Wednesday, April 27, 2011

SINGGAH SEMBANG...

Tatkala aku baru hendak memulakan kerja membasuh khemah di rumah 8, sedang aku mula mengasingkan khemah, aku terlihat sebuah kereta Proton Iswara bewarna biru muda lalu sambil pemandunya menjeling pelik melihat kawasan halaman rumah 8. Selang 5 minit kereta tersebut berpatah balik, teruih ja parking belakang BBL.


Salam diberi tanpa pengenalan diri. Terus aku diajukan soalan berkaitan PFD yang berlonggok di bucu pagar. Ditanya sama ada PFD itu untuk dijual. Dengan pantas jawapan "TAK" diberikan. Hamba Allah berkenaan memulakan cerita dengan mengatakan beliau adalah bekas seorang kelasi kapal untuk MISC. Bertanggung jawab menjaga rumah api. Sebab tu dia agak berminat bila melihat PFD. Mainannya dulu katanya. Agak rancak situasi penceritaan yang disampaikan. Bermacam cerita dilemparkan. Ada nasihat, ada pengajaran.


Berasal dari Terengganu, namun nama masih belum diketahui. Cerita beliau mengisahkan pengalaman hidup sebagai seorang kelasi kapal. Pernah ditahan @ di 'hi-jack' Geng Abu Sayyaf ketika berada diperairan labuan. Ditahan di Kampung Batu. Pernah mencuba segala macam jenis dadah, arak dan perempuan serata dunia. "Biasala, kelasi kapal" itu ayat yang selalu diselitkan.

Namun, dibabak akhir cerita ada sesuatu yang agak mengejutkan. Peristiwa berlaku di Pulau Tioman, ketika kapal berlabuh di perairan. Dari ufuk ternampak satu kapal samudera lama dengan laju menuju ke arah kapal beliau. Dari pengamatannya, macam kapal Malim Deman. Salah seorang pendakwah yang menyebarkan Agama Islam di Tanah Melayu katanya. Anak kapal kelam kabut untuk mengangkat sauh yang dijatuhkan bagi mengelak dari dilanggar. Namun ketika itu, masa seperti bergerak terlalu perlahan. Tak sempat mengubah kedudukan kapal, kapal yang dikatakan milik Malim Deman ini terus melanggar kapal yang dinaiki. Namun ajaibnya, kapal mereka sedikit pun tidak terjejas. Dengan tiba-tiba objek kapal tersebut berubah menjadi cahaya putih menerangi satu kapal. Bermula daripada saat itu, beliau seperti mendapat "NUR" menyedari kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Sesampai di darat beliau meninggalkan pekerjaan sebagai kelasi. Mula mendirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga.




Agak lama jugak mendengar cerita yang disampaikan. Di akhir pertemuan, aku bertanyakan namanya. ZAKI.......

.

3 comments:

**fRy laDy** said...

org trg.....;)

Beautifool Life said...

cite tergantung..

Anonymous said...

http://13dfgsdfg57.com/