Tuesday, October 27, 2009

FINAL DOLU-DOLU...

Sekarang musim peperiksaan @ final exam dah bermula di UiTM. Melihat rakan serumah yang semuanya masih menuntut di UiTM sedang sibuk, tekun dan rajin mengulangkaji @ study untuk menghadapi paper-paper yang bakal diambil, terngat saya ketika masih belajar dulu. Yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketika saya mengambil diploma di UiTM Arau. Setiap kali tiba final exam, saya dan rakan sebilik tak keluar bilik, study, kecuali pada waktu petang. Tu pun pukul 5.30 pm untuk pergi beriadah. Itu wajib. Malam pula, siap-siap beli stok instant coffee sekali bancuh 2 - 3 paket. Nak tahan mengantuk punya pasal. Kalau lapar, dah standby stok mee segera. Semua perisa ada. Bilik penuh bersepah dengan past year question dan nota-nota rujukan dan hafalan. Dah macam kapal pecah. Yang peliknya keadaan tu jadi bila lagi sehari dua sebelum paper. Biasala last minit. Nak study awal-awal, jenis otak tak ingat. Hahaha...

Bila dah abis paper jer, semua pakat merdeka. Lepas la beban untuk satu semester. Untuk semester depan belum pikir lagi. Bila result dah keluar, dalam hati dok terpikir. "Aku boleh buat lebih baik lagi kalau aku study awal-awal. Sem depan aku akan berusaha bersungguh-sungguh". Ayat tu keluar bila dapat result jer. Bila masuk sem baru, sama ja masam sem lepas, study last minit. Tapi bukan sebarang study. Alhamdulillah, semua subjek yang diambil saya lulus dan tak pernah repeat sampai la saya abis degree. Cuma tak cukup cemerlang untuk jadi yang tercermerlang. Kepada adik-adik, rakan-rakan, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan dan semua yang bakal menghadapi final exam, semoga berjaya dengan cemerlang. Ingat ayah ibu di kampung @ bandar. Mereka menaruh harapan yang tinggi kepada kita untuk menjadi insan yang cemerlang...


P/S: kepada yang telah saya janji, berusaha bersungguh-sungguh untuk tuntut janji......... Study hard & smart......
.

2 comments:

perjalanan... said...

time tu ali cafe teman sejati...habih berbau aroma ali cafe satu rumah,haha...kalo dikenang,mmg mcm2 kenangan time final exam ni...setiap sem ada je benda pelik dibuatnya, haha...syukur dh lepas zaman tu... kpd shbt2 yg menduduki exam, buatlah yg terbaik...benar kata sdr rembang tu, ingt ibubapa kita yg susah payah mmbesarkan kita... smoga maju jaya, gud luck, chayok2...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

bukan kata bau satu rumah, kencing pun bau nescafe....hahahha....