Bemula pada hari pertama bulan Ramadhan tahun ini, seorang demi seorang PERLU ditimpa musibah. Bermula dengan diri saya sendiri, hari pertama dah kena check-in kat hospital. Tetiba pulak kena serangan sakit batu karang. Selepas itu, saudara kita Boy Razif sakit masa nak mai meeting. Selang beberapa hari saya menerima berita dari Syarifah Azian a.k.a Check pengsan dalam LRT masa dalam perjalanan ke Shah Alam. Semalam, Presiden PERLU kita, Shariman, ditimpa kemalangan jalan raya di Seksyen 18. Tapi, Alhamdulillah cuma dirawat sebagai pesakit luar sahaja.
Jika kita telitikan semula semua kejadian ini, banyak yang dapat kita ambil positifnya...
Sebagai contoh, dalam PERLU itu sendiri. Mungkin sebelum ini ada yang tidak sedap didengar dalam keluarga ini, tapi bila kejadian-kejadian ini berlaku, semuanya kembali berubah ke arah yang lebih baik....
Dalam ertikata lain, dulunya hubungan yang agak ada jarak dah semakin rapat dan mesra....
Selain itu, seperti saya sendiri, mulai sedar yang kita masih ada orang yang mengambil berat dan prihatin ke atas setiap yang berlaku. Inilah dia satu ikatan yang takkan dapat diungkaikan oleh apa-apa atau sesiapa pun.
Allah menjadikan sesuatu kejadian ada sebabnya. Kita sebagai hambanya perlu meneliti dan redha atas segala kejadian selain menginsafinya...
p/s: maaf jika tiada kejadian lain yang tidak dinyatakan...
3 comments:
Betul tu bro.....kita xdapat nak mengelaknye..Kun fayakun..tapi pape pun,sume yang berlaku ni memang ade hikmah nye...=)
betul tu yasir..
tapi kalu dah takde kejadian lain mmgla tak dinyatakan..
ALLAH tidak menjadika....
sesuatu melainkan....
terbaik untk hambanya....
Post a Comment