Monday, October 29, 2012

"KAK, ADA BOTOI KOSONG DAK?"

Suatu Ketika........


Selepas menghantar Mak kat pintu masuk Klinik Kesihatan Taiping, Ipah segera ke kawasan parkir untuk meletakan keretanya. Sedang memperbetulkan kedudukan keretanya, cermin pintu kereta diketuk. "tuk tuk tuk, tuk tuk tuk" cermin kereta diturunkan. "Kak, ada botoi kosong tak?". Kelihatan seorang budak perempuan yang molek paras rupa berpakaian biasa. "Adik nak buat apa ngan botoi tu?" Ipah bertanya. "Nak juai kak,". Ipah terdiam, kemudian bertanya " Mahai ka? sekilo berapa?". Dengan selamba budak itu menjawab, "Sekilo lapan kupang kak,". Ipah bertanya lagi "Banyak ka dapat jual?". "Dalam seminggu boleh la dapat dalam tiga ringgit." Tertelan air liur Ipah. 

Dalam pada itu, Ipah segera menyelongkar keretanya mencari botol mineral yang kosong lalu diberikan kepada budak tersebut. Sempat Ipah berbual dengan budak itu. Umurnya baru 10 tahun. 4 orang adik beradik. "Adik tak sekolah ka?" Ipah bertanya. "Dulu sekolah kak, tapi kami orang susah. Saya berenti." jawabnya. Bertanya lagi Ipah, "Mak ngan ayah tak kerja ka?". Lalu dia menjawab "Ayah kerja kedai tayar, mak pi kutip botoi kat tempat lain". Rasa simpati membuatkan Ipah mempelawa budak itu untuk makan tetapi sekali lagi jawapannya membuatkan Ipah terkelu lidah. "Kalau saya ikut akak pi makan, adik beradik saya yang lain tak makan lagi. Kalau akak bagi duit, boleh la saya beli makan, makan sekali ngan depa."

Ipah kemudiannya menghulurkan sejumlah wang kepada budak tersebut. Kemudian Ipah mengajak budak tersebut untuk bergambar bersama lalu budak itu berkata, "Besaqnya handset akak!". Ipah menjawab, "kalau adik bersekolah, lagi besaq pada ni adik boleh pakai."....

Selepas daripada itu, budak itu meneruskan misinya mencari botol kosong....




Ipah menceritakan kisah ini ketika aku menyuruhnya mengambil semula botol kosong yang dibuang semasa menziarahi kubur. Ipah lalu teringat akan peristiwa ini terus menceritakan apa yang berlaku. Ini sebenarnya membuktikan kepada kita bahawa sekiranya kita berfikir kita ini susah, ada lagi yang lebih susah daripada kita. Dari itu kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. 

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku di negara ini. Malaysia dianggap negara maju, namun masih ada rakyat yang terpinggir. Janganlah kerana nama, hantar bantuan ihsan ke luar negara, tetapi rakyat susah sendiri diabai dan tersisih. Seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini Kera Di Hutan Disusukan dan Kera Di Hutan Disusukan - Versi 2.0.....


1 comment:

ANIS IDAYU said...

Inilah realiti kehidupan, sedih tapi ianya benar~~~Membuat kita bersyukur dengan apa yang kita ada..