Thursday, December 1, 2011

KENANGAN WISEL.... KHAS BUAT BOXER.....


Terkenang saat manis aku seketika apabila membaca status facebook Dasri a.k.a. Boxer tadi setelah beliau sampai ke KK. Bagi yang baru mengenalinya, pasti tertanya-tanya mengapa dia dipanggil Boxer. Bagi yang tahu, pasti akan tersenyum apabila mengenangkan peristiwa dia mendapat gelaran tersebut. Teringat kali pertama bersua muka dengannya, semasa hari pertama persiapan untuk mengikuti TOT PERLU di Janda Baik. Ketika itu semua peserta bersiap di Stor Rekreasi FSR yang lama. Dengan memakai seluar jeans dan kemeja lengan panjang warna biru disinsing ke paras siku, secara jujurnya dalam hati terdetik "macam indon dressing mamat ni"( Jangan marah Box). Aku kemudiannya mengarahkan dia supaya menukar seluar yang lebih sesuai dengan alasan susah nak buat kerja bila pakai jeans. Dengan lurusnya, memang seluar trek jer yang dia tukar, baju tetap sama.

Sepanjang kem banyak benda lawak yang dia lakukan. Sehinggalah terciptanya gelaran 'Boxer' pada satu malam. Malamnya ada aktiviti ice breaking, sebelum mula mereka kena berkumpul dan diambil alih oleh aku. Melihat dia seorang sahaja yang tidak memakai wisel, lalu aku bertanya.

Aku: Hah kamu, mana wisel?
Boxer: Dalam khemah encik.
Aku: Kenapa tak pakai?
Boxer: Saya pakai waktu tidur saja encik.

Aku dan peserta yang lain ternaik kening kehairanan...

Aku: Kamu pakai wisel masa tidur?
Boxer: Owh, wisel, saya ingat boxer....

Aku dan yang lain memang tak boleh tahan nak gelak. Bermula dari waktu itulah terus lekat nama Boxer....


Boxer adalah seorang yang rajin, tak pernah lekang dengan senyuman, sering ada bahan yang nak diborakkan, tak pernah malu untuk bertanya dan belajar benda baru, tak pernah lupa kawan dan yang paling penting baik hati..... Memang berbeza Dasri dulu dan Boxer sekarang. Box, kalau hang nak kawin nanti jangan lupa jemput kami. Hopefully, hang akan dipostingkan kat semenanjung.... hahahaha....

p/s: Boxer, kalau aku ada buat salah ngan hang aku mintak maaf. Kalau kau tak paham apa yang aku cakap, bukan sebab aku, tapi sebab kau mengalami masalah pendengaran. Hahahahaha.... jangan marah ha......
.

Sunday, November 27, 2011

DOPAN MATO YO, DAPAT JUGAK DEN.....



Akhirnya sampai jugak aku ke Istana Sri Menanti yang dah lama kau idamkan untuk pijakkan kaki di sana. Semasa dalam perjalanan ke rumah John, aku ternampak laluan masuk ke tempat ini lalu membuat keputusan untuk singgah semasa dalam perjalanan pulang nanti. Sampai sja di kawasan Sri Menanti, kami cuba mencari lokasi sebenar istana tersebut. Dua tiga kali dok pusing roundabout kecik depan istana, namun yang di cari tak jugak dapat. Akhirnya, memang dah jodoh, kat depan roundabout jer, tapi ntah macam mana aku boleh tak nampak istana yang besar macam tuh. Rasanya aku dah khatam kut tempat yang aku nak pergi.... hehehehe.....
.

Monday, November 14, 2011

BILA ......... MESTI................

Percaya atau tidak, perasan atau tidak..... Bila ada jer orang yang pegang kamera untuk tangkap gambar, mesti akan ada orang yang tersenyum.... Ada juga yang menutup mulut atau muka apabila gambar hendak diambil tetapi disebaliknya tangan atau alat yang digunakan untuk menutup itu terlempar satu senyuman.... Ada juga yang cuba lari dengan menyorok dibelakan rakan, namun masih melemparkan satu senyuman.... Bolehlah kiranya saya menganggap KAMERA adalah salah satu alat yang paling mujarab untuk membutkan seseorang itu TERSENYUM. Tak kisahlah senyum paksa ker, senyum kambing ker, senyum sumbing ker, etc......




