Tioman, ketika kapal berlabuh di perairan. Dari ufuk ternampak satu kapal samudera lama dengan laju menuju ke arah kapal beliau. Dari pengamatannya, macam kapal Malim Deman. Salah seorang pendakwah yang menyebarkan Agama Islam di Tanah Melayu katanya. Anak kapal kelam kabut untuk mengangkat sauh yang dijatuhkan bagi mengelak dari dilanggar. Namun ketika itu, masa seperti bergerak terlalu perlahan. Tak sempat mengubah kedudukan kapal, kapal yang dikatakan milik Malim Deman ini terus melanggar kapal yang dinaiki. Namun ajaibnya, kapal mereka sedikit pun tidak terjejas. Dengan tiba-tiba objek kapal tersebut berubah menjadi cahaya putih menerangi satu kapal. Bermula daripada saat itu, beliau seperti mendapat "NUR" menyedari kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Sesampai di darat beliau meninggalkan pekerjaan sebagai kelasi. Mula mendirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga.




Agak lama jugak mendengar cerita yang disampaikan. Di akhir pertemuan, aku bertanyakan namanya. ZAKI.......

.

APRIL...





Bulan April, banyak peristiwa istimewa yang aku raikan. 7 April, genap usia aku 27 tahun. 9 April, genap setahun usia pertunangan aku. 10 April, aku diijabkabulkan dengan pasanganku CK, 25 April, genap usia tambatan dua hati dengan CK dan yang paling penting genap usia MAK 66 tahun. Tapi atas desakan kerja dan tugas, menghalang aku untuk membuat coretan dalam blog ni. Terasa rasa kurang post-post baru yang akan memenuhi ruang blog pada tahun ini. Namun aku akan cuba membawa cerita-cerita yang menarik untuk tatapan bersama....


.

Monday, March 14, 2011

ISTANA...



Harap kukuh menempuhi pelbagai halangan....
.

Monday, February 21, 2011

"AGI IDUP, AGI NGELABAN"

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan tragis yang menimpa pelumba basikal negara, Azizul Hasni Awang. Walaupun beliau mengalami kemalangan, namun ada yang perlu kita banggakan. Menurut laporan yang tersiar, beliau tetap bangun meneruskan perlumbaan bagi menduduki tempat tempat ketiga seterusnya merangkul juara dunia pada tahun ini. Yang lebih mengejutkan lagi, kemalangan yang dialaminya disedari serius setelah beliau menamatkan perlumbaan dan didapati ada serpihan kayu dari trek menusuk betis kirinya sehingga tembus.

Mungkin beliau sendiri tidak menyedarinya ketika meneruskan perlumbaan kerana kandungan adrenalin yang tinggi ketika berlumba membuatkan beliau tidak merasa kesakitan ketika itu. Namun setelah semuanya tamat, kesakitan mula terasa.

Apa yang boleh diambil di sini adalah masihkah ada wira negara yang sanggup berbuat demikian? Mengetepikan kesengsaraan dan kesakitan demi mengharumkan nama negara?
Syabas kepada Azizul Hasni, anda wira sejati....

.

Wednesday, February 9, 2011

KENA HORMAT KA????

Dalam kehidupan, ada yang baru, ada yang lama.

Dalam kehidupan, ada yang muda, ada yang tua.

Dalam kehidupan, ada yang mulia, ada yang hina.

Dalam kehidupan, ada yang baik ada yang jahat.

Sebagai yang muda harus menghormati yang tua. Tak kira bangsa, agama, budaya dan adat. Hormat tetap hormat. Jikalau tak ada yang lama, manakan wujudnya yang baru. Yang lama memang tidak boleh disangkal, banyak sangat pengalaman dan pengajaran di dada. Tetapi jangan dilupa, yang muda juga banyak pengajaran dan berakal. Dunia sekarang tak macam dulu, pandai dan bijak, dia yang berkuasa. Tapi jangan lupa, hormat orang tua....


Namun, apakan daya kalau yang tua tu pulak mendajalkan yang muda. Kena sabar atau lawan tanpa gentar? Kena hormat atau lipat? Atau yang muda guna kena guna azimat psychology akal untuk mematikan gerak geri yang dah lama berakal?
.
p/s: Pantang tengok orang tak hormat orang tua.
.

