Thursday, September 25, 2008

MANA PI SEMUA??????

Hari ini saya berbuka dengan sepupu saya Azlin, anak Pak Uda saya (Beliau ni pangkat Pak Long sebenarnya, tapi kami sekeluarga panggil beliau Pak Uda). Jumaat ni dia dah nak balik Kelantan. Family Pak Uda saya menetap di sana. Petang tadi sempat juga saya pergi ke bazaar Ramadhan kat Food Court Seksyen 7. boleh dikatakan setiap hari saya membeli juadah berbuka di situ. Tapi petang tadi saya terperasan sesuatu. Pengunjung bazaar berkenaan semakin berkurangan. Mungkin disebabkan orang ramai sudah mula balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut beberapa hari saja lagi. Tapak bazaar pun sudah ada yang kosong.

Dah tak sesesak awal Ramadhan...


Sekarang dah tak seramai dulu.....


Rasa tak sabar nak pulang ke kampung berjumpa dengan Bonda saya yang tercinta, Adik perempuan saya yang tersayang dan rakan-rakan sekolah dan kampung. Kali ini tahun kedua adik lelaki saya Rizuan tidak dapat pulang untuk menyambut hari raya bersama. Beliau terpaksa bertugas pada hari raya. Biasa la Polis. Tak dapat cuti.

Kena bertugas pada hari raya... (ini pun gambar masa hari raya pertama tahun lepas)

Suasana disekitar rumah saya ni pun dah mula kekurangan kereta yang parking, semakin sunyi. Semua dah start balik kampung terutamanya mereka yang masih bergelar ‘pelajar’.

Diharap semua yang balik ni agar berhati-hati ketika memandu dan menunggang. Hargilah nyawa anda, ingatlah orang yang tersayang………

.

Wednesday, September 24, 2008

JASA MU DIKENANG….

MAZWAN a.k.a. PAK TEH


Semalam, selepas, 15 minit saya, Adiem, dan Ikram berbuka puasa di rumah, Lan Gym pun menolak daun pintu masuk ke rumah. Baru balik dari kerja. Kesian bukak puasa pun atas jalan. Kemudian dia terus duduk untuk menjamah nasi yang telah dibelinya.

Semasa dia tengah makan saya bertanya “Pak Teh mana?”.
Kemudian Lan menjawab, “Dah balik Melaka, semalam last day dia keja.”

Tak sangka awal pulak Pak Teh berenti. Kata hujung bulan. Jadi sekarang ini kurang la seorang teman serumah kami. Selepas itu Lan menambah.

“Ko tau tak, tadi kat gym client mat saleh Pak Teh menangis bila tau dia dah berenti. Pastu dia sanggup keluar kejap pi beli minyak wangi Armani nak bagi hadiah kat Pak Teh. Pastu dia sangat berterima kasih kat Pak Teh sebab dok trained dia slalu.”

Apa yang saya nak tekankan kat sini ialah sikap “Mengenang Budi” dan “Berterima Kasih”. Bukan saya nak banggakan dengan pompuan mat saleh yang dah separuh umur tu, tapi kagum dengan sikapnya yang menghargai jasa orang lain. Walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian dan tidak beberapa kenal, tetapi jasa orang harus dikenang.

Kita sebagai orang Islam dan Melayu patut berterima kasih dan bersyukur ke atas apa yang telah kita terima terutamanya nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Dengan penuh sifat kasih dan pemurah-Nya, kita masih dapat bernafas di atas muka bumi ini, masih hidup aman dan makmur bahagia.

Renung-renungkanlah…….
.
.

BILA PUASA DAH NAK ABIS, RAMAI ORANG......


Monday, September 22, 2008

TIGA JAWAPAN DENGAN SATU TAMPARAN....


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu
tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan
tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda
ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua
merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat. Apakah tadi malam anda
bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk
menampar anda?

Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan
menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
.

p/s: Renung-renungkanlah dan selamat beramal....
.
.

PERLU MASUK SURAT KABO....


Sinar Harian, Isnin, 22 September 2008, 22 Ramadhan 1429H, Bil : 745 PP11200/10/2008(010646), Muka Surat S30.
.
.
.

