Tuesday, November 24, 2009

MOGA CEPAT SEMBUH

Tadi petang, saya, CK, Lan dan Diela pergi ke Selangor Medical Center melawat Lenny yang baru sahaja menjalani pembedahan lutut kirinya. Bila melihat keadaan beliau, teringat pulak masa saya check-in hospital aritu. hahaha...



p/s: Bersukan itu bagus, kena tahu cara betulnya. Tapi kalau dah sampai kena operation, susah nak aktif balik. Fikir-fikirkanlah. Babah doakan moga Lenny cepat sembuh....
.

Sunday, November 22, 2009

ZOOM MALAYSIA - MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

"Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka, sila hubungi Cikgu Anis Wedeeya. Bayaran sebanyak RM60.00 akan dikenakan" (1996 - Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar)

Ketika itu, saya hanya dapat membaca iklan sahaja. Niat dihati memang teringin sangat nak pergi dan ikut rombongan sambil belajar itu. Tapi masa tu, keluarga saya tak berkemampuan. Duit belanja sekolah pun time tu 40 sen je. Bila kawan-kawan balik, depa cerita pengalaman yang best-best jer. Saya hanya mendengar menyimpan rasa cemburu di dalam hati.

Memang dah banyak tempat saya dah sampai, tapi tak semua tempat yang saya ingin pergi, saya sampai . Semalam, setelah 13 tahun perasaan cemburu disimpan, saya dah sampai ke Kota A'Famosa. Memang sebelum ni saya dah sampai Melaka, tapi bagi saya kalau tak sampai ke Kota A'Famosa belum cukup syarat sampai Melaka. Pelikkan saya ni. Hampir 4 jam saya habiskan masa dikawasan bandar tersebut. Terima kasih kepada CK kerana sudi temankan saya.

Semasa di sana sempat saya berjumpa dengan sahabat semasa belajar dulu, Rashid a.k.a. Acit Moody. Terkejut saya bila melihatkan isterinya hanya menunggu masa melahirkan anak sulung mereka. Banyak juga cerita yang diborakkan. Lebih kurang pukul 5.30 petang, saya dan CK bertolak balik menuju ke Shah Alam.

*Memang rasa excited masa nak pergi tu......hahahaha.....
.

Tuesday, November 17, 2009

SKEAPING......

Dua hari lepas balik dari Langkawi, saya, Shawn, Boxer dan Abey ke Latto Charok Janda Baik. Ada group buat 'basic survival cooking' dari Standard Chartered Bank. Participant tak ramai cuma 23 orang jer, tapi saya bagitau diorang "You should be proud. Why? Becoz not everyone willing to learn about survival". Kene pulak dalam group tu ada yang tak paham bahasa Melayu, tu yang kena skeaping skit.
Masa bagi intro kat bawah ok lagi, bila dah kat atas, masa bagi penerangan tentang survival, rasanya banyak benda saya ulang 2 3 kali gak. Bukan apa, cuma kita ni lidah belacan, depa lidah spagheti. Bab skeaping ni tak la fasih sangat, tapi dah kata produk UiTM, kena la ada ciri-ciri produk UiTM. Harap depa paham la apa yang saya cakap.

Yang penting basic survival diorang dah tahu. Walaupun tak semua berjaya siap masak, namun masih ada kumpulan yang menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan. Ada yang improvise bahan dalam hutan, ada yang berjaya masak nasi dalam buluh (well done pulak tu), ada yang masak nasi sardin (nampak sedap) dan ada yang sungguh-sungguh hidupkan api (walaupun sampai masa dah nak tamat api tak nyala).

Mungkin ada yang terasa susah sebab hujan turun, tapi feedback yang kami dapat mereka rasa seronok dan lebih adventure. Kira ok la tu. Masa nak trekking balik, semua pakat menggelungsur sebab trek dah jadi licin. tapi Alhamdulillah, semua selamat sampai kat bawah.


p/s: memang nak eja "SKEAPING"...
.

Tuesday, November 3, 2009

Monday, November 2, 2009

CONGRATES CK...

