Wednesday, March 4, 2009

KINABALU - FINALE

23 & 24 Februari 2009
Masa yang ditunggu telah tiba. Peserta telah berkumpul. Seawal jam 6.00 pagi kami semua bertolak ke Kinabalu Park. Lebih kurang pukul 9.00pagi kami tiba ke destinasi. Agak lambat sampai sebenarnya kerana diawal perjalanan tersangkut jem. Setiba disana, saya segera menguruskan hal-hal pendakian. Sekali lagi proses pendaftran menjadi lambat dek kena isi boleh berkeping-keping. Lepas tu pulak kalut dok timbang barang yang nak bagi potter bawak. Senarai nama pulak kena buat pembetulan. Dah settle semua tu, kena tunggu lagi. Opis baru nak print permit mendaki.


Hampir pukul 11.15 pagi baru pendakian bermula dari Timpohon Gate. Mus jadi Explorer untuk group ni. Makna kata dia di depanlah. Saya seperti biasa jadi Sweeper, makna kata dibelakanglah. Masa permulaan pendakian, memang tak rasa sejuk, tapi bila dah sampai di Mempening, sejuk mula terasa. Ditambah pula dengan hujan gerimis. Peserta terakhir sampai di Laban Rata pada pukul 6.15 petang.


Sesampai jer kat sana, kami dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat. Tapi bila dah penat, selera makan kurang sikit. Ambil banyak, makan tak habis. Kemudian saya dan Mus ditempatkan di Gunting Lagadan Hut. Di sini kami diwajibkan berehat dan tidur untuk meneruskan pendakian ke puncak pada pukul 2.00 pagi nanti. Tepat pukul 12.30 pagi, semua peserta sudah bersiap sedia. Saya memberi sedikit taklimat dan membuat sedikit Streching dan warm-up kepada semua peserta. Ada yang dah tak sabar nak daki. Semua berpakaian lengkap.

Setibanya di Laban Rata

Tepat jam 2.00 pagi, kami memulakan pendakian ke puncak. Tak sampai Sayat-sayat, dah ada yang mula kena penangan AMS (Acute Mountain Sickness). Seramai 4 orang peserta wanita tak dapat meneruskan pendakian ke puncak. Termasuk la saya yang terpaksa memantau mereka di Sayat-sayat. Ada yang muntah, ada yang dah telan 16 biji panadol tanpa pengetahuan saya, ada yang sakit perut, ada yang tak boleh bernafas. Setelah berehat seketika di Sayat-sayat, kami turun semula ke Laban Rata. Mus dan kumpulannya selamat sampai ke puncak kecuali beberapa orang sahaja yang tidak.
Setelah menunggu semua peserta turun ke Laban Rata, kami semua bergerak turun ke Timpohon Gate. Lebih kurang pukul 5.30 petang baru semua selamat sampai ke Kinabalu Park dan kami semua terus bergerak pulang. Sesampai saja di KRM, selepas makan, saya dan Mus memberi sedikit rawatan kepada semua peserta. Macam biasala, kami bagi RICE kat semua.
Malam itu, mereka semua berkemas untuk pulang ke Semenanjung.

25 Februari 2009
Pada pukul 8.15 pagi, kami mula bergerak meninggalkan KRM dan menuju ke Bandar Kota Kinabalu. Mereka semua akan saya lepaskan untuk pergi bershopping di Philipine Market. Selepas itu, Pada pukul 11.00 pagi kami bergerak ke KKIA untuk check-in flight. Semasa di sana, sempat jugak kami bergambar beramai-ramai tanda kenangan.

Tuan Haji Azrin menyampaikan cenderamata


Dah macam artis da....

Berjumpa lagi semua....
Alhamdulillah, kami semua selamat menjalani aktiviti sepanjang berada di sana. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak UMAG kerana sudi mengambil kami sebagai consultant untuk menjalankan program ini.

Kalau ada sumur diladang,.
Boleh saya menumpang mandi,.
Kalau ada umur yang panjang,.
boleh kita jumpa dan daki lagi......


26 Februari 2009
Sekali lagi saya dan Mus check-in di Borneo Backpackers. Kaki mula terasa sengal dan sakit. Berjalan pun dah malas. Tapi tak boleh, kena jugak. Kami membuat sedikit survey dan kemudian terus ke Terminal LCCT untuk pulang ke Semenanjung. Tepat pukul 6.30 petang, kami selamat touch down di LCCT Kuala Lumpur. Menunggu Lan datang ambil untuk kami terus ke Janda baik kerana Sudah pasti ada program yang memerlukan kami di sana.


Tunggu cerita di Latto Charok pula.....
.

7 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah pada para pendaki terutama pada explorer yg mantap dan sweeper yg 'comel', kih3...weh, bila nk bwk aku naik atas plak... teringin gak nk smpai sna...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

nnt kita susun

.supertitans. said...

abang yasir..gamba yg bg kat nad arituh bkn semua kan..nak gamba yg belen2 tuh..anta kat email nie redbutterflaiyz@yahoo.com

cy_sumandak said...

salam...

tahniah...but, sayang lah sampai sayat2 jak...tapi nak wat cam na kan..kerja..kalau tak mesti dah sampai peak kinabalu kan..xpe..nti kita p sama2 k..gathering PERLU kat puncak gunung kinabalau...

cheers...

Clarise said...

salam...cik time kasih banyak2 tolong kami masa final camp kat janda baik tempoh hari..jasa encik akan saya kenang sepanjang zaman..huhu..aligato..

Anonymous said...

sedara nampk kurus sikit time nih...hehehe...byk xcercise usaha naik turun tangga tuh kot.....chayok...

ekyn said...

huhu..ade plak gmbr2 cnta kinabalu yea..ble da brcinte, bru la prasan byk gmbr abg yasir ngn k.anis tyme g kk ari 2 =) smoge epy jer slalo~