Saturday, September 20, 2008

ADA STYLE LAH……

Semalam bersamaan hari yang ke-20 puasa, lagi satu xtvt adhoc anjuran PERLU telah berjaya dilaksanakan. Ramai yang hadir antaranya Ecah, El, Ies, Angah, Mus, Shawn, Boyington, Awek Boyington, Lan, Diela, Ateh, Pakwe Ateh, Lenny, Azmie, Ayu, Atique, Tengku, Apize, John, dan Abe..

Masing-masing tunjuk belang masing-masing, saya dengan gaya bola spin yang tak berapa nak menjadi pada awalnya… bola tak ngam. Hahaaa…tapi second frame ada baik skit…

Lepas habis main, kami buka pause bersama-sama. On the way nak turun Abang Malin, Kak Nurul dan Maisarah sampai. Teruih ja kami pergi kebawah. Keluar ja dari muka pintu PAS, dah ada orang yang minum dan hisap rokok. Alamak dah azan daaa…
Apa lagi cepat-cepat cari tempat duduk. Alhamdulillah, dapat jugak berbuka…

Lebih kurang pukul 8.00 baru kami semua beransur pulang….

Dibawah saya ada sertakan beberapa gambar gelagat semasa xtvt....

Posing reramai 1


Posing reramai 2


Suasana xtvt

Berbuka reramai.....


Ada style lah..........



p/s: Rugi siapa yang tak datang....


.


.

Thursday, September 18, 2008

JANGAN MARAH AAAAAA…….

Salam selepas saya membuka blog “Bisikan Dari Ujung Tanah” tersentuh hati saya bila Kak Shiela rasa sebak bila menerima panggilan dari saya petang tu. Bukan ape, petang tu masa saya sedang bersiap nak berbuka di Restoran D’Hati bersama Atique, Ayu dan Tengku, saya terpandang seorang akak ni dari belakang sebijik macam Kak Sheila, pastu terus la call dia….

Masa cakap tu macam tengah sibuk jer dia. Ada majlis buak pose anjuran kolej katanya…. Sibuk jugak Kak Sheila kat sana… Apa boleh buat dah keja.

Saya ni sebenarnya baru jer kenal dia ni. Masa mula-mula kenal tak nampak lagi taringnya. Tapi bila sampai satu TOT tu, terkejut jugak saya tengok. Pastu bebudak len plak cakap yang dia ni Ghost Buster. Alamak…. Tapi dia ni ok sebenarnya. Baik.

Jadi kali ini saya sebenarnya nak tunjuk kan gambar skit. Saja nak ubat rindu kawan-kawan…. Jom kita tengok….. heheheeeee……

hhhmmmmmmmm.............

Masa tengah scan kawasan sekeliling....

berdua dengan mu (sebelum kejadian)....

Cube teka apa yang terjadi berpandukan kesan tanah dilengan.....

p/s: wajah individu terpaksa diblurkan supaya tidak dikenali......

.

.

APA YANG PENTING? KERJASAMA.....(versi diploma)

Semalam, para pelajar Diploma Pengajian Sukan SR113 Semester 2 telah menjalankan kelas praktikal Flying Fox. mari lihat apa yang lain masa kejadian....


Kuasa wanita... mana yang lelakinya......???????


Ha, baru lelaki nampak muka......


ni baru betul kerjasama....
.
.

Wednesday, September 17, 2008

Tuesday, September 16, 2008

ADA HIKMAH SEBALIK KEJADIAN…..

Bemula pada hari pertama bulan Ramadhan tahun ini, seorang demi seorang PERLU ditimpa musibah. Bermula dengan diri saya sendiri, hari pertama dah kena check-in kat hospital. Tetiba pulak kena serangan sakit batu karang. Selepas itu, saudara kita Boy Razif sakit masa nak mai meeting. Selang beberapa hari saya menerima berita dari Syarifah Azian a.k.a Check pengsan dalam LRT masa dalam perjalanan ke Shah Alam. Semalam, Presiden PERLU kita, Shariman, ditimpa kemalangan jalan raya di Seksyen 18. Tapi, Alhamdulillah cuma dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Jika kita telitikan semula semua kejadian ini, banyak yang dapat kita ambil positifnya...
Sebagai contoh, dalam PERLU itu sendiri. Mungkin sebelum ini ada yang tidak sedap didengar dalam keluarga ini, tapi bila kejadian-kejadian ini berlaku, semuanya kembali berubah ke arah yang lebih baik....