Thursday, January 27, 2011

"PAK CIK NI SAPA?"

Semalam malam, tengah dok relax-relax tengok tv, Adli masuk. Kemudian bergegas untuk keluar semula. Bila saya tanya, dia jawab....
"Amir accident"
Saya dan Acap terkejut. Terus membuat keputusan untuk ke hospital Klang. Sampai di sana saya tak sempat nak berjumpa. Saya tanyakan kawannya yang berada kat situ. Kata mereka Amir dah dibawa ke tempat menghala ke Ruang Utama Hospital. Saya dan Acap mengikut laluan yang sama untuk cuba mencari Amir. Kemudian saya ternampak papan tanda yang menyatakan arah ke Bilik X-Ray. Mungkin Amik kena x-ray kut. Sampai di depan bilik x-ray, ada seorang remaja macam tengah menunggu rakannya. Saya memberanikan diri untuk bertanya.
"Salam, dik, tunggu kawan ke?"
"Ha,ah" jawab budak tuh.
"Kawan nama apa?"
"Muzamir"
" Amik ek?"
"Ha'ah, pak cik ni saper?" (antara dengar tak dengar)
"Saya ni housemate dia" (dalam hati dok kata "dia panggil aku pak cik ker?")
Selepas itu Amir keluar dari bilik terlantar atas strecher. Dalam keadaan sedar tak sedar saya cuba untuk berbual dengannya. Kemudian kami membawanya ke bilik rawatan. Alhamdulillah tak ada kepatahan, mungkin ada sikit konkusi dalam kepalanya.
Masa kat luar bilik rawatan, saya bertanyakan kepada Acap.
"Hang dengaq dia panggil aku apa?"
"Pak Cik, hahahaha"
Hantu betoi, ada ka patut panggil aku pak cik. Nampak tua ka aku...???? adoiyai.....
.

Wednesday, January 26, 2011

BOTOL KICAP PUN ADA NAMA!!!

Beberapa hari yang lalu saya pulang ke kampung. Semasa di sana, sempat berborak lama dengan Mak. Ada satu cerita yang agak menggelikan hati tetapi penuh pengajaran. Suatu hari Mak ke Taiping menaiki bas Red Omnibus untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan memeriksa status kesihatan mak atau lebih tepat lagi keadaan penyakit kencing manisnya. Dalam perjalanan, seorang mak cik yang duduk dihadapan bangun untuk menekan loceng untuk berhenti, tetapi malangnya loceng itu tidak berbunyi, mungkin rosak. Dengan keadaan kelam kabut mak cik berkenaan menjerit kepada pemandu bas terbabit.


"Woi, berenti woi, aku nak turun ni..."


Dengan pantas, pemandu (India) bas itu menjawab,


"Apa woi, woi... lu ingat aku ni binatang ka, kayu ka, apa ka. Cakap mau baik-baik sikit la..."


Dengan perasaan malu, mak cik tersebut turun sambil memohon maaf kepada pemandu terbabit...





Kes-kes yang macam ni sebenarnya banyak berlaku. Kadang-kadang lebih teruk lagi "gelaran" yang diberi. Sial la, Bodoh la, Babi la dan macam macam lagi. Apa perasaan anda kalau anda yang dipanggil dengan nama-nama sebegitu. Kalau tak marah, memang kayu la. Susah payah mak bapak fikir nak letak nama kita sedap-sedap, dipanggil pulak dengan nama yang macam tuh. Memang la kawan, tapi ada limit. Kekadang orang lain yang mendengar pulak yang merasa kurang senang. Tak dak adap, panggil orang dengan nama sesuka hati.....





"BOTOI KICAP PUN ADA NAMA HANG TAU..."
.

Thursday, January 20, 2011

Lanun Vs Lanun - Episod 1

Alhamdulillah, semalam, setelah lama merancang, akhirnya terlaksana jua. Bermula dengan panggilan telefon, mendapatkan confirmation dari lanun-lanun, satu pertembungan dapat dijalankan di Dusun Ali King Paintball, Gombak. Maka, ramailah lanun-lanun yang dapat turun walaupun tak semua lanun ada kerana ada kekangan masing-masing. Tapi tak mengapa, ini baru episod 1. Perancangan untuk episod 2 masih dalam perjalanan. Nantikan kemunculannya...







