Saturday, September 6, 2008

MINI GATHERING…….

“Yasir, jadi tak malam ni?” inilah mesej khidmat pesanan ringkas yang saya terima dari sahabat saya Izwan a.k.a. Yan…

Semalam, tanpa perancangan rapi atau lebih dikenali xtvt adhoc jugaklah, saya dan beberapa rakan diploma Pioneer Batch SR113 semasa di UiTM Arau dulu merancang berbuka bersama di kedai makan Kampung Kuantan, Klang. Seramai 12 orang saja yang dapat hadir (yang dekat-dekat saja) termasuk 3 orang kawan bukan dari batch kami.

Tepat pukul 5.20 ptg saya berjumpa dengan Yan dan Azian a.k.a. Yan Kecik kat Food Court 7. Kemudian, kami ke rumah Nazree a.k.a. Mongkut. Sampai kat sana dua tiga rakan yang lain dah menunggu termasuklah Syukran a.k.a. Pak Tam, Azraie a.k.a. Aie, dan juga rakan serumah mereka Markle. Lebih kurang pukul 6.00 ptg, kami bertolak ke Kampung Kuantan untuk berjumpa dengan Dahlia a.k.a. Dely yang dah menunggu di Petronas di sana. Dalam perjalanan saya teringat pulak Afzan a.k.a Jiwang dan Andika a.k.a. Andy yang masih menuntut di Universiti Malaya. Mereka tinggal di Jalan Klang Lama. Cepat-cepat saya call suruh datang. Mereka bersetuju dan memaklumkan ada dua orang rakan mereka (Ila a.k.a. Awek Andy dan Yen a.k.a. Housemate Jiwang dan Andy) akan ikut sama.

Bila sampai kat sana, Yan terus je duduk. Pastu ada seorang wanita datang. “Dah booked meja ke bang?” Alamak, kami memandang antara satu sama lain. “ Ai, kena booked dulu ka? Sebelum ni tak payah pun?” saya tertanya-tanya. Rupa-rupanya malam tu ada orang dah booked tempat tu untuk 50 pax. Tapi kami bernasib baik, masih ada meja yang kosong walaupun terpaksa duduk berhimpit. Tak pa, bukan selalu.




bila Mongkut (berkaca mata) mula bicara......Nasi Putih Telur Berlada Campur


Istimewanya, kedai kat situ ada satu resepi yang special. “Nasi Putih Telur Berlada Campur” setakat ni, situ sajalah yang saya tau ada. Kat tempat lain tak tau la plak. Tu yang ramai orang pi kedai tu walaupun kedai tu tak besar mana.

Alhamdulillah, sempat kami berbuka bersama walaupun makanan tak sampai lagi. Nasib baik ada kuih-muih yang dibeli awal dan juga air yang dipesan sampai dulu. Semasa sedang makan, kami sempat merancang untuk mengadakan satu GATHERING untuk Pioneer Batch SR113 UiTM Arau. Cadangnya nak buat kat Gunung Stong, Kelantan. Tapi kami tak bercadang untuk sampai ke puncak. Setakat di base camp saja.

Habis makan kami pergi ke Pasaraya Ole-Ole di Seksyen 18, Shah Alam. Buat apa? Main Bowling la. 2 frame abis. Tapi sayang, Andika, Afzan, Ila dan Yen tak dapat ikut bersama kerana mereka ada urusan di Kuala Lumpur. InsyaAllah, lain kali ada lagi.




bila Mongkut ambil bola.............................Tapi sayang baling tak kena... hahahahaaaaa...



bila Mongkut posing bergambar.....


Dah abis main bowling, kami ramai-ramai lepak minum kat Khulafa’ Bistro. Masa tu, Azwar a.k.a. Pok Cheq dan Hifzan a.k.a. Bebeh pun ada sekali. Masa tengah lepak, ada dua tiga dah mula rasa mengantuk. Mungkin penat dok sorak-sorak masa main bowling tadi. Kemudian, lebih kurang pukul 1.30 pagi, kami bergerak pulang.

P/S: rasa seronok bila jumpa kawan-kawan seperjuangan yang lama. Harap-harap projek Gunung Stong tu jadi la….. Amin…….
.
.
.

3 comments:

Anonymous said...

awat nama mongkut ja byk..

Anonymous said...

ayat ang baek jgk..tp dok mention nama aku ja (haram j sgguh)hahaha

yazilahyazir said...

salam yasir..
cantik baju..
hahahha