Dalam ertikata lain, dulunya hubungan yang agak ada jarak dah semakin rapat dan mesra....

Selain itu, seperti saya sendiri, mulai sedar yang kita masih ada orang yang mengambil berat dan prihatin ke atas setiap yang berlaku. Inilah dia satu ikatan yang takkan dapat diungkaikan oleh apa-apa atau sesiapa pun.

Allah menjadikan sesuatu kejadian ada sebabnya. Kita sebagai hambanya perlu meneliti dan redha atas segala kejadian selain menginsafinya...

p/s: maaf jika tiada kejadian lain yang tidak dinyatakan...

PANDAI MEMBACA LEBIH PENTING DARI PANDAI MENGEJA...

Only GREAT minds can read this This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs you are geart...

TANGGUNGJAWAB


Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kedua aku menjalankan tanggung jawab ke atas keluargaku iaitu bayar Zakat Fitrah. Teringat lagi, masa pertama kali bayar zakat. Masa tu aku masih bekerja di Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC). Kat KBS ada seorang amil. Nama dia Tuan Haji Zain atau lebih senang panggil Pak Zain. Beliau agak separuh umur dan peramah orangnya. Kepadanyalah saya menunaikan zakat buat pertama kali. Agak gelabah jugak, tak penah buat. Ingatkan susah, rupa-rupanya kena lafaz saja.

Hari ini, Alhamdulillah, saya dapat menunaikan Zakat Fitrah di PKNS Shah Alam, alang-alang dah lalu masa nak ke bank. Kali kedua tak biasa dah la….

Saya bayarkan sekali untuk kami empat beranak….



p/s: ZAKAT SATU KEWAJIPAN, BERZAKATLAH…
.
.

Monday, September 15, 2008

SI BUTA DAN RASULULLAH SAW

Pagi tadi saya buka email. Ada satu email yang saya terima daripada rakan saya Azran Salehuddin a.k.a. Barai. Semasa membaca email ini, denga tiba-tiba saya merasa sesuatu yang ganjil. Satu perasaan yang begitu mengagumi. Jadi sama –sama lah kita kongsi cerita ini....




Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya.

“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu.

“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”

Aisyah RA menjawab, ”Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.”

“Apakah itu?”, tanya Abu B akar RA.

“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana”, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya AbuBakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,

“Siapakah kamu?”

Abu Bakar RA menjawab, ”Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).”

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, Bantah si pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu.

“Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata.

“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Lihatlah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya berniat untuk meneladani baginda? Baginda adalah Ahsanul Akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani baginda seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.


p/s: Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, banyakkanlah ibadah dan amal kebajikan….
.
.
.

Friday, September 12, 2008

ADUH SAKITNYA....

Pagi tadi, selepas sahur, perut saya memulas-mulas....
Ingatkan sakit lama datang balik....
Bila diingatkan baru saya sedar....
Mungkin sebab makanan sahur tadi....
Memang saya sedar.....
Makanan sahur pagi tadi rasa lain macam sikit....
Tapi mamaikan masa tu....
Bedal jelah...
Kesannya.....
Ulang alik toilet la....
Selamat tak sampai terbatal puasa...
Kawan-kawan umah dah suruh makan ubat dah...
Tapi paham-paham jela...
Lagi satu sayang nak tinggal puasa.....
Tak pegi keja saya arini....
Dok terperap kat umah jelah....

ADOIYAI........

“BAJU INI MELAYU YANG PUNYA”

"Ada pen marker dak, tulis kat belakang ‘baju ini melayu yang punya’” itulah kata-kata yang keluar cari mulut En Hisyam sesampai sahaja beliau pada Majlis Berbuka Puasa PERLU semalam. Kesian Boy Razif menjadi mangsa pertama dan Piyun mangsa kedua gurauan En Hisyam apabila mereka tidak mengenakan pakaian tema, iaitu Baju Melayu untuk lelaki. Hahahahaaa...
Antara juadah yang ada....(sebelum)


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan pada awalnya. Sesudah menjamah beberapa ketul kuih, kami semua berjemaah Maghrib dahulu kemudian baru sambung menjamu juadah yang lebih berat. Kemudian diikuti dengan ucapan para penasihat PERLU. Selepas itu, biasala bila Boy dan Abey memegang benda-benda yang boleh diketuk dan mengeluarkan bunyi, mereka terus menyampaikan persembahan secara otomatik. Disertai dengan alunan tamborin oleh Shariman. Alamat gamat la suasana kat situ....