Berbagai janji dan peraturan yang dibuat, namun janji tinggal janji... hahaha... biasala, Lanun....



Saya akhirnya berjaya untuk merealisasikan peperangan ini. Alhamdulillah....

p/s: Moral of the story, jangan percaya janji lanun........
.

Wednesday, January 5, 2011

GATHERING 1001 AL-KISAH...

29 Disember 2010 - 1 Januari 2011 aku ke PD dan Melaka. Ada gathering family kedua aku , PERLU. Gathering kali ini adalah gathering yang paling grand pernah aku hadir. Tapi ramai jugak yang tak dapat hadir. Sampaikan ada yang call dari ujung tanah nangis2 tak dapat nak ikut... hehehe.... Kat PD rutinnya, bangun pagi sarapan, swimmig pool, volleyball. Petang, makan tengahari volleyball, swimming pool, lajak sikit ada beach games. Kira fun and leisure gak la. Dah nama pun gathering bukannya team building. Memang best.

Tambah pulak malam pertama ada final kedua Piala Suzuki AFF Malaysia - Indonesia. Gamat suasana meraikan kejayaan pasukan negara menjuarai kejohanan tersebut. Malam kedua dengan sessi makan malam dan karaoke. Tapi yang terkejutnya, ada ka patut backdrop pakai nama aku. Patut tanya la nak letak apa. Dah macam majlis nak rai diri aku plak. Tapi suasana tetap fun, masing-masing nak test bakat sampai ke tengah malam.

Esoknya pulak kami bertolak ke A Famosa Resort, Melaka. Time tu dah ada yang balik, dan ada pula yang datang. Malamnya pi layan Carnival Show kat Koboi Town. Mula-mula layan dengan persembahan Red Indian Main Api, lepas tuh perarakan dan kemudian letusan bunga api. Tapi nak dijadikan cerita, suatu kejadian yang tak diingini berlaku. Bikin Spoiled ja orang nak happy-happy. Mood nak tgk bunga api tahun baru terus hilang. Boleh saman tuh....


Esok pagi pulak kami bergegas ke Safari. Layan 2 - 3 show. Petang mandi waterworld. Dah lama taram.... Kali kedua p baru dapat mandi. Program berganjak sampai ke malam. Layan ikan bakaq pulak kat Umbai. Memang sedap.... Pastu ada la sikit majlis ringkas meraikan 5 alumni punya besday. 1 kek kongsi 5. Sharing is caring... yang tak tahan sekali, yang beli kek tu rupanya beli untuk diri sendiri. hahaha... Dia pun tak tau... aku pun tak tau, semua pun tak tau.... Alhamdulillah program dan majlis berjalan lancar dan menjelang 12 tengah malam kami pun berangkat pulang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kepada pihak pengurusan tahniah kerana berjaya merancang dan menjalankan program ini. Namun ada aspek-aspek pengurusan yang perlu diperbaiki. Manusia tak sempurna.




P/S: Selamat menyambut hari lahir kepada yang diraikan... Kak Nurul, Kak Ema, Itik, Ayu dan Atiq.... Moga Panjang umor, murah rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat....
.

Wednesday, December 22, 2010

TAK DER KABEL KER?

Mintak tu, mintak ni.
Nak tu, nak ni.
Mohon tu, mohon ni.

Ditanya pula "Tak der kabel ker?"

Situasi 1:

Pergi interview kat satu tempat ni, bawa semua kelulusan yang ada dan setaraf. Bawakla juga dengan sedikit pengalaman yang ada. Bersemangat, bersedia menjawab semua soalan dan pertanyaan. Bila ditanya pulak peluang untuk dapat, dibalas dengan soalan "tak der kabel ker?". Ada tu yang siap cakap kena bayar pulak kat kabel yang sedia ada tu untuk dapatkan jawatan tu. Nauzubillah...

