Monday, September 28, 2009

KU JEJAKI JUA....("_")

Hari Ahad yang lalu dapat juga aku jejakkan kaki ini ke tempat yang aku teringin pergi sebelum ini. Mungkin ada yang kata aku ni pelik sikit. Time orang tengah dok dalam mood raya, aku pi tempat-tempat yang macam ni. Tapi aku tak kesah pun. Terima kasih kepada CK kerana sudi teman. Sampai jugak aku. Yessss.......



.

Sunday, September 27, 2009

KOMENG

Setelah hampir 8 tahun tidak bersua muka, bermulanya tamat sekolah menengah tingkatan 5, 2001, sampai la sekarang, 2009, baru dapat bersua semula. Komeng bukan nama sebenar yang nama sebenarnya Izruf Qabil.

Mula kenal masa dia masuk form 4. Pandai dia ni, tapi biasa la budak muda. Ada yang kurangnya. Perangai tak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang. Kami tak bersua kerana selepas habis tingkatan 5, dia menyambung pelajaran di Russia dalam bidang kedoktoran. Dulu saya pun berangan nak jadi doctor, tapi tak kesampaian.

Takpalah ada wakil batch kami jadi doctor. Dua malam sebelum raya, sempat kami lepak minum bersama sambil menyingkap kembali kenangan lama. Geli hati pun ada. Lepas ni kalau sakit masuk hospital boleh la request Dr. Komeng…..
.

Friday, September 25, 2009

TOK KI BERCERITA...

Pada hari raya yang keempat, selepas berkunjung ke rumah rakan saya di Kuala Kangsar, kami singgah sebentar ke rumah rakan kepada rakan kami di Trong. Mula-mula sampai, agak berat mulut nak bersembang. Bapa rakan kepada rakan kami ini memulakan cerita mengenai status kesihatan beliau. Kemudian bercerita mengenai pengalaman hidup. Dalam sambil bercerita saya mencelah. “pak cik service ke dulu?” beliau menjawab “saya pernah berkhidmat dengan British dulu. Zaman perang semasa penjajahan Jepun pun saya pernah berkhidmat”. Bermulalah titik perbualan antara saya dan Pak Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ki. Pelbagai cerita semasa perang diceritakan.Sambil berbual saya terpandang tulisan di dada bajunya yang tertulis “SURVIVAL IS A DYING ART”. Saya memberanikan diri bertanya apa maksud tulisan itu. Rupa-rupanya dia salah seorang instruktur yang kerap mengadakan program survival di Taiping. Antara peserta yang pernah dibawa adalah dari luar Negara antaranya Rusia, Republic Cech, Korea Selatan, Australia, US, Britain dan ramai lagi. Saya menyatakan bahawa kami mungkin mempunyai persamaan kerana terlibat dan minat dalam bidang yang sama. Beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang ada dan beliau juga turut memberi beberapa petua antaranya petua sesat dalam hutan, petua mengendalikan group yang besar, petua jadi lead trekking, dan yang paling menarik petua memegang pokok bertam tanpa melukakan tangan. Sedar tak sedar hanya saya seorang sahaja yang dok melayan Tok Ki. Rakan saya yang lain dah geleng kepala kerana melihat teletah kami yang bercerita sehingga tidak sedar orang keluar masuk dan masa dah semakin lewat. Hampir pukul 5.30 petang kami mengundurkan diri. Bagi saya agak beruntung juga beraya ke sana kerana selain atas dasar ziarah, saya juga mendapat ilmu baru dan dapat mendengar pengalaman orang lama. Sebenarnya, semasa kami nak balik baru tahu nama masing-masing. Sembang dulu baru kenal……..

Thursday, September 24, 2009

BLOGGERS BERAYA

Hari raya tahun ini agak istimewa bagi saya kerana kunjungan bloggers ke teratak kecil saya di kampung. Kedatangan rakan bloggers dari KL agak istimewa.
Selain itu juga saya berkunjung ke rumah rakan sekolah dan berjumpa dengan bloggers yang dulunya pernah menjadi teman sepermainan. Beliau dulu saya panggil Amy Mastura kerana semasa kecik mukanya mirip Amy Mastura. Dia ni adik kepada rakan sekelas saya Nabila Akbal yang dulu keluarganya tinggal berhadapan dengan rumah saya. Dulu kecik jer nampak, sekarang dah besar. Sempat berbual cerita tatkala kecil bermain bersama.

