Impian mak bakal tercapai selepas 42 hari di Mekkah bermula 4 November 2010. Hasil simpanan yang mak buat, mak menerima panggilan untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Dalam perancangan mak bakal ke sana pada 2014, tapi 2010 dah terpanggil. Syukur Alhamdulillah. Sementara mak masih bertenaga. Hasil wang tiap-tiap bulan kami adik beradik, mak simpan sikit-sikit. Kami semua pun tak sangka mak dapat kumpul secepat ni.
Teringat dulu masa kami hidup susah. Mak banyak berkorban untuk kami tiga beradik. Bermacam pekerjaan mak buat untuk tanggung kami. Mak pernah jadi pencuci bangunan, packing kabaid, keje kedai makan, kerja kat R&R, berniaga nasi lemak dan buat bendang. Mak tak pernah bagi kami rasa tak cukup. Mak sanggup bersusah demi kami. Mungkin masa kami masih kecik kami tak nampak semua tu, kami tak pandai nak pikir lagi. Yang kami tahu, kami mintak saja apa yang kami nak. Mak sanggup meminjam wang, bayar bila padi dah masak. Makan ayam hanya pada setiap hari Rabu. Tu pun mak beli ayam sebelah saja.
.
Ada yang tak sangka kami adik beradik orang susah sehinggalah bila mereka datang ke teratak kecil kami. Mak pandai jaga kami, bagi makan pakai kami. Saya dahulunya malu untuk mengajak kawan-kawan datang ke rumah. Ye la, rumah kecik, tempat tengok tv, tempat tetamu dan tempat tido adalah tempat yang sama. Tak cukup ruang. Yang peliknya, selalu ada orang yang masih mahu bertandang. Tapi mak tetap melayan dengan sebaik mungkin.
Sebagai yang sulung, saya selalu mengalah. Mungkin dah pandai berfikir. Dulu hari jadi saya dan mak tak pernah disambut. Selalunya hanya adik-adik sahaja. Bila pergi ke kedai adik selalu merengek nak kan "Dindang" ataupun "Tora" sampai berguling-guling atas lantai. Mak terpaksa 'cut' budget beli keperluan asas untuk puaskan hati adik.
Ingat lagi bila zaman saya, masa sekolah rendah, Duit belanja hanya 20 sen ke 50 sen sahaja. Masa sekolah menengah hanya RM1 -RM 1.20 sahaja. Bila time adik, mereka dapat lebih dari saya. Terasa jugak, tapi saya dah mula paham kesusahan kami. Saya diam.
Saya tak pernah anggap mak saya tua. Saya bising bila mak pakai baju design orang tua. Saya belikan baju design orang muda. Walaupun mak dah mencecah usia 65, ramai yang anggap mak masih 50-an. Alhamdulillah mak masih kuat. Kami bangga kami jadi anak mak.
Sekarang mak dah berada di Tanah Suci Mekkah, harap mak jugak kuat kat sana untuk menyempurnakan ibadah haji. Semoga mak selamat pergi dan balik. Banyak lagi yang belum selesai di sini......
2 comments:
smoga dikurniakan haji yg mabrur, insyallah...smoga slmt dlm perjalanan pergi dan pulang, dan sepanjang menjalani ibadat di sana...
amin..
Post a Comment