En. Hisyam menyampaikan ucapan.....

Antara juadah yang ada..... (selepas)


Selepas itu pula kami berjemaah Isyak dan Terawih di Surau kat pool tu.

Lebih kurang pukul 10.00 malam, seorang demi seorang mula meminta diri untuk pulang.

p/s: kepada ajk penganjur, kelemahan adalah lebih baik dari kesilapan, sebab kelemahan boleh diperbaiki.......

.

.

Thursday, September 11, 2008

LOMPAT SI KATAK LOMPAT.... TRET...TRET....

Bila melihat gambar yang ada dalam koleksi gambar dalam laptop saya, tercetus idea nak tunjuk aksi-aksi Marshal Sultan Ahmad Shah - Tioman International Eco-Challenge masa off-duty......

saya rasa ini adalah antara foto-foto yang menarik dan cantik....

jom, kongsi bersama.....

Katek, yang paling tinggi lompat.....

Lah, tapak kaki terlekat....

Ina, hanya terduduk.....

Ateh, aksi akrobatik......

Boxer, begitu bersungguh...... ( Dalam-dalam banyak gambar saya suka gambar ini, nampak fotogenik....)



Tuesday, September 9, 2008

PIONEER BATCH SR113 UiTM ARAU, PERLIS (2002-2005)………

Terkenang kenangan ketika belajar di UiTM Arau, Perlis. Banyak kenangan pahit dan manis ketika disana. Teringat kembali wajah-wajah rakan seperjuangan ketika menuntut ilmu bersama. Pahit getir dilalui, susah-payah ditempuhi, riang tawa dinikmati…….

VITAMIN C – GRADUATION (FRIENS FOREVER)

/ So we talked all night about the rest of our lives
/ where we’re gonna be when we turn 25
/ I keep on thinking times will never change
/ keep on thinking things will always be the same
/ but when we leave this year we won’t be coming back
/ no more hanging out cause we’re on a different track
/ and if you got something that you need to say
/ you better say it right now
/ cause you don’t have another day
/ cause we’re moving on and we can’t slow down
/ these memories are playing like a without sound
/ I keep thinking of that night in June
/ didn’t know much of love but it came too soon
/ and there was me and you and when we got real blue
/ we’d stay at home talking on the telephone
/ we’d get so excited and we’d get so scared
/ laughing at ourselves thinking life’s not fair

/ CHORUS:
/ and this is how it feels…
/ as we go on, we remember
/ all the times we, had together
/ and as our lives change
/ come whatever
/ we will still be friends forever


/ so if we get the big jobs and we make the big money
/ when we look back at now will our jokes still be funny
/ will we still remember everything we learned in school
/ still be trying to break every single rule
/ will little brainy Bobby be the stockbroker man
/ will heather find a job that won’t interfere with her tan
/ I keep- I keep thinking that it’s not goodbye
/ keep on thinking it’s our time to fly

/ CHORUS:

/ will we think about tomorrow like we think about now
/ can we survive it out there
/ can we make it somehow
/ I guess I thought this would never end
/ and suddenly it’s like we’re women and men
/ will the past be a shadow that will follow us around
/ will these memories fade when I leave this town
/ I keep- keep thinking that it’s not goodbye
/ keep on thinking it’s our time to fly

/ CHORUS:




BOYS SR113 PIONEER BATCH UiTM ARAU



GIRLS SR113 PIONEER BATCH UiTM ARAU

P/S: bila la dapat kumpul semua........................
.
.

Sunday, September 7, 2008

MALAS BERTANYA, SENDIRI YANG RUGI …….

