Wednesday, March 10, 2010

SPM...

Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 keluar. Mesti ramai yang berdebar menanti untuk melihat keputusan hasil 2 tahun belajar (Tingkatan 4 dan 5). Terdengar berita ini tadi pagi di SinarFM, teringat pulak masa dulu-dulu.

SPM saya pada 2001. Lebih kurang time-time macam ni la hati saya mula berdebar-debar menunggu hari esok. Tak sabar rasanya nak ke sekolah untuk mengambil keputusan. Tak kurang juga berjumpa rakan-rakan dan guru-guru sekolah. Maklumlah dah hampir 5 bulan tak jumpa. Selepas ambil keputusan, ramai cikgu yang pernah mengajar mengerumun kami untuk melihat hasil didikan mereka. Saya ni tak la pandai sangat, tapi bersyukur dengan keputusan yang saya dapat. Masing-masing mencongak ke mana hala tuju selepas ini. Kami semua diberikan borang UPU untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Tak kurang juga borang untuk masuk Matrik. Saya adalah di antara yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Matrik. Agak rasa terkecewa sedikit. Sementara menanti keputusan UPU saya masuk Tingkatan 6 di Sekolah Dr. Burhanuddin. Tiga minggu selepas mendaftar di sana, saya menerima panggilan dari UiTM untuk sambung Diploma Sains Sukan. Syukur Alhamdulillah...


Kembali kepada SPM... Kebiasaannya dulu-dulu susah untuk kita dengar ada pelajar cemerlang yang ambil lebih dari 10 mata pelajaran. Mungkin dulu soalan susah dan berkualiti, tapi sekarang dah ada yang ambil sampai 18 - 21 mata pelajaran sekali gus, mungkin sekarang soalan senang dan pelajar makin bijak. Mungkin juga kerana kewujudan kemudahan yang lebih baik dari dahulu. Dulu tuisyen tak ada, sekarang dah berlonggok, siap ada guru tuisyen datang rumah lagi. Dulu internet terhad, sekarang merata-rata (Free pulak tuh). Dulu koleksi soalan sikit, sekarang dah banyak. Moga tahap kualiti pelajar kita semakin meningkat dengan pencapaian-pencapaian yang luar biasa ini.
Kepada blogawan yang mempunyai adik-adik yang ambil keputusan SPM hari ini, ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang tak berjaya, ha, sapa suruh masa sekolah dulu main-main. Cikgu mengajar kat depan, hang pa sembang kat belakang, cikgu dok menulis kat depan, hang pa dok men'contiang' kat belakang, dah dapat keputusan yang tak memberansangkan, hadap la sendiri, jangan salah orang lain..... (haha, macam ada pengalaman ja...)....
.

2 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

spm aku dpt satu A je...sedih siot...tp aku sronot sbb add math aku lepas jgak, haha...

cikgu dulu2 kedekut nk bagi A...ckgu skrg pemurah bg A, hahaha(jgn marah cikgu, gurau je)...

FoO dA fIrSt#1 said...

aku byk sikit dapat 3A, add math pun betul-betul paras hidung, tenggelam sikit ja kompom lemas...