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Hakikat Rimba, Perjalanan dan Andai Ku Tahu, dan tak lupa juga kepada Dunia Maya dan Fantasiku. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin……
.

Sunday, September 20, 2009

ZIARAH

Tahun ini tahun ketiga kami tak dapat berkumpul 4 beranak meraikan Aidil Fitri. Adik saya Rizuan Foo tidak dapat pulang ke kampung kerana tak dapat cuti. Cuma tinggal adik perempuan saya dan mak.


Hari raya pertama seperti biasa sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya, saya akan bersalaman dengan Mak, memohon ampun dan maaf.


"Mak, abang mintak maaf, dari ujung rambut sampai ujung kaki, halalkan makan minum abang selama ini, selamat hari raya mak...."

Selepas solat, seperti rutin setiap kali raya, konvoi ramai-ramai. Geng-geng PMC Power berkunjung dari rumah ke rumah. Tengah hari dah settle. Petang pulak saya, mak, adik dan sepupu pergi menziarahi kubur sanak-saudara. Tambahan pula, sepupu saya baru sahaja kehilangan ibunda tercinta dan tahun ini adalah tahun pertama mereka meraikan raya tanpanya. Terasa sebak di dada.






.

SELAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H. Alhamdulillah, setelah selesai menjalani ibadah puasa selama sebulan, kita menyambut hari yang mulia ini sebagai Hari Kemenangan. Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, terlebih kata, terlajak perbuatan kepada semua rakan taulan, kenalan, sahabat dan seluruhnya. Moga di hari yang mulia ini kita meraikannya dengan gembira dan penuh keinsafan.

Monday, September 14, 2009

BOLEH DICONTOHI

Semasa malam kejadian seperti dalam post dibawah, saya pergi ke Dato Keramat untuk berbuka puasa bersama bekas peserta Gunung Kinabalu. Kebanyakkan dari mereka ini adalah dari satu persatuan rekreasi UMAG (Unisel Mountain Adventure Group) yang terdapat di UNISEL. Persatuan ini terdiri daripada pelajar dari pelbagai fakulti. Boleh dikatakan macam KRESMA la. Apa yang nak disentuhkan di sini adalah cara dan perkara yang boleh dicontohi oleh persatuan rekreasi yang lain.

Sudah menjadi lumrah mana-mana persatuan, akan ada masalah dalaman dan juga luaran serta dalam MT itu sendiri. Apa boleh dicontohi selepas berbuka puasa, semua MT baru stay dan duduk bersama bekas presiden dan alumni yang hadir. Perkara pertama ialah memperkenalkan para MT baru. Kemudian menyuarakan perkara berbangkit dan meminta pandangan daripada mantan presiden dan juga alumni. Ini menunjukkan bahawa satu perbincangan mengenai masalah dan masa depan persatuan tak semestinya secara formal dan tak kira tempat.

Bukan nak menegakkan benang yang basah, tetapi pernah satu ketika dahulu, semasa saya menjalankan program kat janda baik, seorang abang pernah berkata, "time-time dok sembang-sembang sambil isap rokok ni la lagi banyak idea yang bernas-bernas leh keluaq, tak payah sampai berkerut dahi dalam bilik nak cari idea untuk solvekan apa-apa problem."

Banyak juga perkara yang dibincangkan pada malam tu dan saya hanya sebagai pemerhati bebas mendengar permasalahan dan penyelesaian hingga tak sedar ada kereta yang kena pecah...
.

Friday, September 11, 2009

ADAKAH INI BALASAN?

