Monday, May 25, 2009

PENGAKAP


Semasa di Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, SKSK, saya mula menyertai Pengakap ketika berusia 10 tahun. Bermula dengan Kem Lencana Keahlian, kemudian Keris Gangsa, Keris Perak dan Keris Emas. Bermula dari situ, kami telah mula belajar untuk membuat buku log, ikatan dan simpulan, gajet, lagu pengakap dan banyak lagi.




Sir Baden Powell
Setelah tamat sekolah rendah, saya kemudiannya menyambung karier pengakap saya disekolah menengah. Tapi sayang, di sekolah menengah pengakap kurang mendapat sambutan. Namun saya dan beberapa rakan pengakap semasa sekolah rendah dahulu cuba untuk menghidupkan semula Pengakap 38 Kerian di sekolah menengah. Alhamdulillah, berkat kesungguhan kami, Pengakap 38 Kerian mendapat sambutan. Banyak aktiviti yang kami anjur memuaskan. Antara rakan yang bersama-sama membangunkan Pengakap 38 Kerian adalah Ahmad Fairuz Hazli bin Mat Yazid (Peoih), Fathul Hakim Bin Ismail (Hakim), Munawarah Bt Abdul Majid (Muna), Norazilah Bt Shaari (Azie), Siti Haliza Bt Omar (Siti Amoi) dan beberapa orang rakan lain. Kami juga mendapat bimbingan dari Cikgu Adli dan Cikgu Hasbullah sebagai penasihat perstuan. Saya hanya sempat mengambil Lencana Jaya sahaja berikutan saya lebih menumpukan perhatian saya dalam bidang sukan, Hoki.

Namun, setelah beberapa tahun saya meninggalkan alam persekolahan, kewujudan Pengakap 38 Kerian disekolah itu semakin pudar. Saya adakalanya bertanya pada Cikgu Adli bagaimana perkara ini boleh terjadi. Namun beliau memberikan jawapan bahawa pelajar sekarang kurang berminat dengan persatuan beruniform dan juga tiada penggerak untuk menghidupkan kembali Pengakap 38 Kerian. Saya berasa agak hampa sedikit, setelah usaha kami untuk menghidupkan Pengakap 38 Kerian terbiar begitu sahaja. Mungkin pelajar sekarang tidak dapat melihat apa kelebihan yang boleh mereka dapat jika menyertai sesuatu persatuan.

Baru-baru ini juga saya ada membaca satu blog milik Bear Grills, Man Vs Wild, beliau baru sahaja dilantik menjadi Chief Scouts di England. Beliau juga turut mengakui kebaikan menyertai Pengakap.

Semasa saya menyertai pengakap, beberapa lagu telah saya pelajari dan yang paling mengimbau kenangan adalah lagu ini.

Piyake, soro soro,
Nampase, implinsa,
Siria-siria randa,
Yondoyo waya nande,
Sapena, Sapena....

Dua cincin dijarimu,
Beri satu tanda mata,
Tanda mata di dunia,
Tak ku lupa selamanya.......

P/S: Buat Sehabis Baik....

Friday, May 22, 2009

MUTIARA NAGA

Bermula dengan keluarnya komik Mutiara Naga sekitar tahun 1996. Ketika itu saya masih dibangku sekolah Darjah Enam. Setiap bulan menagih wang dari ibu untuk ke kedai buku Cikgu Tan. Bukan nak beli buku latihan, tapi nak beli komik. Cerita yang menarik dan selalunya berebut rakan sekolah menunggu giliran nak baca bila ada salah seorang dari kami mempunyai komik keluaran terbaru Mutiara Naga. Sehinggalah ke keluaran yang 43, komik itu menghentikan keluarannya. Pernah dulu saya mempunyai koleksi komik tersebut (tapi tak lah semua) tetapi dibakar semuanya oleh Mak sebab saya asyik dok belek komik tu jer sampai lupa nak belek buku pelajaran.

Ketika zaman sekolah menengah pula, setiap hari sabtu pukul 8.30 pagi, siaran animasi Dragon Ball Keluar di TV2 setiap minggu. Tapi bukan setiap minggu dapat di tonton kerana setiap hari sabtu ada Kokurikulum di sekolah. Namun, kadang-kadang sanggup ponteng Ko kerana nak tengok Dragon Ball.

Ketika saya menyambung pelajaran dalam diploma di UiTM Arau, jiran sebelah bilik di kolej saya , Syuk, mempunyai koleksi animasi Dragon Ball, Dragon Ball Z, dan Dragon Ball GT hingga ke episod yang terakhir. Hampir satu minggu saya berkurung di biliknya semata-mata nak tengok Dragon Ball sampai habis. Bolehlah dikatakan saya tgk sampai Son Goku ada cucu cicit keturunan ke 7.

Walaupun setelah lama meninggalkan Dragon Ball, saya masih lagi ingat beberapa watak yang ada dalam Dragon Ball antaranya Son Goku, Kurin, Son Gohan, Datuk Kame, Bulma, Cici, Yamu, Ten Shin Han, Chiao Zu, Tentera Selendang Merah, Majin Bu, Fliza, Pikor, Trunks, Bezita, Cell, Cyborg 17 & 18, Popo dan ramai lagi.

Pada penghujung tahun lepas, pada suatu ketika semasa saya hendak pergi menonton wayang di TGV Bukit Raja, mata saya terpandang satu papan iklan yang memaparkan satu filem yang menarik perhatian saya. “Dragon Ball – Evolution, Coming Soon 2009”. Bermula dari hari itu, saya rasa tak sabar untuk menanti kemunculan filem tersebut. Namun, apabila filem tersebut telah memulakan tayangan, saya pulak yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya. Reaksi pertama yang saya terima dari rakan serumah yang telah menyaksikan filem itu agak kurang memuaskan. Saya macam tak percaya. Beliau siap nasihat “tak payah buang duit, buat rugi ja hang pi tengok”.

Semalam, saya ke kedai DVD mencari beberapa cerita untuk isi masa lapang kat umah. Sekarang ni saya keseorangan saja kat umah sebab housemate yang lain balik kampung. Salah satu DVD yang dibeli adalah Dragon Ball Evolution. Sampai ja kat umah, terus saya pasang. Memang sah, filem ini tidak menarik langsung. Indah khabar dari rupa. Aksi-aksi dan watak-watak yang dilakonkan tidak sama langsung dengan apa yang saya baca dalam komik dan juga apa yang saya tonton dalam animasi. Ada juga khabar angin yang saya dengar, bahawa di Jepun telah pun ada proses untuk menghasilkan filem Dragon Ball. Beberapa tahun yang dulu pun saya ada pernah terbaca dalam majalah KREKO bahawa filem Dragon Ball keluaran Jepun akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2009. Beberapa gambar watak yang lebih real telah pun disiarkan pada masa tu. Harap-harap ianya menjadi kenyataan.

Keturunan Super Saiya

Thursday, May 21, 2009

MAK...

Terlalu banyak pengorbanan Mak dalam hidup aku. Tak pernah jemu memberi nasihat kepada anak sulungnya ini......

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

P/S: Mungkin agak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Ibu. Tapi Aku nak ucap jugak. "SELAMAT HARI IBU, MAK. ABANG SAYANG MAK"

Monday, May 18, 2009

D-DAY SAS-IEC PULAU TIOMAN 09.05.09

PULAU TIOMAN

Day 1
Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Pulau Tioman, kami semua bergegas menyalin pakaian untuk pergi ground orientation. Tunggu punya tunggu punya tunggu, transport tak sampai-sampai. Lebih kurang pukul 2.30 petang setelah hampir 2 jam menunggu baru ada. Tempat pertama, adalah starting point. Lepas tu, entrance trek hutan, dan lepas tu terus ke exit trek dekat Masjid Tekek.

Kemudian marshall dibahagi 2, satu team ke Marine Park, satu lagi kena ke Kampung Juara. Sesampai saja di Kampung Juara, masa nak patah balik tu, kereta Mazda Fighter pulak rasa len macam. Rupa-rupanya tayar pancit sebelah. Terpaksa la pulak tunggu kawannya datang tolong. Itu tak termasuk lagi kena tunggu kat puncak, kereta over heating masa datang tadi. Hampir setengah jam tunggu, bantuan sampai. Siap pasang, kami dihantar ke Marine Park. Tapi hampa, semua dah on the way balik. Untuk pengetahuan, Marine Park adalah CP wajib bagi semua marshall.



Day 2

Hari ini, marshall dibahagikan kepada beberapa team. Satu team masuk trek hutan Berjaya yang agak mencabar. Satu team ke trek hutan Kg Juara. Yang lain menyediakan kelengkapan dan presentation. Sekali lagi, petang itu semua marshall ke CP wajib. Untuk makluman, CP wajib adalah tempat dimana semua marshall akan berkumpul dan menjalankan aktiviti terjun menerjun.


Day 3
Hari ini, dah tak banyak kerja yang perlu dilakukan, cuma habiskan sahaja baki-baki signage yang perlu diletakkan di sepanjang jalan pekan Tekek. Nak letak awal-awal, takut dicabut. Lagi sekali petang tu, macam biasa. Kena lapor kar CP Wajib.
Malamnya pulak ada taklimat perlumbaan, disampaikan oleh Race Director.

D-DAY SAS-IEC PULAU TIOMAN
Seperti di Tasek Bera, semua marshall bangun awal bersiap sedia untuk melaksanakan apa yang dirancang. Tepat jam 7.30 pagi, semua marshall mula bergerak untuk ke CP masing-masing. CP saya di puncak bukit bersama dengan Cikgu. Seperti biasa kami menjangkakan peserta pertama yang akan keluar dari hutan Berjaya adalah selepas dua jam. Ini kerana semasa menbuat survey sebelum ini, ianya memakan masa lebih kurang 6 jam untuk keluar. Sekali lagi, peserta Kenya membuatkan saya dan yang lain terkejut. Beliau hanya mengambil masa selama 58 minit sahaja untuk keluar dari trek Hutan Berjaya. Dengan keadaan yang cedera di kepala dan kaki, beliau meneruskan perlumbaan dengan pantas. Tak sangka kami dibuatnya.
Pukul 4.00 petang, perlumbaan diisytiharkan tamat. Semua marshall berkumpul semula di Pesona Resort. Masing-masing dah collapse setelah mengerah semua tenaga untuk menjayakan apa yang telah dirancang. Alhamdulillah semua selamat.

MALAM JAMUAN RAKYAT
Pada malamnya pula, seperti tahun lepas, jamuan rakyat bersama Tuanku Sultan Pahang diadakan.
Tapi yang tak puas hati kami terasa seperti, "habis madu, sepah dibuang". Tidak meminta untuk dihargai, tapi at least bagi la kami sedikit ruang dan peluang setelah berhabis keringat melaksanakan tugas. Kami seolah-olah tidak dilayan dan membuat keputusan untuk keluar dari majlis. Ramai-ramai kami mencari kedai untuk mengisi perut yang telah lama berbunyi. Nasib baik ada jugak gerai makan berhampiran yang masih dibuka.

Esoknya, kami keluar dari Pulau Tioman pada jam 10.00 pagi.
Alhamdulillah, perjalanan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan di Pulau Tioman adalah lebih baik daripada di Tasek Bera. Mungkin belajar dari kesilapan dan kesalahan.

Terima kasih kepada semua Marshall yang terlibat.
"Kak Sheila, Ateh, Anis, Cikgu, Ajoy, Boyington, Boy Raziff, Abey, Lah, Pejol, Epul, Mus, Yasir, Apit, Zarul, Syam, Shawn (Chief Marshall) dan Abg Malin (Race Director)"
.

D-DAY SAS-IEC TASEK BERA 02.05.09


TASEK BERA
Day 1
Sesampai je di Tasek Bera, semua bergegas menyalin pakaian. Ground orientation. Berbekalkan lori 3 tan, hasil pemanduan cekap Ah Chai, kesemua marshall yang baru sampai meredah ladang kelapa sawit. Chief Marshall mengepalai perjalanan sambil menerangkan serba sedikit mengenai trek ladang. Pada mulanya perjalanan berasa seronok, tapi bila dah lama kat belakang lori, kejap-kejap kena bedal dek pelepah sawit, terpelanting atas bawah, goyang kiri kanan, semua marshall mula rasa sakit-sakit. Hahahaha, tapi best.


Day 2
Semua marshall yang terlibat bangun awal pagi untuk pergi ground orientation dalam trek hutan pulak. Di hampir penghujung trek, semua marshall kena buat satu obstacle. Postman Walk. Apa yang pernah dipelajari di'apply'kan. Mula-mula, seorang dua sahaja yang masuk dalam air, bila yang lain dah geram tengok kawan berendam, semua pakat masuk. hampir 1 jam setting benda tu. Tapi ramai yang seronok walaupun masa tuh perut mula terasa lapar.


Day 3
Hari ini marshall dikehendaki membawa Team Medic, Wataniah dan Semboyan untuk servey trek. Marshall pulak sambil bawak servey kena pasang signage. Malamnya pulak ada taklimat, tapi dah macam perbincangan. Sepatutnya hanya taklimat sahaja. Esok dah D-Day, tak payahla nak bertikam lidah nak ubah itu ini. Yang sakit hatinya, bila ada perubahan last minit, marshall la kena buat. Marshall ni Manusia, bukan Mesin.


D-DAY SAS-IEC TASEK BERA
Seawal 5.00 pagi, semua marshall dikejutkan. Masing-masing sudah bersedia untuk melaksanakan apa yang telah dirancang. Alhamdulillah, team marshall adalah team yang pertama sampai di RAMSAR (tempat kejadian-start/finish). Pintu pagar pun tak bukak lagik. tepat jam 7.30 pagi, semua marshall bergegas ke tempat masing-masing.


Setelah hampir setengah jam race bermula, tiba-tiba di kilometer 6.5, di CP saya, terdengar suara orang sedang berlari ke arah saya. Terkejut kami yang berada di situ. Mana taknya, kami anggarkan masa yang akan diambil dari Starting ke CP saya lebih kurang 2 jam dengan keadaan trek yang agak mencabar dan penuh duri liku. Peserta pertama dari Kenya dah pun melalui CP saya. Masih ada 11 km lagi yang tinggal untuk dia kembali melalui CP saya. Lagi sekali, semua yang berada di CP saya terpegun apabila tak sampai satu jam, peserta pertama tadi dah pun berpatah balik. Walhal, peserta yang terakhir belum pun melalui CP saya. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.


Sudah hampir pukul 2.00 petang, kami masih menunggu pengisytiharan tamatnya race. Lebih kurang pukul 3.00 petang baru race diisytiharkan tamat. Kami semua bergegas meninggalkan CP masing-masing dan bersiap sedia untuk pulang ke Shah Alam.

Di Tasek Bera, masih banyak kekurangan dan kelemahan pihak penganjur. Bukan nak kata team marshall ni perfect, kami pun ada. Tapi cubalah tanganinya dengan bijak dan lebih terancang. Moga ada perubahan di Pulau Tioman.
.
.

Friday, May 15, 2009

TAK BERKESEMPATAN

Rasanya telah terlalu lama saya tidak berblog. Masih belum sempat mencoret post-post dan pengakuan yang menarik. Tunggu la 2 -3 hari lagik. Ni pun tak sempat nak tulis panjang. Ada kerja yang perlu diselesaikan.....
Tunggu.....

Wednesday, May 6, 2009

LEARNING BY EXPERIENCE

Semasa di Tioman, sempat saya bersembang dengan beberapa orang senior persatuan PERLU. Mendengar pengalaman bekerja masing-masing. Dalam pada itu, terdapat beberapa cerita yang dapat menarik perhatian dan ianya ada berkaitan semasa bepersatuan dulu. Saya selaku ahli PERLU yang pernah merasai TOT dan pelbagai aktiviti yang pernah diadakan, kebanyakkannya memang berguna semasa di alam pekerjaan.
Salah satu yang boleh dijadikan contoh adalah apabila setelah saya mendengar cerita daripada pemilik Dari Ujung Tanah berkenaan dengan pengalaman bekerja beliau, memang berguna sesi "Pertahankan" (bagi sesiapa yang ingat). Mungkin pada awalnya kami dan saya sendiri yang mengikuti TOT merasakan benda itu tidak berfaedah. Tetapi, apabila difikirkan kembali setelah mengalami beberapa peristiwa ianya amat berguna.
Saya cukup teruja apabila mendengar beliau bercerita. Kebanyakan daripadanya menambat hati dan menarik perhatian. Setiap kali mendengar ceritanya, saya sering tersenyum kerana, satu, Kak Sheila nampak comey bila bercerita. Kedua, beliau bersungguh-sungguh bercerita. Yang ketiga, dia garang, hahahaha...
.

Saturday, May 2, 2009

1st ANNIVERSARY


Hari ini, pada tanggal 3 Mei 2009, genaplah setahun usia REMBANG WAKTU. Post pertama adalah mengenai pengenalan untuk blog ini. Alhamdulillah, nampaknya saya masih mampu untuk berblog. Telah banyak cerita dan nukilan, baik dan tidak, suka dan duka, telah saya coretkan dalam blog ini. Sekiranya ada yang terasa saya minta maaf. Bukan tujuan untuk menghina atau merendah-rendahkan, cuma sekadar untuk mengingati antara satu sama lain serta berpesan kepada diri sendiri.

Banyak yang saya perolehi dalam berblog ni. Banyak jugak yang dipelajari. Tak semestinya untuk berblog kita perlu pandai mengarang atau menulis, bila dah start secara otomatisnya ada saja yang nak ditaip. Saya pada permulaan dulu juga sama. Apabila di propose oleh pemilik Coretan Di Kala Senggang, HCM, saya terpikir, "apa la yang aku nak tulis nanti". Sekarang dah setahun, dan dah lebih 150 post telah diterbitkan. Fuh, macam buat buku pulak.

Diharap, selepas ini saya masih boleh menyambut ulang tahun yang ke-2 Rembang Waktu.

# Hidup Blogosphere....