Situasi 2:

Pergi ke satu pejabat, nak mohon kuaters. Bila dah berurusan siap dengan dokumen yang diperlukan, ditanya bila boleh dapat? Di jawab pulak dengan soalan "tak der kabel ker? Ramai lagi yang menunggu. Kalau ada kabel senang la. Boleh dapat cepat sikit." Keluar dengan penuh harapan. Sampai kat post guard, guard pun tanya dapat ke tak siap ada tambahan soalan "Tak der kabel ker?"....

Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau nak kerja kena guna kabel jugak. Tak cukup layak ka kelulusan yang ada sampai nak kena guna kabel?
.

Tuesday, December 7, 2010

DULU TAK ADA BAGUS, SEKARANG ADA KURANG BAGUS...

Dulu, tak ada laptop pun, assignment siap, on time, ikut due date, mantap...
Sekarang, ada laptop, assignment tak sempat siap, lambat, tak ikut due date...

Dulu, tak ada laman sosial, tak kesah pun...
Sekarang, ada laman sosial, di kata buta it...

Bagus ke tak bagus ni?

Dulu, semasa pengajian tak ada pun benda laptop ni semua, ramai ja yang berjaya, cemerlang pulak tu, siap ja semua kerja... Sekarang bila dah ada, bukannya tak cemerlang, tapi kurang, kerja berlonggok tak buat. Laptop dipakai untuk main game, mengadap laman sosial 24 jam sampai kerja-kerja terbengkalai.

Bukan nak menolak teknologi, tapi bila dah ada tu patut berpada-padalah. Utamakan yang utama. Jangan biarkan benda yang mudah menyusahkan kita.
.

Wednesday, December 1, 2010

PADAH TAK KUNCI...


P/S: Lain kali kena kunci. Wajib...

.

Thursday, November 18, 2010

KERA DI HUTAN DISUSUKAN...

Baru-baru ini satu sidang akhbar diadakan dan diumumkan jumlah kutipan yang melebihi setengah juta akan disalurkan kepada mangsa banjir di Pakistan oleh salah satu syarikat tempatan. Usaha murni tersebut sememangnya patut mendapat pujian seluruh rakyat negara. Tambahan pula negara yang ditimpa bencana adalah sebahagian daripada negara Islam dunia. Sama macam kita bantu saudara seagama la. Kemudian beberapa hari sebelum tuh saya ada terdengar satu lagi badan telah menyumbang USD 10,000.00 kepada mangsa letusan gunung berapi di Indonesia. Kalau ditukarkan ke RM adalah dalam RM 30,000.00 lebih. Memang prihatin sungguh rakyat Malaysia ni. Tak boleh disangkal.

Tetapi, pada masa yang sama, dalam negara kita sendiri, di utara tanah air, Kedah dan Perlis telah dilanda banjir besar tatkala dalam persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Berminggu-minggu tidur dalam air. Hasil ternakan, tanaman dan perusahaan musnah sama sekali. Mana perginya bantuan? Dah ada bantuan kena catu pulak tu. Siap ada kes pilih kasih untuk terima bantuan dek gara-gara fahaman politik. Dah kena bala pun nak berpolitik lagi ka? Patut sama-samalah bekerjasama hadapi dugaan. Tak ke naya orang yang kena.

Kalau nak tolong orang lain pun, kenalah tolong diri kita sendiri. Kalau nak tolong negara luar pun, tolonglah negara sendiri dulu. Dalam orang dok hadapi kesusahan dalam negara, tak payah la buat announcement tabung untuk negara luar, apa rasa orang yang tengah dok rasa susah ni?

Kita ni semut, depa tu gajah, mana nak dengar kata semut. Agak-agak meluat, dipijak dek gajah.
.

Monday, November 15, 2010

MAKIN LUPA ASAL USUL KE?

Ahad lepas, saya dan CK ke Port Dickson, saja jalan-jalan. Lepak kejap tepi pantai sambil pekena burger banjo, burger daging special dan sebotol air mineral. Sambil dok layan tiupan angin ditepi pantai bersama ramai lagi pengunjung yang ada di situ. Selepas itu saya ajak CK pi ronda. Dalam perjalanan, nampak signboard Kota dan Muzium Lukut. Teruih rasa nak jejakkan kaki kat sana.