Pagi tadi, semasa saya dalam perjalanan ke opis TEAM TACT, saya singgah sekejap di Pejabat Pos Besar Shah Alam. Tujuannya untuk menghantar salinan research saya kepada adik perempuan saya yang masih belajar di Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang.

“Assalamualaikum, kak, saya nak Pos Ekspress saiz A4 satu” Kakak kaunter tu pun bagi. RM 4.00 harganya. Semua ruang yang perlu diisi, saya isikan. Kemudian, saya kembalikan bungkusan itu kepada kaunter.

“Kejap Dik, barang ni berat ni, tak boleh pakai sampul ni. Kena pakai sampul yang kotak ni”. RM 7.00 kena. Dalam hati “Alamak, awatla aku tak tanya dulu tadi. Dah kena buat kerja dua kali. Dah tu plak, rugi RM 4.00”

P/S: Malu bertanya, sesat jalan, rugi masa, rugi duit, rugi tenaga……

Saturday, September 6, 2008

VOLKS WAGON…




AR 6911, itu lah nombor pendaftaran kereta Volks Wagon Ungu bercorak petak-petak di bumbung milik Azraie a.k.a. Aie. Semalam, semasa sampai ke rumah Mongkut, itulah pertama kali saya melihat kereta milik Aie. Kereta Dadu ( gelaran Mongkut kat kereta tu) seumur hidup saya, tak pernah merasa naik kereta klasik yang macam tu.



bila Mongkut posing kat kereta......


Teringat saya dekat rakan saya Zubir. Beliau juga ada sebiji. Volks Wagon Kuning. Baby namanya. (Zubir punya gelaran). Volks Wagon Kuning? Dah macam misteri Volks Wagon Kuning kat terowong Jelapang pulak….. hahahahaaa…

Masa nak balik dari Khulafa semalam, Aie meng‘offer’ untuk hantar saya pulang. Dapat jugak merasa naik keta klasik Volks Wagon……

P/S: Terima kasih Aie tolong hantaq……



MINI GATHERING…….

“Yasir, jadi tak malam ni?” inilah mesej khidmat pesanan ringkas yang saya terima dari sahabat saya Izwan a.k.a. Yan…

Semalam, tanpa perancangan rapi atau lebih dikenali xtvt adhoc jugaklah, saya dan beberapa rakan diploma Pioneer Batch SR113 semasa di UiTM Arau dulu merancang berbuka bersama di kedai makan Kampung Kuantan, Klang. Seramai 12 orang saja yang dapat hadir (yang dekat-dekat saja) termasuk 3 orang kawan bukan dari batch kami.

Tepat pukul 5.20 ptg saya berjumpa dengan Yan dan Azian a.k.a. Yan Kecik kat Food Court 7. Kemudian, kami ke rumah Nazree a.k.a. Mongkut. Sampai kat sana dua tiga rakan yang lain dah menunggu termasuklah Syukran a.k.a. Pak Tam, Azraie a.k.a. Aie, dan juga rakan serumah mereka Markle. Lebih kurang pukul 6.00 ptg, kami bertolak ke Kampung Kuantan untuk berjumpa dengan Dahlia a.k.a. Dely yang dah menunggu di Petronas di sana. Dalam perjalanan saya teringat pulak Afzan a.k.a Jiwang dan Andika a.k.a. Andy yang masih menuntut di Universiti Malaya. Mereka tinggal di Jalan Klang Lama. Cepat-cepat saya call suruh datang. Mereka bersetuju dan memaklumkan ada dua orang rakan mereka (Ila a.k.a. Awek Andy dan Yen a.k.a. Housemate Jiwang dan Andy) akan ikut sama.

Bila sampai kat sana, Yan terus je duduk. Pastu ada seorang wanita datang. “Dah booked meja ke bang?” Alamak, kami memandang antara satu sama lain. “ Ai, kena booked dulu ka? Sebelum ni tak payah pun?” saya tertanya-tanya. Rupa-rupanya malam tu ada orang dah booked tempat tu untuk 50 pax. Tapi kami bernasib baik, masih ada meja yang kosong walaupun terpaksa duduk berhimpit. Tak pa, bukan selalu.




bila Mongkut (berkaca mata) mula bicara......Nasi Putih Telur Berlada Campur


Istimewanya, kedai kat situ ada satu resepi yang special. “Nasi Putih Telur Berlada Campur” setakat ni, situ sajalah yang saya tau ada. Kat tempat lain tak tau la plak. Tu yang ramai orang pi kedai tu walaupun kedai tu tak besar mana.

