Sunday, November 22, 2009

ZOOM MALAYSIA - MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

"Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka, sila hubungi Cikgu Anis Wedeeya. Bayaran sebanyak RM60.00 akan dikenakan" (1996 - Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar)

Ketika itu, saya hanya dapat membaca iklan sahaja. Niat dihati memang teringin sangat nak pergi dan ikut rombongan sambil belajar itu. Tapi masa tu, keluarga saya tak berkemampuan. Duit belanja sekolah pun time tu 40 sen je. Bila kawan-kawan balik, depa cerita pengalaman yang best-best jer. Saya hanya mendengar menyimpan rasa cemburu di dalam hati.

Memang dah banyak tempat saya dah sampai, tapi tak semua tempat yang saya ingin pergi, saya sampai . Semalam, setelah 13 tahun perasaan cemburu disimpan, saya dah sampai ke Kota A'Famosa. Memang sebelum ni saya dah sampai Melaka, tapi bagi saya kalau tak sampai ke Kota A'Famosa belum cukup syarat sampai Melaka. Pelikkan saya ni. Hampir 4 jam saya habiskan masa dikawasan bandar tersebut. Terima kasih kepada CK kerana sudi temankan saya.

Semasa di sana sempat saya berjumpa dengan sahabat semasa belajar dulu, Rashid a.k.a. Acit Moody. Terkejut saya bila melihatkan isterinya hanya menunggu masa melahirkan anak sulung mereka. Banyak juga cerita yang diborakkan. Lebih kurang pukul 5.30 petang, saya dan CK bertolak balik menuju ke Shah Alam.

*Memang rasa excited masa nak pergi tu......hahahaha.....
.

4 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

tu la hang, masa blajaq dulu, klas aku buat rombongan subjek sport tourism ngan mr. ong tah fatt, hang tak mau ikut, hehehe...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

tak diplawey....

PPT said...

Zoom Malaysia - Bila la pulak nak ada trip bawak rombongan pi Sungai Besar? Walaupun tempat tu kurang peninggalan bersejarah tapi mungkin ada sejarah tersirat dan tersurat.....

aishahadnan said...

salam...
insyaallah ecah jugak akan p melaka...cemburunya abg yasir ngan kak CK dah p... nak p jak3!