Sunday, December 20, 2009

DAH JUMPA!!!

Sebelum ni saya pernah berhajat untuk ke Port Dickson untuk mencari seorang kenalan yang pernah saya kenali pada tahun 1999 semasa menghadiri kursus PMR di UiTM Shah Alam anjuran PERKESO. Seingat saya kursus itu diadakan selama 5 hari. Sepanjang kursus tersebut kami, anak-anak PERKESO, diberikan taklimat dan ceramah cara-cara untuk menghadapi PMR.

Dalam masa yang sama, saya terpandang seorang budak perempuan tersenyum dari jauh. Bila ditenung lama, "DIA" mengalihkan pandangan. Kalau saya paling, "DIA" pulak yang tenung (Tersenyum seorang diri bila terkenang peristiwa ni). Satu hari, selepas tamat sesi ceramah, "DIA" datang berjumpa saya dan mengatakan ada "orang" yang ingin berkenalan dengan saya. Dia juga mengatakan "orang" itu mahukan biodata saya. (Time tu tgh famous main tukar biodata). Mengikut naluri saya "orang" itu adalah dirinya sendiri, tapi saya buat-buat percaya la. Pada malamnya saya balik ke kolej (Kolej Seroja seingat saya) dan terus mula mengarang biodata yang diminta.

Keesokkan harinya saya berjumpa dengannya dan menyerahkan biodata yang diminta. Tapi saya juga pandai auta mengatakan ada jugak "orang" yang nak berkenalan dengannya padahal orang itu adalah saya sendiri. Hahahaa... Biodata yang diminta pun dapat. Saya memberanikan diri bertanya siapakah orang yang meminta biodata saya tu? dan dengan perlahan "DIA" menjawab bahawa "orang" itu adalah dirinya sendiri. Senyum lebar la saya time tu.

Sedar tak sedar, dah sampai hari terakhir kursus. Berkemas untuk pulang. Sekarang ni yang saya ingat masa kursus tu cuma "DIA" dan budak yang kami semua panggil KEMANG. Sebab kepala dia tak pernah lekang ngan snow cap yang tertera tulisan "Teluk Kemang" sepanjang kursus tu.

Semasa hendak bergerak pulang, saya dan "DIA" sempat duduk bersama dan berbual untuk kali terakhir. Sempat saya mengambil alamat dan nombor telefon rumahnya. Selepas beberapa ketika, kami berpisah kerana menaiki bas yang berbeza. Saya ke Utara "DIA" ke Selatan (Port Dickson).

Selepas kursus tersebut saya masih lagi berhubung dengannya melalui utusan surat. Boleh kata tiap-tiap bulan sampai surat hinggalah sampai waktu "DIA" tukar sekolah ke Sekolah Sains Muar, Johor pada tahun 2000. Semakin lama semakin lambat dan akhirnya tiada surat yang sampai. "DIA" ada memberikan alamat emailnya, tapi malangnya time tu saya betul-betul buta IT. Hahaha... Surat-surat yang saya terima masih tersimpan sehingga sekarang. (Kenangan)

Semasa di UiTM Arau, saya mula celik IT dan menggunakan kesempatan yang ada seperti Friendster dan MySpace untuk mencari "DIA" tetapi gagal. Semasa di UiTM Shah Alam pulak, saya ada menceritakan perihal ini kepada sahabat saya Lan a.k.a. Perjalanan. Kami plan nak pergi mencarinya di PD sebab alamatnya saya masih ada. Tapi masa pulak yang menghalang untuk menjalankan misi mencari tersebut. Sehinggalah suatu ketika (sekarang), terdetik dihati untuk menaip namanya dalam Facebook. Tup, terus nama dan gambarnya terpapar di skrin. Teruja jugak bila dah jumpa. Bila diperhatikan gambarnya, memang sah "DIA" yang saya cari.

Niat saya mencari "DIA" bukan kerana apa, cuma atas dasar nak jumpa balik setelah 10 tahun. Saya juga mengklasifikasikan "DIA" sebagai PENPAL. Sekarang contact number dah dapat cuma belum ketemu saja lagi. Dia sekarang bertugas di Perak dan keluarganya telahpun berpindah di Seri Kembangan. Harap-harap dapatla berjumpa kelak.

"DIA" kini...

JUMPA JUGAK AKHIRNYA>>>>

P/S: Sekadar nak berkongsi cerita. Apa-apa pun CK tetap dihati...

12 comments:

Exza Lalola Nk said...

alhamdulillah=)

aku yang bernama puppet said...

ye la tu...

DIA said...

hooo.. malu nye saya... : )

hijau bumi Tuhan... said...

laa, kt perak la plak...ingt hang dh jumpe dia...dh brape lama plan nk gi carik 'Dia' ni...asyik tak jadi je, haha...xpe, sabaq noh, insyallah, ketemu jua nti...

p/s: CK tak jeles ka, hahaha...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

CK dah tau citer da....

DIA said...

insyaAllah, ada kesempatan kita bertemu.. hmm.. jap2.. ada pmbetulan sikit laa bab awk sebut nak biodata tuh.. nevamind..

FoO dA fIrSt#1 said...

ingat-ingat lupa...

aQu daN SesuAtu said...

alamak.....
itu yang romatik.....
CK tetap di hati....
bukan uitm dihatiku ka.....
hehhehehehehe

liverfool said...

baguih2 CK dihati...
wakakakaka

Stoner said...

ang pun penah cita kat aku benda ni...baguih2...dah jumpe insan yg penah ang suke...huhuhuhu

aduh~ni leh jd drama tv1 ni...hehe

FoO dA fIrSt#1 said...

tapi CK tetap kat hati.

CK muncul said...

CK ni tabah lah..hehe