Pada tanggal 31 Oktober 2009, saya buat kali keduanya bertandang ke UNISEL di Bestari Jaya a.k.a. Batang Berjuntai. Kali pertama adalah pada awal tahun dulu semasa nak bagi briefing untuk group ke Gunung Kinabalu. Kali ini saya pergi sebagai cameraman tak terlatih sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL yang ke-4. Kali ini CK yang konvo. Tahniah diucapkan kepada CK dan beberapa rakannya yang saya kenali...


Tuesday, October 27, 2009

FINAL DOLU-DOLU...

Sekarang musim peperiksaan @ final exam dah bermula di UiTM. Melihat rakan serumah yang semuanya masih menuntut di UiTM sedang sibuk, tekun dan rajin mengulangkaji @ study untuk menghadapi paper-paper yang bakal diambil, terngat saya ketika masih belajar dulu. Yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketika saya mengambil diploma di UiTM Arau. Setiap kali tiba final exam, saya dan rakan sebilik tak keluar bilik, study, kecuali pada waktu petang. Tu pun pukul 5.30 pm untuk pergi beriadah. Itu wajib. Malam pula, siap-siap beli stok instant coffee sekali bancuh 2 - 3 paket. Nak tahan mengantuk punya pasal. Kalau lapar, dah standby stok mee segera. Semua perisa ada. Bilik penuh bersepah dengan past year question dan nota-nota rujukan dan hafalan. Dah macam kapal pecah. Yang peliknya keadaan tu jadi bila lagi sehari dua sebelum paper. Biasala last minit. Nak study awal-awal, jenis otak tak ingat. Hahaha...

Bila dah abis paper jer, semua pakat merdeka. Lepas la beban untuk satu semester. Untuk semester depan belum pikir lagi. Bila result dah keluar, dalam hati dok terpikir. "Aku boleh buat lebih baik lagi kalau aku study awal-awal. Sem depan aku akan berusaha bersungguh-sungguh". Ayat tu keluar bila dapat result jer. Bila masuk sem baru, sama ja masam sem lepas, study last minit. Tapi bukan sebarang study. Alhamdulillah, semua subjek yang diambil saya lulus dan tak pernah repeat sampai la saya abis degree. Cuma tak cukup cemerlang untuk jadi yang tercermerlang. Kepada adik-adik, rakan-rakan, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan dan semua yang bakal menghadapi final exam, semoga berjaya dengan cemerlang. Ingat ayah ibu di kampung @ bandar. Mereka menaruh harapan yang tinggi kepada kita untuk menjadi insan yang cemerlang...


P/S: kepada yang telah saya janji, berusaha bersungguh-sungguh untuk tuntut janji......... Study hard & smart......
.

Sunday, October 25, 2009

SSSHHHHHHH!!!!!!!

Saya dedikasikan ucapan SSSSHHHH.... saya kepada:

Boy Razif, Apiz Hadran, Kak Pah, Katek, Aus UMAG, Yob, Piyan, Eddy, Adam, Farahalina, Stoner, Mustakim dan kepada semua penyokong MANCHESTER UNITED.......

(-_-)!!!...

.

Friday, October 23, 2009

BLOGGERS GUBRA....

Selepas pulang dari Jumaat, saya cuba untuk buka blog. Alamak, tak boleh bukak, ada error. dengan pantas, saya bukak blog yang lain, pun tak boleh bukak. Dalam hati "janganla blog aku problem". Terus saya menghubungi rakn bloggers yang lain untuk mengetahui maklumat terkini. Mereka juga mengalami masalah yang sama. Bloggers Perjalanan pun menghubungi untuk bertanya masalah yang sama. Masalah ni satu dunia alami apabila saya memasuki ruangan Blogger Help. Ramai yang merungut tak boleh bukak blog. Ramai jugak yang mempunyai blog dalam dunia ni. Saya berbangga menjadi salah seorang daripadanya. Alhamdulillah, sebentar tadi blog dah ok. Saya cuma risaukan semua artikel yang telah saya post. Jenuh kalau semua hilang dan kena buat balik. Alahai bx-59cppw......

Monday, October 19, 2009

MENGIMBAU KENANGAN SILAM (MASA DIPLOMA)

Lagu ni pulak, bila saya dengar, terus jer teringat masa pengjian saya masa diploma dulu. Teringat balik muka kawan-kawan sepengajian...........



.

Sunday, October 18, 2009

BEHIND THE NAMES...

