“Abang, tak licin ke pakai Crocs tu?” Tanya wani. “ Crocs Ori ma, mana licin….” Saya menjawab....
Ditakdirkan tuhan, setelah selesai aktiviti waterfall abseiling Sekolah Sri Aman Petaling Jaya di Janda Baik pada 18 Julai 08 yang lalu, dalam perjalanan turun yang tak sampai 2 minit perjalanan, saya telah jatuh tergelincir sebanyak 4 kali. Kali pertama baru 10 - 15 langkah saya jatuh terduduk sampai tergigit lidah, kali kedua selepas 20 - 25 langkah selepas jatuhan pertama buluh hampir tertusuk ke perut. Nasib baik buluh tersebut tak tajam. Kalau tidak, Nauzubillah... kali ketiga saya tergelincir sekali lagi yang mengakibatkan saya tergelongsor hampir 3 meter ke bawah serta luka di tapak tangan dan kali keempat sejurus sebelum sampai ke bawah waterfall 6. Sampai saja kat bawah waterfall 6, Shawn, Mus dan Black ketawakan saya kerana habis kotor dengan tanah.
Di dalam hati mula rasa tak sedap. “apa dah jadi? Aku salah cakap ka?” kemudian baru saya teringat. Ini mesti sebab jawapan yang saya berikan kepada Wani di atas tadi. Cepat-cepat saya beristighfar. Masyaallah, aku silap cakap tadi.
Hari itu, mungkin saya terleka seketika. Tak berfikir bila bercakap. Cerita ini bukanlah sebab nak buka pekung didada atau malukan diri sendiri, tapi sebagai teladan dan pengajaran kepada pengunjung dan rakan Rembang Waktu. Ingat, jangan main suka saja bila bercakap. Sekejap saja kita buat silap “cash” Dia bayar….
Nauzubillah……..
No comments:
Post a Comment