Sunday, April 25, 2010

KEJUT TERKEJUT...

Scene 1

Mak: "hang pa kat mana dah ni?"
Ipah: "kami baru lepaih tanjung malim, dalam kul 11.00 sampai la"
Mak: "hang pa naik bas apa?"
Ipah: "bas konsortium"
Mak: "balik lagu mana sat gi?"
Ipah: "tak pa, yasir dah call member dia suh mai ambik"

Scene 2

An: "woi, hang pa kat mana dah?"
Yasir: "baru sampai jelapang, hujan ka kat sana?"
An: "dok aih, aku depan kipaih ni. Nanti sampai rumah roger aku. Aku nak tau reaksi mak macam mana. Rugi aku tak dak skali."
Yasir: "orite"

Tepat pukul 11.00 malam, kami (saya dan Ipah) sampai depan rumah. Salam diberi. Mak bangun dalam keadaan mamai sedikit. Mak tertanya-tanya kami balik dengan apa. Melihat kereta Viva Hitam depan rumah, mak bertanya "Mana Didik?". Kami jawabla tu bukan kereta Didik, tapi kereta Ipah. Mak terkedu sekejap. "Hang pa ni main-main aih"...

Setelah diceritakan cerita yang sebenar, baru mak percaya. Hasrat dihati bukannya apa, nak bikin surprise ja kat mak sempena hari kelahiran mak yang ke 65 tahun. Taktik kami berjaya.

Selepas 10 minit kami sampai, tengah duk makan dan tengok tv, kedengaran orang tutup pintu kereta depan rumah. Ipah bangun melihat, kemudian duduk semula. Bila ditanya siapa, dia pun tak pasti. Mak pulak bangun, dengan tiba-tiba mak menjerit "YA ALLAHHH!!!!.... Saya terkejut.

Tup-tup tengok An mendukung anaknya depan rumah. Dalam hati punya sumpah seranah, kami pun terkena 'prank' jugak. Ingatkan dia dok ada kat Kelantan, tak dapat balik. Rupa-rupanya dia dah gerak awal dari saya dan Ipah petang td. Mak terasa sebak bila semua anaknya ada tatkala mahu menyambut besdaynya pada hari Ahad nanti. Punya la suka kami bersembang.

Esoknya, hari sabtu, kami bawak mak gi berkelah kat Sungai Sempeneh, Batu Kurau. Saya kena pasang api nak bakar ayam. Mak masih berendam, balas dendam agaknya dah lama tak mandi sungai. Lewat petang kami pulang. Pada hari Ahad pulak bawak mak pergi Taiping Sentral. Nak beli hadiah, bagi mak pilih sendiri nak hadiah apa.

Ahad petang saya dan Ipah beransur pulang ke Shah Alam.

Lagi satu, pada tarikh yang sama dengan hari lahir mak iaitu 25 April, ianya juga adalah tarikh keramat saya bersama Cinta Kinabalu, Khairum Anisa Bt Ahmad Samuri. Tahun ini genap setahun saya bersamanya.

P/S: "Abang sayang Mak, abang sayang ayang. Love you all"
.

3 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

slmt ulang tahun makcik, dan hepi anyversary yasir & anis...smoga bahagia dan gembira selalu...

PPT said...

Salam Brother,
Tahniah la atas semua perkembangan yang telah tersirat dan tersuratkan. Moga TUHAN memberkati dan permudahkan segala usaha selama ini.
p/s: Dah boleh mohon dan hantar borang permohonan untuk tukaq warna sarung pisau rambo tu...dari warna hitam ke warna 'pink'..

PPT

HiCMat said...

Untungnya Yasir... untung lagi mak Yasir. Sejuk perut mak.