Wan Danish Daniel bin Wan Herman. Anak sulung kepada sepupu paling rapat aku. Sejak dari hari pertama dia dilahirkan, aku tidak boleh rapat dengannya. Asal dekat, dia akan teriak. Namun aku masih bertuah, sepanjang aku mengenali Daniel, hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulut Daniel apabila akhirnya dia mahu menjawab pertanyaan aku selama ini. "Daniel puasa tak arini...???" aku bertanya. Namun sedikit masa diperlukan untuk menjawab soalanku itu. "Puasa" jawab Daniel sambil berdiri di celah kaki ayahnya yang tengah duduk. Aku tersenyum lebar kerana akhirnya dia bercakap dengan aku walaupun satu perkataan. Apakan daya, itulah cuma perkataan yang aku dengar dari mulutnya.
Nama "Pak Long" umpama mimpi ngeri buat Daniel. Aku diberitahu oleh ayahnya dan sepupuku bahawa Daniel adalah seorang budak yang sangat aktif dan buas serta yang banyak cakap. Tetapi sekiranya aku berada berhampiran, secara automatiknya dia akan menjadi seperti patung. Duduk setempat sesenyap mungkin. Tiada sepatah yang keluar dari mulutnya. Sekiranya aku mula nak mengusik, pastinya dia akan menangis. Aku mula memikirkan, apalah salah lakuku atau perbuatanku yang pernah aku buat pada Daniel. Rasanya, tidak pernah aku memukulnya, tidak pernah aku memarahinya, mungkin sebab wajahku yang nampak agak tegas dan garang.
Pernah sepupuku menceritakan, hanya dengan melihat gambar mukaku di Facebook, Daniel diam seribu bahasa. Bila diugut untuk memanggil aku tatkala Daniel buas, dia berulang kali membantah... Kekadang ketawa kecil aku mengenangnya...
Daniel, Daniel, awatla takut kat Pak Long....
.
1 comment:
pak long bekeng
Post a Comment