Sunday, November 16, 2008

JEDI – KISAH DAN TAULADAN

‘Ko kena tengok Star Wars kalau ko nak tau jedi tu ape”. Itulah kata-kata yang keluar dari mulut sahabat saya Azmi yang kini sedang bertugas di Outward Bound School selama dua minggu.


Malam semalam saya menghabiskan masa selama lebih kurang 6 jam menonton filem Star Wars yang saya ambil dari Azmi. Star Wars Episode I [The Phantom Manace], Star Wars Episode II [Attacks of the Clones], dan Star Wars Episode III [Revenge of the Sith]. Bermula dengan aksi-aksi jedi tembak-menembak seterusnya adegan kejar-mengejar dan diakhiri dengan adegan pertarungan. Nampak menarik untuk ditonton memandangkan saya juga adalah peminat filem genre science fictions.
ANAKIN SKYWALKER a.k.a. DARTH VADER

Apa yang saya dapat melalui cerita ini adalah kisah dan tauladan dari watak yang bergelar Jedi. Apa yang saya faham, Jedi adalah seorang individu yang dilatih dan diberi ilmu setelah didapati dia berpotensi untuk menjadi seorang Jedi. Peranan Jedi adalah sebagai Protector atau pelindung. Namun setelah segala ilmu diajar dan diperturunkan Padawan-Anakin Skywalker a.k.a. Darth Vader (anak murid) masih tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Cuba menjadi lebih berkuasa dari Master Jedi Obi-wan Kenobi (mentor). Dengan desakan dan hasutan hawa nafsu yang membuak-buak, keinginan memiliki kuasa, tanpa berfikir panjang, Anakin mula terhasut dengan Darth Sidious (Ketua Ajaran Hitam). Beliau sanggup melanggar sumpah untuk menjadi Jedi dan menjadi suruhan Darth Sidious demi kuasa yang diingini.
MASTER JEDI OBI-WAN KENOBI

Apabila telah dapat apa yang dihajati, fikiran dan perasaan dikuasai oleh kuasa jahat. Beliau tidak lagi mengenang segala jasa dan ilmu yang telah dicurahkan oleh Master Jedi sehingga sanggup untuk membunuh Master Jedi demi mendapatkan apa yang dihajatinya. Namun, Master Jedi masih mempunyai kelebihan sebagai mentor yang berfikiran waras dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk menumpaskan anak muridnya sendiri.

DARTH SIDIOUS THE DARK LORD & ANAKIN SKYWALKER a.k.a. DARTH VADER

Pada pendapat saya, apa yang boleh diambil dari kisah ini, antaranya ialah sebagai manusia dan seorang pelajar atau anak murid, kita sepatutnya menghormati dan mengenang jasa guru setelah menimba ilmu yang banyak daripadanya. Selain itu, janganlah kita jadi “lawan tokeh”, bila dah ada ilmu sedikit, sudah berani nak mencabar dan pijak kepala guru kita sendiri. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan bertindak menggunakan anugerah yang diberikan Tuhan iaitu akal. Bila nafsu mengatasi akal, kelak kita yang binasa. Antara yang lain apabila berjanji, janji itu wajib ditunaikan bak kata pepatah “lembu kita pegang pada talinya, manusia kita pegang pada janjinya.

Oleh yang demikian, janganlah kita menjadi seperti Anakin Skywalker a.k.a. Darth Vader. Kelak akan memakan diri kita sendiri. Walaupun filem ini adalah rekaan semata-mata, kita sebagai manusia yang berakal dapatlah memikirkan apa yang ada disebalik cerita yang ingin disampaikan.
.
.

7 comments:

Amin Ahmad said...

pesan sdr sangat bermanfaat. saya fikir dalam realiti akademik ada dua bentuk:

1) di sesetengah universiti yang diakui hebat di barat, anak murid yang mahu mendapat phd harus mampu mengkritik kelompongan dalam tesis gurunya (yerla, bidang ilmu kan terlalu luas).

2) di sesetengah kebiasaan orang islam yg HANYA percaya dgn sistem talaqqi, guru tak boleh dipersoalkan.

pada saya, atas maksud ilmu, biarlah jika ada perbezaan itu ia disantuni dengan baik. selalunya bukanlah sbb lawan tokeh, tapi mungkin sebab 1) pendekatan tu tak kena 2) ego takleh terima org lain lebih 3) fanatik 4) kita tak diajar bahawa keluasan ilmu itu melebihi daya seorang guru (maksud saya guru dan anak murid mesti minat untuk meneroka keluasan ilmu dan x perlu rasa lebih tinggi sangat sbb ilmu ni kita pinjam je dari Tuhan, ilmu yg bermanfat kan bekal utk guru juga nanti?). tapi saya tak setuju la kalau kutuk guru meskipun kesalahannya ada terpampang..mungkin ada caranya kot?

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Fikir kan lah, ada masa kita boleh terima pandangan orang, dan ada masa kita harus menegur kesilapan orang. Dan kalau orang asyik kata kalau nak tegur ukur baju di badan sendiri, sampai bila pun kita tak boleh tegur orang. Kita pun bukan baik sangat.

Star Wars dah ada sinopsis. James Bond bila pula? Kau tolong tengok kan, pastu buat sinopsis ye. Heheh..

FoO dA fIrSt#1 said...

salam.

pewaris reformasi,
tujuan saya menulis bukan untuk menuding jari pada sesiapa, cuma untuk berkongsi sesama bloggers. yang dicoretkn adalah realiti, didepan mata kepala saya sendiri. jadi apa nak dikisahkan. mungkin yang buat macam tu tak sedar diri. kita yang masih berakal kena la sentiasa mengingati dan memperingati.

AFI,
aku tak tgk abis lagipon semua episode star wars, yang ditengok tu pun sebab mie bg coz aku nak tahu jedi tu apa. lagi tiga episode blm lagi. tunggu dia balik dari OBS. Naruto Shippuden pun kena tunggu dia. pasal james bond tu pulak aku dah tgk, tapi tak nampak sangat apa yang nak sinopsiskan. tapi teringin nak tgk filem WAYANG. mungkin banyak yang ada disebaliknya.....

salam...

P.e.a.C.H said...

jUZ nk BgtAW...
wAN keNObI 2 BoI OwG,....
hEHe Tp SkuNK...
Dh GElAP dH....
HAHAHAHAH

Rindu Alam Indah said...

erm..mgkn sbb theory waris ramai anak2 xhormat dah ibu bapa n guru2..

Anonymous said...

sdr foo,

saya juga menulis bahawa pesan sdr sgt bermanfaat :)

hijau bumi Tuhan... said...

jgn jadi jedi...
jadilah gandalf ke, aragon ke...
cite LOTR lg best,hehe...


salam perjalanan...