Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA SKSK...

Pagi tadi saya merancang nak post cerita pasal hari pertama saya bergelar murid. Tapi sayang "Server Down" lak kat opis. Nasib baik kat umah boleh online. (Potong, potong, potong,,,,....)

Pada tahun Januari 1991, saya, yang tidak pernah mengalami alam pra-persekolahan a.k.a. tadika (tidak seperti adik-adik yang lain), terus bergelar murid secara rasminya di Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar. Pagi-pagi lagi Mak mengayuh basikal mini hitam menghantar saya ke sekolah yang terletak 1.1km dari rumah saya. Semestinya apabila sampai ke sekolah, perasan takut ditinggalkan menebal dalam diri. Tak kurang juga ada yang mula menangis. Tapi saya tak. Mak terus bawak saya ke kelas Darjah 1 Kuning.

Guru kelas saya pada masa itu adalah Cikgu Salmiah. Saya masih ingat wajahnya sehingga sekarang. Beliau adalah seorang guru yang baik walaupun sesekali kelihatan kegarangannya. Mak dengan penuh percaya meninggalkan saya dengan berbekalkan sebotol air dan juga nasi goreng kepada Cikgu Salmiah. Maka bermula dari detik itu saya mula mengenali apa itu ABC dan juga 123. Tahun pertama saya bergelar murid sekolah agak boleh dibanggakan kerana dapat no. 3 dalam kelas. Hehe... berbaloi la jugak penat Mak mengayuh basikal menghantar saya ke sekolah hari-hari. (teringat plak masa dulu. Sub... sub...)

p/s: Terima kasih Mak antaq abang p sekolah...

.

2 comments:

Apize said...

aku x ingat pon hari pertama sekolah..so powerfull la ur memory sir

ShAriFfAh NoR Binti Mohd Din said...

salam...oklah 2...wat malu jek budak lelaki menangis...hahaha