Tuesday, December 22, 2009

DAH BERUBAH!!!

Semalam, sempena nak meraikan hari lahir adik saya Ipah yang ke 22 tahun, saya bersama CK membawanya ke Bukit Langat. Hajat dihati nak bagi dia tengok keindahan Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam di Menara Look Out Point. Sampai kat tempat parking kat bawah, kami menjamu selera dulu. Dah siap makan, kami berjalan kaki ke atas untuk menuju ke Menara Look Out Point. Apabila dah hampir nak sampai, saya rasa pelik. Kawasan menara tersebut sudah diterangi cahaya lampu. Dari jauh nampak macam ada meja kerusi besi tersusun disekitar kawasan tapak menara. Kami teruskan perjalanan dan apabila sampai terkejut saya apabila menara dan kawasannya dah dijadikan restoran. Di tengah-tengah menara bahagian bawah siap ada macam mini bar lagi. Kerusi meja disusun sehingga ke tingkat atas menara tersebut.

Penghujung tahun lepas, saya pernah datang ke sini. Masa tu tempat tu memang "port ceria" untuk lepak sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur pada waktu malam dan menghirup udara yang segar dan nyaman. Tapi sekarang, kawasan itu terang-benderang, dialuni alunan muzik rancak, hilang nature feel yang ada kat situ. Tak salah ada pembangunan, tapi biarlah bertempat. Potong mood nak lepak kat situ. Kat bawah ada pusat tourism, tapi takkan dengan senang-lenang tempat tu dilepaskan? Bagi saya hilang tarikan Bukit Langat yang dulunya menara itu adalah tempat awam. Apa punya tur???
.

2 comments:

PPT said...

Port ceria ka port apa.....
Lain macam bunyinya....

Anonymous said...

perlu menyemak:)