P/S: Tip senyum yang cantik. Senyum kena tunjuk gigi.... (Petua Coretan Di Kala Senggang)
.

Sunday, November 6, 2011

LABBAIKALLAH HUMMALABAIK 2.0


Tahun ini kali kedua aku menyambut Hari Raya Aidil Adha di kampung CK, tapi sebagai salah seorang ahli keluarga. Tahun lepas belum rasmi lagi, baru nak jadi.... hehehehe... Alhamdulillah pada tahun ini Ibu dan Bapa mertuaku menerima panggilan Baitullah untuk mengerjakan Rukun Islam Kelima. Mak beraya dengan Ipah di kampung. Sori mak tak dapat balik, tapi jangan risau abg balik nanti lama.

Pagi-pagi lagi aku dah kol rumah dikampung untuk bercakap dengan mak. Tapi tak berangkat. Kol pulak handfon Ipah, rupa-rupanya diorang dah ada kat masjid. Bapok awal gila. Dalam kereta Ipah buat bising mengatakan Mak tak sabar-sabar nak pergi awal, dalam erti kata lain "kalut". Merka adalah jemaah yang paling awal sampai di masjid sampaikan pada waktu itu tak ada sesiapa lagi. Tunggu sebentar di dalam kereta. Haha, mak.... mak.... Bagi aku, dah biasa dengan perangai mak...

P/S: Kepada semua rakan-rakan bloggers dan rakan-rakan yang mengenali insan yang bernama Yasir Foo ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir dan Batin...
.

Monday, October 17, 2011

SAMAKAH MANUSIA DENGAN BINATANG???


Pernah kadang-kadang kita terdengar orang kata yang manusia ni ada yang berperangai seperti binatang. Tapi sebenarnya tak layak disamakan dengan binatang, sebab perangainya lagi teruk. Semalam, saya menyaksikan berita di Buletin Utama yang menyiarkan mengenai kes seorang kanak-kanak digilis van dan lori di China. Tetapi yang "dungu"nya manusia yang lalu-lalang buat seperti endah tak endah. Hanya tengok dan tak berbuat apa-apa. Lebih 15 orang yang lalu dikawasan kejadian. Tengok saja.


Jangan kata di luar negara, dalam Malaysia pun ada banyak kes yang tak berperikemanusiaan. Buang bayi, dera binatang, pukul dan bunuh serta bermacam-macam lagi. Layakkah makhluk-makhluk ini digelar sebagai manusia? Yang punya akal dan fikiran? Kalau ada akal, pasti boleh pikir mana yang baik dan buruk.


Binatang lagikan sayang anak-anaknya, mempertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga sekiranya anaknya di dalam bahaya........
.

Wednesday, October 12, 2011

SANG SUAMI...


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.


(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.



P/S:

1- Alhamdulillah, selalu. Tapi kalau out-station......
2- Tak banyak, kalau ada pun, dah settle dah.....
3- Sian CK naik tangga. Tapi lepas ni ada lif.....
4- Ini saya kurang cekap, kena disuruh. Sori sayang.....
5- Betul, tapi saya faham dan sabar.....
6- Saya suka masak......
7- Hehe, belum ada lagi......
8- Tapi CK gi kerja drive sendiri, yang lain saya jadi driver full time.....
9- Betul, tak pernah tak kasi.....

.

Wednesday, October 5, 2011

DEDIKASI...

Salam, dalam dok tak buat apa, sengaja saya uploadkan video saya. Khas buat isteri saya yang tercinta, CK... Moga kita berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat....

p/s: romantik tak? hahaha...

Sunday, October 2, 2011

"MAIN" DULU, "MAIN" SEKARANG...

Perkembangan dan kemajuan teknologi adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan di dalam sesebuah negara. Namun unsur tradisional makin pudar dikalangan rakyat jelata. Antaranya adalah 'permainan'. Cuba anda tanya kanak-kanak dan budak-budak muda zaman sekarang. Tahu tak apa itu Konda-kondi? Tuju Kasut? Toi? Teng-teng? Mesti ada yang terpinga-pinga tentang apa yang disebut. Cuba pulak kalau bertanya tentang PES 11, Dota, Need For Speed, Ragnaruk, PS3, PSP dan lain-lain kompom boleh cerita panjang.

Dulu punya permainan, keluar peluh, seronok letih. Tapi sekarang punya permainan, dalam aircond, seronok main.....

Contoh permainan dulu:

Lompat Getah

Konda-Kondi

Gasing

Nenek Kebayan Cari Cucu

Aci Nyorok


Tarik Upih

Tuju Kasut

Main Guli


Contoh Permainan Sekarang:

Need For Speed Underground

Angry Bird

Game Bola

Game Lumba Motor

Dota

P/S: Tapi lebih baik main game ni daripada dok keluar rumah buat kerja dan berperangai tak ketahuan....
.

DANIEL, AWAT TAKUT PAK LONG???



Wan Danish Daniel bin Wan Herman. Anak sulung kepada sepupu paling rapat aku. Sejak dari hari pertama dia dilahirkan, aku tidak boleh rapat dengannya. Asal dekat, dia akan teriak. Namun aku masih bertuah, sepanjang aku mengenali Daniel, hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulut Daniel apabila akhirnya dia mahu menjawab pertanyaan aku selama ini. "Daniel puasa tak arini...???" aku bertanya. Namun sedikit masa diperlukan untuk menjawab soalanku itu. "Puasa" jawab Daniel sambil berdiri di celah kaki ayahnya yang tengah duduk. Aku tersenyum lebar kerana akhirnya dia bercakap dengan aku walaupun satu perkataan. Apakan daya, itulah cuma perkataan yang aku dengar dari mulutnya.


Nama "Pak Long" umpama mimpi ngeri buat Daniel. Aku diberitahu oleh ayahnya dan sepupuku bahawa Daniel adalah seorang budak yang sangat aktif dan buas serta yang banyak cakap. Tetapi sekiranya aku berada berhampiran, secara automatiknya dia akan menjadi seperti patung. Duduk setempat sesenyap mungkin. Tiada sepatah yang keluar dari mulutnya. Sekiranya aku mula nak mengusik, pastinya dia akan menangis. Aku mula memikirkan, apalah salah lakuku atau perbuatanku yang pernah aku buat pada Daniel. Rasanya, tidak pernah aku memukulnya, tidak pernah aku memarahinya, mungkin sebab wajahku yang nampak agak tegas dan garang.

Pernah sepupuku menceritakan, hanya dengan melihat gambar mukaku di Facebook, Daniel diam seribu bahasa. Bila diugut untuk memanggil aku tatkala Daniel buas, dia berulang kali membantah... Kekadang ketawa kecil aku mengenangnya...

Daniel, Daniel, awatla takut kat Pak Long....
.

Saturday, September 24, 2011

RAHSIA DI DALAM AIS...

Jangan ingat minum ais tidak elok untuk kesihatan. ia juga ada kebaikan disebalik keburukan

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Kebaikan air sejuk
- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
-Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
-Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
-Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
-Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
-Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
-Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
-Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
-Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
-Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
-Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
-Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
-Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Sumber : Health, Tips, Unik by johnjimat24 Mac 2011

Saturday, September 10, 2011

SIVIK KER KIVIS...???



Malam tadi aku bersama CK pergi menonton wayang. HANTU BONCENG. Boleh la, tak la best sangat. Tapi ada lagi satu yang sangat tak best. Selepas beberapa minit tayangan bermula, ada satu keluarga masuk duduk disebelah kami. Mak, bapak dan 2 anak. Semua layan filem sampai habis. Setelah tamat cerita, lampu dinyalakan. Cerah-cerah, kalut ja family tadi blah. Aku dan CK menurut beberapa seketika. Tapi alangkah terkejutnya aku apabila menapak atas kulit kuaci yang berlonggok di atas lantai dek bapak yang dok kedarah kuaci masa dok layan filem yang ditayang. Yang tak dak SIVIK tu, buat perangai macam tu depan anak-anak. Tak mustahil kalau terjadi kejadian "Bapak borek anak rintik". Agak-agak la kalau ya pun nak makan. Sebab tu la, mana ada panggung wayang yang jual kuaci....

.

Sunday, September 4, 2011

KERA DI HUTAN DI SUSUKAN - VERSI 2.0...

Tahun lepas pernah saya postkan satu entry dengan tajuk yang sama. Dulu berkenaan dengan isu banjir di Pakistan. Tahun ini, saya nak post jugak entry dengan tajuk yang sama versi 2.0. Apa yang tak betulnya dalam Malaysia ni??? Kalau banyak sangat duit, kenapa tak bantu rakyat sendiri??? Mengapa asyik nak keluar bantu negara lain??? Tak salah nak berbakti untuk negara lain, malah akan dipandang mulia. Tapi tolong la dulu bangsa sendiri, rakyat jelata sendiri, baru la tolong orang lain. Bila ada rakyat yang menerima bantuan dari kaum agama lain, mula la nak melatah. Padahal saudara seagama sendiri tak nak tolong.

Nak mintak bantuan, berpuluh borang kena isi. Lepas tu, berbulan kena tunggu. Kalau la ada yang betul-betul kecemasan, dah lama mampuih dok tunggu kelulusan memohon bantuan. Bukannya tak ada sekoq pun yang tak bayar zakat. Tak dak sekoq pun yang bayaq cukai pintu, cukai tanah, dan macam-macam cukai lagi. Mana pergi semua duit tuh? Mana pergi semua duit zakat? Tak payah la nak melatah untuk tutup silap sendiri.

Wajib kah kita menghantar satu team misi kemanusiaan keluar negara? Rakyat kat Malaysia ni bukan manusia ka? Sapa yang nak bela nasib rakyat yang papa kedana? Sampaikan ada yang sanggup menagih simpati dari tempat yang tidak sepatutnya?

Bukan saya anti kerajaan, tapi kadang-kadang tindakan kerajaan membuatkan kita berfikir 3 4 kali....

Dulu, Kini dan Selamanya....
.

Saturday, September 3, 2011

KALAU YA PUN NAK UNTUNG LEBIH.....



Kejadian berlaku pada awal pagi raya kelima. Aku dan adik iparku Iwan ke Pekan Sungai Besar untuk mencari sarapan. Cadangnya nak cari roti canai. Iwan kononnya membawa aku ke tempat yang katanya sedap. Sampai ja kat kedai aku menyuruh Iwan pergi order. Selepas itu Iwan patah balik dengan keadaan muka tak bersalah. Katanya tuan kedai roti canai tu tak jual roti kosong, hanya ada roti sardin dan roti telur jer. Aku terkejut giler, pelik pun ada. Padahal aku dok nampak mamat tu dok tebaq roti. Mustahil tak boleh buat atau jual roti kosong. Padahal sebelum letak telur dan sardin mestila roti tu roti kosong... Dah nama pun kedai roti canai, takkan tak jual ROTI CANAI KOSONG kot. Agak-agak la kalau nak untung lebih pun. Menatang-mentang la orang ramai balik beraya. Ini jenis yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan. Dengan tak pikir panjang aku terus ajak Iwan blah sambil saja dengan nada kuat berkata "Ni nak ambik untung lebih ni sampai roti kosong pun tak jual, padahai ni kedai roti canai.. Melayu, Melayu...."
.

BARAAN... (ZIARAH...)

Tahun ini Alhamdulillah, kami tiga beradik dapat menyambut hari raya pertama bersama. Macam biasa, kejutan di malam raya pertama. Pada awalnya, adik aku, An, kata tak dapat balik beraya bersama. Namun, kata hati merasakan akan muncul dia di hadapan rumah malam raya nanti. Sungguh bagai dikata, tetiba sahaja Irdina Umairah Foo tercegat di depan pintu (Sama macam kejadian bulan April 2010 masa nak sambut besday Mak KEJUT-TERKEJUT)Aku memaling tanpa ada rasa terkejut kerana telah menjangkakan perkara ini akan terjadi. Hari raya pertama, seperti biasa, kami berkunjung ke rumah rakan-rakan PMC. Seperti biasa juga rumah aku yang pertama.


Aku dan family...



Geng PMC Power... (tak semua)


Puan Hajjah Jamaliah dan cucunya Irdina Umairah Foo


Member arwah papa.. (Taukeh Stesyen Minyak Caltex)

Hari raya ketiga, giliran aku untuk pulang ke kampung isteri tercinta, Sabak Bernam. Agak lain sambutan di sini. Tidak seperti di kampungku, aktiviti berziarah dipanggil baraan. Orang kampung beramai-ramai berkunjung ke rumah jiran. Kemudian, tuan rumah perlu menyampaikan ucapan kepada para tetamu yang hadir.

