Wednesday, September 24, 2008

JASA MU DIKENANG….

MAZWAN a.k.a. PAK TEH


Semalam, selepas, 15 minit saya, Adiem, dan Ikram berbuka puasa di rumah, Lan Gym pun menolak daun pintu masuk ke rumah. Baru balik dari kerja. Kesian bukak puasa pun atas jalan. Kemudian dia terus duduk untuk menjamah nasi yang telah dibelinya.

Semasa dia tengah makan saya bertanya “Pak Teh mana?”.
Kemudian Lan menjawab, “Dah balik Melaka, semalam last day dia keja.”

Tak sangka awal pulak Pak Teh berenti. Kata hujung bulan. Jadi sekarang ini kurang la seorang teman serumah kami. Selepas itu Lan menambah.

“Ko tau tak, tadi kat gym client mat saleh Pak Teh menangis bila tau dia dah berenti. Pastu dia sanggup keluar kejap pi beli minyak wangi Armani nak bagi hadiah kat Pak Teh. Pastu dia sangat berterima kasih kat Pak Teh sebab dok trained dia slalu.”

Apa yang saya nak tekankan kat sini ialah sikap “Mengenang Budi” dan “Berterima Kasih”. Bukan saya nak banggakan dengan pompuan mat saleh yang dah separuh umur tu, tapi kagum dengan sikapnya yang menghargai jasa orang lain. Walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian dan tidak beberapa kenal, tetapi jasa orang harus dikenang.

Kita sebagai orang Islam dan Melayu patut berterima kasih dan bersyukur ke atas apa yang telah kita terima terutamanya nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Dengan penuh sifat kasih dan pemurah-Nya, kita masih dapat bernafas di atas muka bumi ini, masih hidup aman dan makmur bahagia.

Renung-renungkanlah…….
.
.

3 comments:

teamtact said...

salam rekreasi.....

tambahan... jangan renung-renungkan je...pikir-pikir la juga... agak-agak macam mana kita nak ucapkan terima kasih....

selamat...selamat...

Stoner said...

aku ada lah ingat pak teh da meninggal...terkezut aku...huhu

hijau bumi Tuhan... said...

ser, teh x dok umah tu lg ke...


salam perjalanan...