Sampai di sana, keadaan terlalu lengang. Tak dak orang. Ai, tak dak orang mai sini ker? Hari ni hari Ahad. Selalu hujung minggu tempat-tempat macam ni ramai orang. Kami masuk ke kawasan muzium, mencari tempat parking. Ada 2 buah kereta sahaja yang ada dalam kawasan tuh. Tempat memang cantik, macam baru lepas cat. Bau cat pun dok ada lagi. Cuaca seperti nak hujan, tapi saya teruskan juga niat untuk naik tangga ke kawasan tinggalan Kota Lukut. CK sempat mencapai payung dibelakang. Sediakan payung sebelum hujan. Sampai ke atas, saya terkejut apabila ternampak 3 buah kereta yang parking betul-betul di kawasan tinggalan kota. Aik, boleh ka parking kat sini? Bila di tatap dari jauh rupanya semua yang ada kat atas tuh pelancong luar. Mat Saleh. Siap lepak macam pi picnic pulak. Pastu ada bola pulak tuh. Main bola ka kat atas ni?

Masa kami naik, ada satu pasangan suami isteri (agaknya) turun dan memberitahu ada beberapa pemuda India dok kacau depa masa lalu di kawasan tepi kota. Tapi dah kena sound ngan suaminya. Saya naik jugak. CK dah mula rasa tak sedap hati. Hujan mula turun renyai-renyai. CK membantah untuk pergi jauh lagi apabila ternampak sekumpulan pemuda yang dikatakan oleh orang yang berselisih tadi. Rupanya dok layan mabuk. Belasah todi kut. Adalah dalam 3 - 4 orang. Kemudian saya turun. Dalam hati, tak dak orang jaga ka tempat ni?

Kemudian kami terus menuju ke Galeri Pameran Kota Lukut. Disambut oleh pak guard yang berjaga di pintu masuk langsung saya melaporkan apa yang dilihat. Bila dimaklumkan tentang kenderaan yang naik ke atas, beliau memaklumkan bahawa mereka tidak tahu tak boleh naik atas. Tu pakat dok naik tuh. Lepas tu, saya cakap pulak pasal beberapa pemuda yang dok mabuk kat atas dan kacau orang dok lalu kat situ. Pastu boleh pulak dia jawab, "kat atas tu selalu dok jadi 'port'. Kadang-kadang ada orang dok hisap dadah kat atas tu. Kalau kami tau, kami panggil polis buat rondaan. Diorang lari la". Uik, macam tu pulak.

Saya menjangkakan tindakan terus akan diambil, rupanya selamba ja dia dok jaga kat situ. Patut, pada fikiran saya, dia hubungi la guard yang lain dan pergi receea kat atas dan ambil tindakan yang sepatutnya. Ini tidak, biaq ja. Kami kemudiannya masuk ke dalam galeri. Tak banyak yang dipamerkan cuma sejarah bijih timah di Kota Lukut. Bahagian atas pulak mengenai sejarah keturunan Yang Di-Pertua Negeri Sembilan. Masa turun, pak guard tadi mencadangkan supaya kami ke Muzium Tentera. Dengan rasa ingin tahu kami kemudiannya mula bergerak untuk ke sana. Namun, sedihnya kami tersalah jalan masuk ke lebuhraya menghala ke Seremban, jalan balik ke Kuala Lumpur. Nak U-Turn tak dak tempat. Kami memutuskan untuk pulang terus. Tak pa, lain kali kami datang lagi.

Apa yang nak disampaikan di sini ialah tempat-tempat yang bersejarah seperti muzium, galeri, dan kota-kota lama semakin kurang dikunjungi. Tempat-tempat seperti ini adalah penting untuk kita semua terutamanya golongan muda untuk mengetahui sejarah dan asal-usul kita. Sebab tu zaman sekarang ni dah makin ramai golongan ini 'mudah' lupa siapa diri mereka yang sebenarnya. Mungkin sekarang ni zaman IT. Cuma tekan ja, dah dapat maklumat. Namun bagi saya ianya tak sama apabila berada di tempat itu sendiri.