Hari raya kelima, aku turut serta bersama Mama, Cik Na, Mak Lang, CK, dan anak-anak Mak Lang pergi baraan ke rumah jiran-jiran yang dekat. Aku selaku ahli keluarga yang baru dan juga Mak Lang (asal Kedah) hanya dapat ketawa bila mereka ketawa dan hanya berdiam diri apabila mereka semua berbicara. Mana taknya, mereka semua speaking JOWO, aku tak paham sepatah haram. Tapi aku suka, pengalaman baru...

Sebelum balik, aku akan memerhatikan Mama bersalaman dengan tuan rumah dan cuba menangkap apa yang diucapkan.



"Keluputanne kulo, seng katah-katah, maaf lahir batin..."

Maksudnya "Saya mintak maaf banyak-banyak, maaf zahir batin..."
.

Thursday, August 25, 2011

2nd ROUND...


Teringat kisah muda remaja, baru minggu pertama puasa, geng-geng aku dah kalut redah hutan cari buluh. Bahagi tugas, sorang tebang, seorang cantas, seorang potong, dan seorang lagi pergi beli kabat (carbaid). Semua pakat tak sabaq nak dengaq bunyi dentuman meriam buluh yang dibuat. Hasil tunjuk ajar Pak Cik Nordin, ayahnya kepada Dasa, meriam di set up mantap. Guni kain sebagai lapisan pertama, diikuti oleh ikatan dengan menggunakan tiub tayar di setiap ruas buluh. Lubang kecil ditebuk berhati-hati supaya buluh tidak terbelah. Tin milo kecil dicari sebagai tempat mengisi kabat. (aspek keselamatan tidak dilupakan)



Hari semakin gelap, waktu berbuka tak sabar dinanti. Selepas berbuka, kami ke Masjid Simpang Empat. Setelah menunaikan fardhu Isyak, ramai-ramai ikut jalan belakang ke belakang rumah Dasa. Sebelum sampai ke destinasi, kami dah mula rasa tercabar dek dentuman meriam yang kedengaran dari jauh yang datangnya dari Kampung Parit Satu. Sampai saja port, masing-masing mengeluarkan meriam masing- masing. Tak sabar nak dengar bunyinya. Kuat atau tidak. KEDEBOOOMMM... wah! masing-masing tersenyum lebar, hasil usaha menjadi... Peperangan berterusan sampailah malam raya....

Itu dulu... sekarang dah tak main dah meriam ni, alhamdulillah sepanjang kami bermain meriam
dulu tak lah ada sebarang kecelakaan...

(dari google image)

(dari google image)

Hari ini, aku beralih kepada EVOLUSI MERIAM... tahun ini tahun kedua aku bakal menghadapinya. MERIAM KAMPUNG TALANG...... Keistimewaan acara ini ialah meriamnya... Bagaikan pesta apabila 6 kampung berhampiran berlawan antara satu sama lain dengan menggunakan meriam yang bersaiz Nala (kata orang Penang) ataupun mega. Pertama kali mendengar dentumannya terasa bagaikan nak gugur jantung. Kawasan sawah padi dipenuhi pengunjung setempat dan luar. Dari yang paling kecil sampailah yang paling tua.

Individu yang jadi guide, Apit Clifford


Acara ini mendapat perkenan Sultan Perak dan hanya diberi permit untuk bermain bermula dari pada pukul 12.00 tengah malam hingga ke pukul 6.00 pagi sahaja pada malam hari raya pertama setiap tahun. Yang mengjutkan lagi, ada kampung-kampung yang sanggup membuat kutipan wang untuk digunakan sebagai perbelanjaan bagi menjayakan acara ini. Ada juga VIP-VIP yang menaja dari segi kewangan dan bahan letupan (Kabat).

Yang berjaya memberanikan diri untuk berada di celah-celah meriam... Rostam dan Aku


Yang mampu tengok dari jauh (tak la jauh sangat) Epoi dan Kamal

Memang meriah...... Insyaallah, tahun ini, lebih ramai kenalan yang akan saya bawa untuk merasai pengalaman peperangan MERIAM MEGA KAMPUNG TALANG.....Jom, kepada sesiapa yang berminat, mari kita serang Kampung Talang, Kuala Kangsar pada malam raya ini.....
.

Monday, August 22, 2011

MACAM TAK CAYA....


Dulu, tengok tengok saja. Sekarang kena lalu, kena pilih, kena pegang, kena cuba, kena cuba, kena beli.... DLL.... Dulu, seorang, kemudian berdua, coming soon bertiga.... hehehehe...


.