Thursday, August 14, 2008

CICI a.k.a KAKAK….



Salam, mesti ramai yang pelik bila saya mengatakan saya ada kakak. Sebelum ini saya beritahu kawan-kawan yang saya adalah anak sulung.

Semalam saya menerima satu SMS dari adik perempuan saya yang berada di Kuantan yang mengatakan yang Cici saya masuk hospital. (Cici = kakak). Sebenarnya arwah ayah saya pernah berkahwin sebelum beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan ibu saya sekarang. Hasil dari perkahwinan tersebut, arwah mempunyai 6 orang anak. 3 perempuan dan 3 lelaki. Yang sakit adalah anaknya yang sulung. Pelik kan, ada adik beradik sedarah sedaging, tapi berlainan bangsa dan agama. Hubungan kami dan adik beradik sebelah Cina sangat baik malah ibu saya diterima dalam keluarga mereka.

Awal pagi, saya bersiap untuk melawat Cici di hospital. Sampai di hospital, terkejut saya melihat keadaan Cici yang agak berlainan dari yang biasa. Beliau saya lihat berada dalam keadaan yang lemah dan pucat tak seperti biasa yang agak peramah dan periang.


Keadaan yang berlainan seperti biasa

Alhamdulillah, dia masih ingat saya dan ibu. Bila ditanya sakit apa, kami di maklum beliau menghidap penyakit yang pernah dialami mendiang ibunya iaitu, lemah buah pinggang dan darah tinggi. Saya sempat berbual-bual dengannya. Sambil itu, dia sempat memesan supaya saya pandai-pandai jaga diri. Jaga makan. Jangan jadi macam dia, dah kena, baru nak berubat. Dah la saya tak suka ubat. Setelah tengah hari, saya dan ibu minta diri untuk pulang. Kelihatan wajahnya gembira bila kami datang melawat.


Walaupun sakit, masih sempat tersenyum


*p/s: Cici, moga cepat sembuh……

No comments: