Sunday, June 14, 2009

HANGUS TERBAKAR......

Semalam, saya baru sampai dari kampung. Pulang ke kampung selama 3 hari. Macam-macam cerita, macam-macam kejadian, macam-macam peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Antara yang paling hangat ialah kejadian kebakaran rumah kedai Simpang Tiga, Selinsing.

Teringat saya semasa kanak-kanak dahulu, tiap-taip dua bulan pasti akan ke kedai gunting rambut Pak Hamid (Arwah). Semasa giat dengan PMC Power dulu, selalu ke kedai Basikal Ong cari spareparts, ketika disuruh ke kedai runcit, mesti pergi ke kedai runcit Ah Tong, jika dapat ikan haruan atau belut, pasti dijual di kedai ikan Simpang Tiga, kalau teringin makan "Kueh Tiaw Blues" (kueh tiaw sup tanpa ayam, ada kuah sup saja) pasti akan ke kedai Bihun Sup Senon. Sekarang semua dah jadi abu setelah dijilat dek api. Bermacam-macam cerita yang saya dengar pasal punca kebakaran. Ada yang kata litar pintas, ada yang kata geng "mat pit" buat "port" atas tu.

Bila dikenangkan kembali, kesian jugak la tuan empunya kedai dan premis. Mesti rugi sesangat. Mungkin apa yang berlaku ada sebab musababnyer. Mungkin Dia memberi ujian kepada hamba-Nya. Nauzubillah.....

.

2 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

kesian tuan kedai ni...
tajuk post hang mcm lirik lagu ziana zain la, haha...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

perjalanan,

memang pun....hahahahaa..