Semalam, saya dan Anis pergi berbuka puasa bersama bekas peserta Gunung Kinabalu UMAG di Jalan Dato' Keramat. Ntah mengapa tika masa dan detik itu, masing-masing terlupa untuk mengingati satu sama lain. Mungkin kerana terlalu memikirkan untuk mengisi perut yang sudah lapar dan dah sabar untuk menjamah juadah berbuka. Kereta diparking ditepi jalan, dikunci dan terus beredar tanpa menyimpan barang berharga di dalam kereta. Kerana terlupa untuk membawa telekung, Anis meminta kunci kereta pada saya dan pergi mengambilnya di kereta. Masih tidak menyedari, dia kembali semula untuk menunaikan solat. Hanya beg telekung sahaja yang diambil. Tak usik apa-apa.

Melihat jam di handset, sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Saya pun ajak Anis untuk beransur pulang memandangkan ada kerja yang perlu diuruskan di Shah Alam. Semasa menghampiri kereta, dari jauh terlihat pantulan seperti manik-manik kaca di atas bahu jalan. YA, RABBI.... kereta Aus kena pecah.. tanpa berfikir panjang Anis terus teringat laptop yang ditinggalkan dalam kereta tadi. Kami terima nasib yang sama, Deraian indah serpihan kaca yang berderai turut berada ditepi kereta umpama pasir bertaburan di tepi pantai. Ya, Allah, kereta dia pun kena pecah jugak. Laptop company dah kena remabat. Terus saya menghubungi Aus untuk memaklumkan kepadanya. Setelah mengambil beberapa keping gambar dan membersihkan serpihan kaca yang ada dalam kereta kami pergi ke Balai Polis Dato Keramat. Selepas membuat laporan kami dikehendaki ke Balai Polis Sentul untuk berjumpa pegawai penyiasat. Lebih kurang pukul 2.00 pagi baru kami sampai dirumah.



Apa kejadahnya la penyamun ni, dah tak dak kerja lain ka? Memang tak dinafikan ianya berpunca dari kelalaian sendiri. Tapi yang peliknya kenapa masa tu kami betul-betul terlupa, selalunya kami ingat. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Jika difikirkan balik, mungkin ini juga balasan terhadap perbuatan kami yang lampau.

Apapun kami redha keatas apa yang berlaku dan menganggap ini sebagai dugaan di bulan yang mulia ini.
.

SAMBUT RAYA DULU SAMBUT RAYA SEKARANG

Pabila Ramadhan menjelma, saya akan mula mencari pelita minyak gas, mula memotong buluh untuk dibuat tiang dan dipacakkan disekeliling rumah. Semangat nak raya padahal baru saja bermula puasa. Dalam pertengahan bulan Ramadhan, kedai-kedai runcit mula menjual bunga api dan mercun. Dulu tak macam sekarang, jual mercun tak salah. Sanggup korek tabung dan mintak duit kat mak nak beli bunga api dan mercun. Malam ja, pakat dok main ramai-ramai. mercun apa yang tak pernah main, mercun lada, mercun papan, mercun telur naga, mercun mancis, mercun roket, mercun bunga, mercun gasing, mercun ayam, mercun lebah, mercun zig zag, mercun das, mercun payung terjun, dan mercun buatan sendiri. Semua saya dah pernah main...

Lepas zaman mercun kecik-kecik dah abis. Beranikan diri main mercun yang kuat bunyi lak. Dah pandai beli mercun ketupat, mercun bola, mercun telur, meriam tin, meriam tanah dan juga main meriam buluh. Dah macam berperang rasanya bia bunyi dah macam bunyi tembakan senapang dan meriam. Satu peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketikasaya dan rakan-rakan mencari buluh untuk dibuat meriam. Ketika sedang asyik menebang, tiba-tiba mata rakan saya, Firdaus a.k.a. Dasa, terasa seperti ada sesuatu. Dia meminta kawan saya Hafizal a.k.a. Pizal untuk melihat apa yang ada. Dengan tiba-tiba saya dengar Pizal ketawa besar, dia kata ada pacat kat mata Dasa. Kami masing-masing melihat dan ketawa sebab kami rasa pelik macam mana pacat boleh masuk dalam mata dia. Dasa pada masa tu dah menjerit-jerit. "Woi, tolong aku woi, aku tak mau buta" Lagi la kami gelak. Nasib baik pada masa tu abg dia ada sekali. Ada bela kuk panjang. Jadi abang dia pun keluarkan.