BMW - Brings Me Women
FIAT - Failure in Italian Automotive Technology
FORD - For Only Rough Drivers
HYUNDAI - Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive. ...
VOLVO - Very Odd Looking Vehicular Object
PORSCHE - Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything
KIA - Kills In Accidents
OPEL - Old People Enjoying Life
TOYOTA - The One You Only Trust, Always
GOLF/GTI - Girls Only Love Fun / Get Them Inside

PROTON??????
.

Friday, October 16, 2009

MENGIMBAU KENANGAN SILAM (MASA SEKOLAH)

Lagu ini popular semasa saya di bangku sekolah menengah. Bila dengar lagu ni terus teringat masa saya Form 2. Hahaha....

Tuesday, October 6, 2009

JOM PANTUN....

Kepada semua bloggers yang ingin menyumbang dan menunjukkan bakat dalam BERPANTUN, sila klik comment pada post saya yang bertajuk SALAM!!!. Terutama kepada para peminat bola sepak. Pastikan pantun anda mengikut piawaian pantun sebenar...........

P/S: sila bg pantun yang betul-betul pantun, pantun 2 kerat tak diterima!!!

Monday, October 5, 2009

DILEMMA REMBANG WAKTU


Kalau pergi, KERJA + CUTI.............
Kalau tak pergi, KAWAN + PENGALAMAN.................
.

Sunday, October 4, 2009

SUDAH KETENTUAN....

Malam sabtu yang lepas, lebih kurang pukul 10.15 pm ketika berada di perkarangan rumah En. Hisyam, saya menerima satu panggilan dari seorang rakan karib sekolah dahulu, Nora a.k.a Noriza Shaari.

"Salam sir, nak bagitau pasal satu berita kurang baik pasal kawan kita seorang ni. Suami Azie dah meninggal"

Azie adalah sahabat sekelas saya yang pertama kahwin sesudah tamat persekolahan. Terdiam saya seketika lantas teringatkan 3 orang anak beliau yang masih kecil. Saya hampir terkeluar air mata. Setelah mendapat perkhabaran itu, saya dengan segera menghubungi rakan-rakan yang lain untuk makluman. Yang berada dekat kampung saya galakkan untuk ziarah. Kemudian setelah pukul 11.00 pm, saya menghubungi Azie a.k.a Azilah Bt Shaari. Dengan nada sedih dan esakan tangisan, saya cuba menenangkan beliau.

"Dah ajal Azie, nak buat macam mana. Nasib anak-anak hang lebih kurang sama ngan aku adik beradik. Yang pergi tetap pergi... hang ja yang kena redha"

Nasib anak-anaknya lebih kurang sama seperti saya. Kehilangan bapa ketika saya yang sulong berumur 4 tahun, adik lelaki saya 3 tahun, dan adik perempuan saya 1 tahun setengah. Sama seperti umur anak-anak Azie. Moga beliau tabah dan kuat menghadapi liku-liku hidup dalam membesarkan anak-anaknya. Yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan.....

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah......
.

SALAM!!!

Monday, September 28, 2009

KU JEJAKI JUA....("_")

Hari Ahad yang lalu dapat juga aku jejakkan kaki ini ke tempat yang aku teringin pergi sebelum ini. Mungkin ada yang kata aku ni pelik sikit. Time orang tengah dok dalam mood raya, aku pi tempat-tempat yang macam ni. Tapi aku tak kesah pun. Terima kasih kepada CK kerana sudi teman. Sampai jugak aku. Yessss.......



.

Sunday, September 27, 2009

KOMENG

Setelah hampir 8 tahun tidak bersua muka, bermulanya tamat sekolah menengah tingkatan 5, 2001, sampai la sekarang, 2009, baru dapat bersua semula. Komeng bukan nama sebenar yang nama sebenarnya Izruf Qabil.

Mula kenal masa dia masuk form 4. Pandai dia ni, tapi biasa la budak muda. Ada yang kurangnya. Perangai tak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang. Kami tak bersua kerana selepas habis tingkatan 5, dia menyambung pelajaran di Russia dalam bidang kedoktoran. Dulu saya pun berangan nak jadi doctor, tapi tak kesampaian.

Takpalah ada wakil batch kami jadi doctor. Dua malam sebelum raya, sempat kami lepak minum bersama sambil menyingkap kembali kenangan lama. Geli hati pun ada. Lepas ni kalau sakit masuk hospital boleh la request Dr. Komeng…..
.

