Monday, November 15, 2010

MAKIN LUPA ASAL USUL KE?

Ahad lepas, saya dan CK ke Port Dickson, saja jalan-jalan. Lepak kejap tepi pantai sambil pekena burger banjo, burger daging special dan sebotol air mineral. Sambil dok layan tiupan angin ditepi pantai bersama ramai lagi pengunjung yang ada di situ. Selepas itu saya ajak CK pi ronda. Dalam perjalanan, nampak signboard Kota dan Muzium Lukut. Teruih rasa nak jejakkan kaki kat sana.

Sampai di sana, keadaan terlalu lengang. Tak dak orang. Ai, tak dak orang mai sini ker? Hari ni hari Ahad. Selalu hujung minggu tempat-tempat macam ni ramai orang. Kami masuk ke kawasan muzium, mencari tempat parking. Ada 2 buah kereta sahaja yang ada dalam kawasan tuh. Tempat memang cantik, macam baru lepas cat. Bau cat pun dok ada lagi. Cuaca seperti nak hujan, tapi saya teruskan juga niat untuk naik tangga ke kawasan tinggalan Kota Lukut. CK sempat mencapai payung dibelakang. Sediakan payung sebelum hujan. Sampai ke atas, saya terkejut apabila ternampak 3 buah kereta yang parking betul-betul di kawasan tinggalan kota. Aik, boleh ka parking kat sini? Bila di tatap dari jauh rupanya semua yang ada kat atas tuh pelancong luar. Mat Saleh. Siap lepak macam pi picnic pulak. Pastu ada bola pulak tuh. Main bola ka kat atas ni?

Masa kami naik, ada satu pasangan suami isteri (agaknya) turun dan memberitahu ada beberapa pemuda India dok kacau depa masa lalu di kawasan tepi kota. Tapi dah kena sound ngan suaminya. Saya naik jugak. CK dah mula rasa tak sedap hati. Hujan mula turun renyai-renyai. CK membantah untuk pergi jauh lagi apabila ternampak sekumpulan pemuda yang dikatakan oleh orang yang berselisih tadi. Rupanya dok layan mabuk. Belasah todi kut. Adalah dalam 3 - 4 orang. Kemudian saya turun. Dalam hati, tak dak orang jaga ka tempat ni?

Kemudian kami terus menuju ke Galeri Pameran Kota Lukut. Disambut oleh pak guard yang berjaga di pintu masuk langsung saya melaporkan apa yang dilihat. Bila dimaklumkan tentang kenderaan yang naik ke atas, beliau memaklumkan bahawa mereka tidak tahu tak boleh naik atas. Tu pakat dok naik tuh. Lepas tu, saya cakap pulak pasal beberapa pemuda yang dok mabuk kat atas dan kacau orang dok lalu kat situ. Pastu boleh pulak dia jawab, "kat atas tu selalu dok jadi 'port'. Kadang-kadang ada orang dok hisap dadah kat atas tu. Kalau kami tau, kami panggil polis buat rondaan. Diorang lari la". Uik, macam tu pulak.

Saya menjangkakan tindakan terus akan diambil, rupanya selamba ja dia dok jaga kat situ. Patut, pada fikiran saya, dia hubungi la guard yang lain dan pergi receea kat atas dan ambil tindakan yang sepatutnya. Ini tidak, biaq ja. Kami kemudiannya masuk ke dalam galeri. Tak banyak yang dipamerkan cuma sejarah bijih timah di Kota Lukut. Bahagian atas pulak mengenai sejarah keturunan Yang Di-Pertua Negeri Sembilan. Masa turun, pak guard tadi mencadangkan supaya kami ke Muzium Tentera. Dengan rasa ingin tahu kami kemudiannya mula bergerak untuk ke sana. Namun, sedihnya kami tersalah jalan masuk ke lebuhraya menghala ke Seremban, jalan balik ke Kuala Lumpur. Nak U-Turn tak dak tempat. Kami memutuskan untuk pulang terus. Tak pa, lain kali kami datang lagi.

Apa yang nak disampaikan di sini ialah tempat-tempat yang bersejarah seperti muzium, galeri, dan kota-kota lama semakin kurang dikunjungi. Tempat-tempat seperti ini adalah penting untuk kita semua terutamanya golongan muda untuk mengetahui sejarah dan asal-usul kita. Sebab tu zaman sekarang ni dah makin ramai golongan ini 'mudah' lupa siapa diri mereka yang sebenarnya. Mungkin sekarang ni zaman IT. Cuma tekan ja, dah dapat maklumat. Namun bagi saya ianya tak sama apabila berada di tempat itu sendiri.

Saya pun bukan tahu sangat asal usul nenek moyang dan budaya saya, tapi keinginan untuk tahu sangat tinggi. Sebab tu saya suka pergi ke tempat-tempat macam ni. Contoh, Muzium Negara, Tugu Negara, A Famosa Melaka dan beberapa tempat lain yang pernah saya postkan sebelum ni. Mungkin ada yang pelik bila saya suka ke tempat yang selalunya hanya dilawati oleh rombongan sekolah.

Destinasi seterunya selepas ini adalah sempurnakan hajat untuk ke Muzium Tentera dan juga saya teringin untuk sampai ke Istana Seri Menanti. Hehehe....

P/S: Jangan lupakan yang lama, kerana jika tiada yang lama, maka tiadalah yang baru....

1 comment:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Setuju!! Subjek Sejarah telah pun menjadi salah satu syarat wajib kepujian untuk memasuki UiTM.