Malam tu kami masing-masing bawak buluh kami yang dah di'set-up' ke batas tali air belakang rumah Dasa. Apalagi, berdentum-dentam malam tu. Ada sekali kami pernah kena rush ngan polis. Habis semua meriam dicampakkan kedalam parit. Kemudian esok petang sanggup menyelam ambil balik dan main semula pada malam tu. Selepas beberapa tahun layan buluh kami tukar pulak pakai gelung (salur paip pengairan longkang sawah padi). Mana dapat stok? apa lagi pi curi kat bendang orang la (Jahat betul). Lepas tu pulak pakai tiang telefon. Dulu tiang telefon diperbuat daripada besi. Sanggup abiskan berhari-hari nak potong tiang tu. Asalkan dapat main. Bunyi dia pun lagi kuat.



Dah abis zaman meriam, layan balik mercun bola, mercun ketupat, mercun telur dan thunder clap. Tapi main lagi advance. Siap baling bawah kerusi orang tengah duduk, celah kaki, dan kawasan yang agak merbahaya. Tapi, Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku.



Tapi sekarang, penjualan mercun tak macam dulu. Dah diharamkan. Tapi masih berleluasa. Baru saja Ramadhan bermula, dah ada berita budak putus sana, putus sini. Mana taknya, budak-budak yang masih berhingus, dah bagi mercun bola, mesti la depa tak tau benda tu bahaya. Masa saya dulu-dulu, kecik-kecik boleh main bunga api saja.

Ada pulak lagi yang pandai-pandai buat mercun sendiri, pastu tak pikir ciri-ciri keselamatan. Tu yang dapat habuan tu. Tapi yang sebenarnya mercun ni memang bahaya. Tak kisah la pandai main ker, pandai buat ker, memang bahaya. Oleh yang demikian, jangan la bermain mercun.

p/s: Tapi kalau ada stok mercun bola free tu, roger-roger la. Nak buat stok masuk hutan. Keselamatan.
.

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09



Though technically there's nothing special about the symmetrical date, some concerned with the history and meaning of numbers ascribe powerful significance to 09/09/09.

For cultures in which the number nine is lucky, Sept. 9 is anticipated - while others might see the date as an ominous warning.

Math magic

Modern numerologists - who operate outside the realm of real science - believe that mystical significance or vibrations can be assigned to each numeral one through nine, and different combinations of the digits produce tangible results in life depending on their application.

As the final numeral, the number nine holds special rank. It is associated with forgiveness, compassion and success on the positive side as well as arrogance and self-righteousness on the negative, according to numerologists.

Though usually discredited as bogus, numerologists do have a famous predecessor to look to. Pythagoras, the Greek mathematician and father of the famous theorem, is also credited with popularizing numerology in ancient times.

"Pythagoras most of all seems to have honored and advanced the study concerned with numbers, having taken it away from the use of merchants and likening all things to numbers," wrote Aristoxenus, an ancient Greek historian, in the 4th century B.C.

As part of his obsession with numbers both mathematically and divine, and like many mathematicians before and since, Pythagoras noted that nine in particular had many unique properties.

Any grade-schooler could tell you, for example, that the sum of the two-digits resulting from nine multiplied by any other single-digit number will equal nine. So 9x3=27, and 2+7=9.

Multiply nine by any two, three or four-digit number and the sums of those will also break down to nine. For example: 9x62 = 558; 5+5+8=18; 1+8=9.

Sept. 9 also happens to be the 252nd day of the year (2 + 5 +2)...

P/S: Just untuk info....
.

Wednesday, September 2, 2009

MULANYA DI SINI.....





Minggu pertama dah kena cuci pool


Kemudian bawak guest pergi melawat tempat tahanan


Lepas tu, handle aktiviti untuk group yang masuk


Dah nak abis, semua buat sesuka hati....

.