Saya pun bukan tahu sangat asal usul nenek moyang dan budaya saya, tapi keinginan untuk tahu sangat tinggi. Sebab tu saya suka pergi ke tempat-tempat macam ni. Contoh, Muzium Negara, Tugu Negara, A Famosa Melaka dan beberapa tempat lain yang pernah saya postkan sebelum ni. Mungkin ada yang pelik bila saya suka ke tempat yang selalunya hanya dilawati oleh rombongan sekolah.

Destinasi seterunya selepas ini adalah sempurnakan hajat untuk ke Muzium Tentera dan juga saya teringin untuk sampai ke Istana Seri Menanti. Hehehe....

P/S: Jangan lupakan yang lama, kerana jika tiada yang lama, maka tiadalah yang baru....

Friday, November 5, 2010

LABBAIKALLAH HUMMALABBAIK....

Impian mak bakal tercapai selepas 42 hari di Mekkah bermula 4 November 2010. Hasil simpanan yang mak buat, mak menerima panggilan untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Dalam perancangan mak bakal ke sana pada 2014, tapi 2010 dah terpanggil. Syukur Alhamdulillah. Sementara mak masih bertenaga. Hasil wang tiap-tiap bulan kami adik beradik, mak simpan sikit-sikit. Kami semua pun tak sangka mak dapat kumpul secepat ni.




Teringat dulu masa kami hidup susah. Mak banyak berkorban untuk kami tiga beradik. Bermacam pekerjaan mak buat untuk tanggung kami. Mak pernah jadi pencuci bangunan, packing kabaid, keje kedai makan, kerja kat R&R, berniaga nasi lemak dan buat bendang. Mak tak pernah bagi kami rasa tak cukup. Mak sanggup bersusah demi kami. Mungkin masa kami masih kecik kami tak nampak semua tu, kami tak pandai nak pikir lagi. Yang kami tahu, kami mintak saja apa yang kami nak. Mak sanggup meminjam wang, bayar bila padi dah masak. Makan ayam hanya pada setiap hari Rabu. Tu pun mak beli ayam sebelah saja.
.
Ada yang tak sangka kami adik beradik orang susah sehinggalah bila mereka datang ke teratak kecil kami. Mak pandai jaga kami, bagi makan pakai kami. Saya dahulunya malu untuk mengajak kawan-kawan datang ke rumah. Ye la, rumah kecik, tempat tengok tv, tempat tetamu dan tempat tido adalah tempat yang sama. Tak cukup ruang. Yang peliknya, selalu ada orang yang masih mahu bertandang. Tapi mak tetap melayan dengan sebaik mungkin.

Sebagai yang sulung, saya selalu mengalah. Mungkin dah pandai berfikir. Dulu hari jadi saya dan mak tak pernah disambut. Selalunya hanya adik-adik sahaja. Bila pergi ke kedai adik selalu merengek nak kan "Dindang" ataupun "Tora" sampai berguling-guling atas lantai. Mak terpaksa 'cut' budget beli keperluan asas untuk puaskan hati adik.

Ingat lagi bila zaman saya, masa sekolah rendah, Duit belanja hanya 20 sen ke 50 sen sahaja. Masa sekolah menengah hanya RM1 -RM 1.20 sahaja. Bila time adik, mereka dapat lebih dari saya. Terasa jugak, tapi saya dah mula paham kesusahan kami. Saya diam.

Saya tak pernah anggap mak saya tua. Saya bising bila mak pakai baju design orang tua. Saya belikan baju design orang muda. Walaupun mak dah mencecah usia 65, ramai yang anggap mak masih 50-an. Alhamdulillah mak masih kuat. Kami bangga kami jadi anak mak.

Sekarang mak dah berada di Tanah Suci Mekkah, harap mak jugak kuat kat sana untuk menyempurnakan ibadah haji. Semoga mak selamat pergi dan balik. Banyak lagi yang belum selesai di sini......

Saturday, October 23, 2010

APA HUKUMNYA???