Friday, September 25, 2009

TOK KI BERCERITA...

Pada hari raya yang keempat, selepas berkunjung ke rumah rakan saya di Kuala Kangsar, kami singgah sebentar ke rumah rakan kepada rakan kami di Trong. Mula-mula sampai, agak berat mulut nak bersembang. Bapa rakan kepada rakan kami ini memulakan cerita mengenai status kesihatan beliau. Kemudian bercerita mengenai pengalaman hidup. Dalam sambil bercerita saya mencelah. “pak cik service ke dulu?” beliau menjawab “saya pernah berkhidmat dengan British dulu. Zaman perang semasa penjajahan Jepun pun saya pernah berkhidmat”. Bermulalah titik perbualan antara saya dan Pak Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ki. Pelbagai cerita semasa perang diceritakan.Sambil berbual saya terpandang tulisan di dada bajunya yang tertulis “SURVIVAL IS A DYING ART”. Saya memberanikan diri bertanya apa maksud tulisan itu. Rupa-rupanya dia salah seorang instruktur yang kerap mengadakan program survival di Taiping. Antara peserta yang pernah dibawa adalah dari luar Negara antaranya Rusia, Republic Cech, Korea Selatan, Australia, US, Britain dan ramai lagi. Saya menyatakan bahawa kami mungkin mempunyai persamaan kerana terlibat dan minat dalam bidang yang sama. Beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang ada dan beliau juga turut memberi beberapa petua antaranya petua sesat dalam hutan, petua mengendalikan group yang besar, petua jadi lead trekking, dan yang paling menarik petua memegang pokok bertam tanpa melukakan tangan. Sedar tak sedar hanya saya seorang sahaja yang dok melayan Tok Ki. Rakan saya yang lain dah geleng kepala kerana melihat teletah kami yang bercerita sehingga tidak sedar orang keluar masuk dan masa dah semakin lewat. Hampir pukul 5.30 petang kami mengundurkan diri. Bagi saya agak beruntung juga beraya ke sana kerana selain atas dasar ziarah, saya juga mendapat ilmu baru dan dapat mendengar pengalaman orang lama. Sebenarnya, semasa kami nak balik baru tahu nama masing-masing. Sembang dulu baru kenal……..

Thursday, September 24, 2009

BLOGGERS BERAYA

Hari raya tahun ini agak istimewa bagi saya kerana kunjungan bloggers ke teratak kecil saya di kampung. Kedatangan rakan bloggers dari KL agak istimewa.
Selain itu juga saya berkunjung ke rumah rakan sekolah dan berjumpa dengan bloggers yang dulunya pernah menjadi teman sepermainan. Beliau dulu saya panggil Amy Mastura kerana semasa kecik mukanya mirip Amy Mastura. Dia ni adik kepada rakan sekelas saya Nabila Akbal yang dulu keluarganya tinggal berhadapan dengan rumah saya. Dulu kecik jer nampak, sekarang dah besar. Sempat berbual cerita tatkala kecil bermain bersama.

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Hakikat Rimba, Perjalanan dan Andai Ku Tahu, dan tak lupa juga kepada Dunia Maya dan Fantasiku. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin……
.

Sunday, September 20, 2009

ZIARAH

Tahun ini tahun ketiga kami tak dapat berkumpul 4 beranak meraikan Aidil Fitri. Adik saya Rizuan Foo tidak dapat pulang ke kampung kerana tak dapat cuti. Cuma tinggal adik perempuan saya dan mak.


Hari raya pertama seperti biasa sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya, saya akan bersalaman dengan Mak, memohon ampun dan maaf.


"Mak, abang mintak maaf, dari ujung rambut sampai ujung kaki, halalkan makan minum abang selama ini, selamat hari raya mak...."

Selepas solat, seperti rutin setiap kali raya, konvoi ramai-ramai. Geng-geng PMC Power berkunjung dari rumah ke rumah. Tengah hari dah settle. Petang pulak saya, mak, adik dan sepupu pergi menziarahi kubur sanak-saudara. Tambahan pula, sepupu saya baru sahaja kehilangan ibunda tercinta dan tahun ini adalah tahun pertama mereka meraikan raya tanpanya. Terasa sebak di dada.






.