Alhamdulillah, sempat kami berbuka bersama walaupun makanan tak sampai lagi. Nasib baik ada kuih-muih yang dibeli awal dan juga air yang dipesan sampai dulu. Semasa sedang makan, kami sempat merancang untuk mengadakan satu GATHERING untuk Pioneer Batch SR113 UiTM Arau. Cadangnya nak buat kat Gunung Stong, Kelantan. Tapi kami tak bercadang untuk sampai ke puncak. Setakat di base camp saja.

Habis makan kami pergi ke Pasaraya Ole-Ole di Seksyen 18, Shah Alam. Buat apa? Main Bowling la. 2 frame abis. Tapi sayang, Andika, Afzan, Ila dan Yen tak dapat ikut bersama kerana mereka ada urusan di Kuala Lumpur. InsyaAllah, lain kali ada lagi.




bila Mongkut ambil bola.............................Tapi sayang baling tak kena... hahahahaaaaa...



bila Mongkut posing bergambar.....


Dah abis main bowling, kami ramai-ramai lepak minum kat Khulafa’ Bistro. Masa tu, Azwar a.k.a. Pok Cheq dan Hifzan a.k.a. Bebeh pun ada sekali. Masa tengah lepak, ada dua tiga dah mula rasa mengantuk. Mungkin penat dok sorak-sorak masa main bowling tadi. Kemudian, lebih kurang pukul 1.30 pagi, kami bergerak pulang.

P/S: rasa seronok bila jumpa kawan-kawan seperjuangan yang lama. Harap-harap projek Gunung Stong tu jadi la….. Amin…….
.
.
.

Tuesday, September 2, 2008

NASIB BADAN….(episod 2)

Semasa di Wad.

Tolak Shawn, John dan Minah, lebih kurang pukul 10.30 pagi, En. Hisyam Che Mat adalah pelawat yang pertama yang sampai. Beliau membawakan saya air rebusan lobak putih sebagai ubat. Beliau berkata kalau boleh kena habiskan sebelum buat scan. Saya cuba tapi tak boleh. ¾ je yang boleh habiskan. Bukan apa, tak tahan bau air tu. Busuk sikit. Tapi rasa ok. Beliau sempat menceritakan pengalaman dibedah semasa menghidap penyakit yang sama. Untuk pengetahuan, beliau sudah tiga kali diserang penyakit batu karang. Sebab tu kalau boleh dia tak nak saya kena bedah. Sakit woooo…..


dulu nama Foo Guat Ngoh, sekarang Mohd Yasir Foo plak....

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, baru saya call dan bagitau mak keadaan saya di wad. Beliau terkejut tetapi nasib baik adik saya yang belajar di Kolej Kejururawatan Kuantan pulang bercuti dan menerangkan keadaan saya kepada mak. Sebenarnya, masa pagi-pagi sampai di hospital saya telah maklumkan kepada adik saya tapi saya melarang dia memberitahu mak. Takut mak risau

Lebih kurang pukul 1.30 tghari, Mus, Ustad, Angah dan Nuriza datang melawat. Mereka bertanyakan khabar dan keadaan semasa. Lebih kurang pukul 4.30 petang, anak kepada jiran saya di kampung datang. Pak Tam dan Isteri sampai. Pak Tam ni dulu saya slalu tumpang pergi sekolah masa saya sekolah rendah dulu. Tu yang jadi agak rapat.

Pada pukul 5.30 petang, Abey, Adzly, Tengku, dan Boxer pulak sampai. Boxer siap bawak Buah Kurma lagik. Terima kasih Boxer a.k.a. Irwansyah. Hahahahaaa….


terima kasih abey, boxer, tengku, dan adzly (tengah amik gambar)

Pelawat terakhir sekali semasa saya di wad adalah Abang Malin, Kak Nurul dan Maisarah. Mereka datang lebih kurang pukul 6.30 petang. Dah lama tak jumpa Maisarah. Terima kasih abang malin dan kak nurul kerana sudi datang tengok saya sehingga abang sekeluarga tak jadi masak dan berbuka kat luar.


katil kat umah lagik best....(tak mo dok sepital...)