Telah beberapa kali saya terdengar dari corong radio ada pemanggil yang membuat aduan mengenai ibu bapa mereka. Ada yang mengatakan ibunya berat sebelah dan pilih kasih. Ada pula yang mengatakan orang tua mereka tiada hak dalam menentukan hala tuju hidup anak-anaknya. Kekadang saya terfikir, adakah mereka ini layak untuk mempertikaikan hak ibu bapa mereka sendiri? Mereka ini tak pikir ker apa yang telah mak bapak depa buat untuk depa selama ni? Ada tak depa pikiaq yang depa hidup senang lenang ni disebabkan mak bapak depa? Ada dak depa pikiaq yang depa hidup kat dunia ni sebab mak bapak depa yang bagi makan pakai depa sejak depa kecik lagi?
.
Saya kadang-kadang rasa panas ja telinga bila dengar ada yang dok bg komen pasal mak bapak depa kat radio. Tak pikiaq ka kalau apa yang depa cakap tu mak bapak depa dengaq. Kompom hancur luluh hati depa. Kalau depan saya ada orang cakap macam tu, kompon ada yang dapat "COP". Free-free ja dapat dosa anak derhaka. Mungkin juga la ni dah ramai nak jadi "Si Tanggang Moden"...
.
Ada pulak yang sanggup pi "Lempaq" mak bapak kat merata-rata dan rumah orang tua. Pastu dibiarkan begitu sahaja. Cuma bagi duit untuk pengurusan. Tu pun kalau ada yang bagi. Ada pulak duit pencen dikebas oleh anak-anak. Padahal itu ja yang ada untuk mereka sara diri sendiri. Memang tak patut.
.
Depa ni time dok ada, dibuang, dihina dan dicerca, esok bila dah tak dak meraung teriak bagai nak gila. Baik tak payah.
.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa, hargailah mereka sebaik-baiknya. Ingat balik bagaimana meraka memelihara dan membesarkan kita.
.
Saya sayang mak saya....
.

Thursday, October 21, 2010

MULA-MULA...

Mula-mula dia mai ngan sumbat hidung, pastu, gatai rengkong (kerongkong), pastu hinguih meleleh. Tak lama lepaih tu, dia mai pulak batuk-batuk. Bila batuk dia tangkap kepala, dok rasa berdenyut-denyut. Badan plak dah start rasa seram sejuk... Alamak, demam la pulak.


Saya kalau demam memang amik masa yang agak lama untuk sembuh. Yang tak bestnya bila demam ni saya kena makan ubat. Dah la teman ni susah nak telan ubat biji. Panadol tu kena pecah 4 baru boleh telan satu-satu. Hari ini dah hari ketiga saya demam. Semalam pi klinik siap kena gelak dengan orang yang kasik ubat. Dia terkejut bila saya request ubat cair bukan ubat pil. Saya cakapla tak boleh nak telan.

Mungkin overused kut badan ni. So, dia sakit la cari alasan nak rest. Moga cepat la hilang demam ni. Tak syiok wooo......

Monday, September 6, 2010

TAG SAJA....

Dulu...



The Store, Jaya Jusco, Kedai Buku, Kedai Runcit, Pasaraya Besar, Macro, dan banyak lagi perlu kita susuri dan berdiri lama untuk memilih. Buat Kekanda, Buat Insan Tersayang, Bonda, Ayahanda, Sahabat, Adinda, dan sekadar ucapan ringkas Selamat Hari Raya. Dari yang kecil tapak tangan hingga ke besar manila kad. Ada pulak yang bila bukak jer bunyi lagu raya, tapi mahal sikit.

Dah balik, ambik pen mula mengarang ucapan, pantun "Pecah Gelas" tak pernah miss. Bukan apa, pakat nak lawan saya dapat kad raya paling banyak. Dah tulis, pakat pi pejabat pos beli stem dan pos. Kemudian tunggu balasan jer....


Sekarang...

Bukak gambar sendiri, family, keluarga, dan kawan-kawan, bukak adope photoshop. Overlay glitter skit, word cantik-cantik, taip ucapan sikit, pastu save. Lepas tu bukak Facebook, upload. Dah upload, tag jer kat kawan-kawan yang ada. Pastu pakat dok penuh je inbox email ngan notification dari gambar yang telah di tag kan. Mudah cepat dan berkesan, tapi kurang feel....
.
Dah lama tak terima kad raya, teringat dulu-dulu....
.