Pada hari Ahad yang lalu (29 Jun 2008), PERLU Selangor telah menganjurkan satu program ala-ala gathering alumni PERLU. Tak ramai yang datang tapi meriah juga la. Sampai-sampai saja , kami mendirikan khemah pusat. Dah macam pergi camping 3-4 hari plak. Kaum hawa pulak menyediakan makanan untuk sarapan dan makan tengahari. Abg Malin ngan Shawn pulak keluar cari buah. Selepas sejam, mereka pulang. Nah, sebakul durian dibawa pulang juga beberapa jenis buah lagi seperti mata kucing, dokong, moktan (rambutan) dan manggis. Puas hati hadap buah. Lepas makan ramai-ramai terjun sungai mandi. Mak aih, punya sejuk air dia. Dah lama tak mandi sungai. Teringat masa kat Latta Hammer dulu. Petang pulak kami ada sedikit perbincangan mengenai PERLU Selangor. Apa yang dibincangkan? Adala.... untuk Alumni sahaja......rugi kepada sesiapa yang tak datang......
beberapa jenis buah yang terhidang pada hari tersebut
ha, kopek jangan tak kopek
masing-masing pakat tak sedar, semua sibuk pulun.....
tak tau nak kata, ini reaksi apa....
ha, yang ni isi baik punya cik su.......
Terima kasih kepada semua kerana sudi menjemput kami untuk turut serta. Terima kasih juga kepada yang turut hadir.
(En. Hisyam, Kak Liza, Kamil, Kamelia, Cik Sue, Abg Malin, Kak Nurul, Maisarah, Abg Adabi dan Isteri serta anak sulongnya, Kak Yazilah, Hafiz Tahar, Angah (kawan Kak Nurul), Shawn, Mustakim, Abe, Ajoi, Lan, Diela, Awie dan diri saya sendiri....)
7 comments:
aku nak gambaq weh
Gembira melihat ulasan dan gambar-gambar yang diselitkan oleh anda. Sungguh indah ketika waktu itu. Harap-harap dapatlah kita berkumpul lagi seperti ini dan seterusnya berpanjangan hingga ke syurga kelak. Amin....
-ust-
Hallo Ustat,
Nak kumpul macam mana?
Kau tu hilang macam tu saja.....
Orang lain pun ada awek jugak tapi tak hilang berpersatuan pun.
Kau study balik lah istilah harap-harap dapatlah kita berkumpul kau tu.......
Macam abang PPT selalu cakap, cakap tak guna tembak tak kena...
Ahli RImas
Assalamualaikum...
kepada saudara ku Ahli Rimas.
Hilang begitu saja ada sebabnya. Selidik dahulu sebelum berbicara. Surat tawaran yang mengkehendaki saya untuk bertugas secepat yang mungkin tanpa dapat memberitahu kawan lain.
Tentang hilang kerana ada teman wanita, saya rasa saya tidak hilang begitu saja. Tiada satu pun aktiviti PERLU yang tidak saya turut serta semester lepas. Hilang nya saya pun disebabkan sudah tamat belajar di UiTM.
Saya doakan ahli rimas sentiasa berada di dalam rahmat-Nya dan dilindungi-Nya selalu. Belajar rajin-rajin supaya tidak menghampakan harapan ibubapa. Ingat, jangan tinggal solat ye nak...
-ustat-
assalamualaikum...
kepada ahli rimas
sebelum berkata atau menulis apa2 tu pandang2 lah dulu kiri dan kanan. klau tak pun bagilah salam dulu. jgn pakai tembak je... klau kt tak tau apa yang orang buat yang jadi jgn cakap sebarangan. nanti ada yang tak bersalah makan hati.. betul ke si ustat tu hilang sebab awek dia?? ahli rimas ada dengan dia ke masa dia hilang 2 n penah ke ahli rimas dengar yang awek dia cakap apa2 yang membuatkan si ustat tu menghilangkan diri? pk2 kan lah....
lu pk lah sendri (nabil2008)
wei...rugi wei aku xdapat datang..huhuhu..
banyak progrm dah miss ni..huhuh
Post a Comment