Setelah ujian darah saya didapati normal, saya meminta kebenaran Doktor untuk keluar wad. Setelah diberi penerangan dan nasihat Doktor, saya dibenarkan pulang. Ally, Pak Teh dan Adiem datang menjuemput saya di hospital dan pulang ke rumah.


antara jururawat yang merawat saya. terima kasih....


Masa Di Rumah

Semasa di rumah, ada juga satu dua serangan sakit, tapi tak teruk macam mula-mula. Masih boleh ditahan setelah memaksa diri untuk menelan ubat yang dibekalkan oleh doktor.

Pada pagi pertama dirumah, saya dikunjungi oleh adik-adik saya, Diela, Lenny dan Azmi. Malamnya pulak, Aie dan Piyun datang bertanya khabar. Tak kurang jugak yang mesej dan telefon.

p/s: saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi datang melawat dan tak kurang juga yang mesej dan telefon. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. Rugi tak dapat rasa nikmat bukak puasa hari pertama.....
.
.
.

NASIB BADAN…. (episod 1)

“Boy, Tolong ambik first aid box jap. Pastu hang tolong spray belakang aku”…..
Itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut ketika menahan sakit dan meminta bantuan dari Boyington.


Serangan Pertama

Lebih kurang pukul 5.30 pagi bersamaan 31 Ogos 2008 bertempat di Latta Hammer, saya tetiba terjaga dari tidur (“terjagaku dari tidur yang lena” Gemilang, Ella) dan berasa tidak selesa dibahagian belakang. Lepas tu saya keluar dari khemah menuju ke khemah pusat untuk amik cold spray. Lepas spray still rasa sakit. Lepas tu terpaksalah saya menelan 2 biji Ponstan 500mg (pain killer) namun masih berasa sakit. Mungkin ubat tablet lambat bagi effect. Setelah itu saya kejutkan Tracy, minta tolong urut belakang. Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu keperitan yang saya alami sehingga saya mengeluarkan air mata tahan sakit diselang-seli bunyi suara erangan menahan sakit. Naik takut Tracy dengar bila saya mengerang. Hampir satu jam, sakit yang saya alami lega. Kesian saya tengok Tracy, sambil mata terpejam dia urut saya sampai siang. Rasa terhutang budi kat Tracy. Pagi tu, Alhamdulillah, sakit tu hilang sekejap.

Serangan Kedua

Semasa di rumah Burn, tengah kawan-kawan dok sedap makan lemang, tetiba sakit tu rasa balik. Cepat-cepat saya minta kunci kereta kat Shawn nak amik cold gel nak sapu kat belakang. Lepas sapu, ada plak keta nak keluaq, kena la ubah moto-moto yang blok keta tu. Aduh sakitnya belakang.......

Serangan Ketiga

Setelah selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 10.30 malam, saya kemaskan barang-barang yang dibawa semasa pergi ke Latta Hammer. Baju dimasukkan ke dalam bakul. Beg simpan. Pastu saya mandi. Kemudian tido. Lebih kurang pukul 12.15 pagi (1 September 2008) saya terjaga dari tidur. Alamak sakit tu datang balik. Saya keluar bilik dan minta tolong Ally, kawan serumah untuk menyapu cold gel dan urut sedikit. Alhamdulillah, setengah jam selepas urut, sakit itu hilang. Sambung tido balik.

Serangan Keempat

Lebih kurang pukul 2.30 pagi (1 September 2008) lagi sekali sakit itu menyerang. Berguling-guling saya diatas katil cari posisi tahan sakit. Tak lut jugak. Pastu turun katil, guling-guling atas lantai, pun tak jadi jugak. Akhirnya saya terpaksa telefon Shawn. Alamak tak angkat pulak. Pastu telefon John. Angkat, mintak tolong dia kejutkan Shawn. Tunggu punya tunggu tak dak respon. Rupanya John tetido balik. Pastu call Mus pulak, Alhamdulillah, Mus angkat dan kejutkan Shawn. Pukul 3.30 pagi Shawn sampai dan bawak saya ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah. Tepat pukul 3.45 pagi saya didaftarkan ke hospital. Dua suntikan Voltaren diberikan. Air NS dimasukkan ke badan. Air kencing diambil dan diperiksa serta result mendapati saya sah kena Batu Karang. Tapi masih diperingkat awal. Terus saja saya ditahan di Wad Pembedahan 4A. Alamak, nak kena operate ka? Takut wei….


tangan kena tebuk plak.... rimas.... kena masuk air plak....

