Sunday, August 3, 2008

BAPA NEGARA


JALUR GEMILANG


Sepanjang 51 tahun kemerdekaan, negara kita telah dan sedang dipimpin oleh 5 orang negarawan yang ulung dan terbaik dalam zamannya. Masing-masing dengan semangat nasionalisme yang tinggi; menyumbang sedikit sebanyak kepada pembentukkan Formula Malaysia, dimana hasilnya kita nikmati hari ini. Negarawan-negarawan ini ialah Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Ketiga, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Keempat dan juga Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pada hari ini.


Bapa Kemerdekaan
Y.T.M Tunku Abdul Rahman telah berjaya menyelesaikan masalah politik Tanah Melayu dan telah mewujudkan kerjasama dengan semua kaum. Oleh yang demikian maka lahirlah Parti Perikatan dalam tahun 1953. Dengan adanya parti ini dan peranan Tunku sebagai tonggak utama kepada proses mendapatkan kemerdekaan negara, maka pihak Inggeris dengan rasa berat hati memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Bapa Pembangunan
Menjadi Perdana Menteri pada September 1970, pemikiran dinamis Tun Abdul Razak telah mewujudkan pakatan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai langkah mengukuhkan ikatan inter bangsa yang wujud di negara ini. Beliau juga bertanggungjawab merangka dasar pembangunan negara yang dikenali sebagai Buku Merah. Sumbangan beliau kepada negara dalam rangka pembangunan negara dan luar bandar telah mendapat pengiktirafan dan beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan.
Bapa Perpaduan
Tun Hussein menjadi Perdana Menteri pada 15 Januari 1979 dan telah menjawat jawatan Perdana Menteri untuk tempoh paling singkat. Tetapi ini tidak memberi kesan kepada impak yang beliau tinggalkan kepada Malaysia semasa tempoh beliau itu. Semasa menerajui Kerajaan, Tun Hussein Onn menitikberatkan perpaduan negara dengan usaha-usaha mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Pada 20 April 1981 Skim Amanah Saham Nasional dilancarkan. Beliau telah memberi perhatian serius kepada konsep Rukun Tetangga dan kepada usaha memerangi dadah. Tun Hussein Onn, diingati kerana jasanya memelihara kerukunan hidup dalam masyarakat berbilang kaum.
Bapa Malaysia Moden
Tun Dr Mahathir boleh dianggap sebagai Bapa Malaysia Moden kerana sumbangan besarnya dalam meneruskan usaha-usaha Perdana Menteri sebelumnya dan membawa Malaysia ke era modernisasi. Pemikirannya yang begitu jauh kehadapan dan idea-ideanya yang pada asalnya dianggap sebagai "gila", kemudiannya diterima-pakai oleh kerana faedah dan kesannya yang positif kepada rakyat, negara dan dunia. Seorang negarawan ulung yang diiktiraf dunia, Dr. Mahathir telah mewujudkan mantra "Malaysia Boleh!" yang telah berjaya menganjak paradigma rakyat ke tahap baru yang lebih tinggi; mempercayai diri sendiri dan keupayaan sendiri tanpa mengharapkan bantuan lain.
Keempat-empat Perdana Menteri Malaysia telah memainkan peranan yang dominan dalam menyediakan acuan dan asas kepada formula kejayaan Malaysia iaitu kebebasan dari dijajah, pembangunan berterusan, perpaduan rakyat yang berbilang bangsa dan agama dan keyakinan yang rakyat Malaysia adalah setanding malah lebih baik dari mana-mana pihak.
P/S: kita sepatutnya berbangga kerana pernah mempunyai tokoh pemimpin yang termahsyur dan patut dicontohi apa yang baik....
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51.
Merdeka, Merdeka, Merdeka........

3 comments:

Anonymous said...

dan pada tarikh tersebutlah(tahun jer lain) maka lahir seorg insan yg menulis comment ini...maka setiap kali tarikh itu tiba maka bertukarlah angka2 yg sedia ade itu...maka bertambahlah usianyer...huhuu...Ya Allah, Sesungguhnya KAU Maha Besar, KAU Adalah segala2nya...

FoO dA fIrSt#1 said...

moga Allah lanjut usia anonymous

Anonymous said...

thanx so much...