.
.
.

LATTA HAMMER 2…

Salam, pada tanggal 30 Ogos 2008, seramai 14 belas orang PERLU telah menjalankan satu xtvt adhoc iaitu “latta hammer dua”. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancer walaupun ketika disana saya diserang sakit belakang. Tapi aktiviti yang lain berjalan lancar.


baru sampai kat exit Bukit Tinggi

Sampai ja kat sana, (lebih kurang pukul 5.30 ptg) kami bahagikan tugas, ada yang masak, ada yang cari kayu api, ada yang pasang khemah pusat dan ada yang bersihkan tempat. Dah siap semua, kami bersihkan badan dan bersedia untuk makan malam….

Dah siap makan malam, adalah dua tiga xtvt bawah khemah, aktiviti pertama kena nyanyi lagu yang berkaitan dengan diri sendiri, kedua, kena nyanyi lagu ikut perkataan yang disebut. Dalam game ni ada denda, lima yang pertama terkeluar kena rendam dalam sungai. Saja nak buat macam denda budak-budak camp. Slalu kita yang bagi, tapi kalini kita yang rasa. ketiga, main bom, dan kemudian, bila tepat pukul 12.00 tengah malam, kami ramai-ramai bangun nyanyi lagu Negaraku sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke- 51.

Lepas abis ja nyanyi, seperti yang dijanjikan kami berlima (saya, john, apize, napisah dan tracy) kena pakai life jacket siap sedia untuk di rendam. Mula-mula tu mak aih sejuk gila ayaq dia. Tak tahan wei. Tapi bila dah lama-lama dah rasa biasa ja. Pastu yang paling best bila dapat arahan “dalam kiraan lima saya nak semua ada kat atas darat”. Masa tu kepala dah pikir style lanun. Lari sambil sepak air lah. Habis semua yang berdiri kat depan basah. Hahahahaaaa.... saja buat macam tuh. Baru aci semua rasa sejuk…. Sori…

Abis xtvt tu, kami semua mula tido. Tapi saya ngan apize bukak khemah tido kat pantai bawah. Kat khemah pusat dah full. Tetiba pagi tu, lebih kurang pukul 5.30 pagi saya tersedar dan rasa sakit belakang. Saya naik atas untuk ambil ubat tahan sakit. Tapi ceita tu panjang lagi. Nanti saya story.


masa nak keluar dai Latta Hammer

Pagi tu kami ramai-ramai main air, balas dendam semalam tak sempat. Pada pukul 3.00 kami berkemas dan bergerak keluar dari latta hammer. Dalam perjalanan pulang kami singgah kat rumah Ellail Ain. Kat sana kami dijamu makan tengah hari, tapi dah pukul 5.00. dapa jugak pekena Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak. Fuh, balun sakan saya. Lepas tu kami bergerak pulak ke rumah Burn. Kat sana kena balun lemang pulak. Saya yang dah full tadi sempat pekena sekerat lemang ja. Dah tak leh masuk dah. Tak tau pulak ada rumah lagi satu kena pi. Kalau tau balun sikit ja kat umah El tadi.


masa kat rumah Burn balun Lemang

Dalam pukul 7.00 petang, kami beramai-ramai konvoi balik. 7 buah moto semuanya, Shawn, Abey, Ecah, Boxer dan Boyington naik keta. Yang lain naik moto. Saya, Napisah, John, Katek, Apize, Mus n Ana dan jugak Azmi. Dah lama tak konvoi reramai macam tu. Kami sampai kat shah alam lebih kurang pukul 9.30 malam. Alhamdulillah semua selamat.

P/S: bila nak buat latta hammer tiga pulak?
.
.