Sunday, February 7, 2010

PETROSAINS PULAK...

Semalam saya menemani CK ke Kinokuniya KLCC untuk mencari buku. Perjalanan bermula dari pukul 1.00pm dari Shah Alam ke Kelana Jaya. Dengan niat nak ke KL naik LRT Rapid KL. Tak mau tempuh jem dan bayar parking mahal. Sebenarnya, dah lama tak naik LRT ni. Sekali sekala naik public transport. Boleh tengok gelagat orang naik tren. Dalam pukul 2.15pm kami sampai di stesen LRT KLCC. Terus menuju ke Kinokuniya. Senang gak nak cari buku kat sana, pakai sistem elektronik jer. Taip nama author, dah kuar. Boleh check ada stock atau tidak, siap boleh bagi map lagi. Tapi buku yang kami cari tu map dia tak available lagi. So, kami tanya kat kaunter kat mana buku tu. Yang bestnya, kita berniat cuma tanya buku tu kat mana, kita nak pi cari, tapi dengan pantas pekerja di situ sendiri yang pergi mencarinya. Tau-tau buku tu dah ada depan mata. Bagus betul. Tapi elok gak macam tu, bila dah tengok tempat tu sikit punya luas. Jenoh jugak kalau nak cari sendiri.



Lepas tu, masa nak keluar ternampak pulak pintu masuk PETROSAINS. Teruih jadi teringin nak masuk. Hanya dengan bayaran RM 12, kami berdua pun memulakan perjalanan menjelajahi isi perut PETROSAINS. Banyak jugak benda baru yang saya dapat tahu, lihat, dan rasa. Semuanya melibatkan sains. Kehidupan dan sains memang tidak dapat dipisahkan. Niat nak masuk PETROSAINS ni dah lama dah pasang. Cuma kali ini baru ada rezeki nak masuk. Lama jugak perjalanan dalam tu. Sampai letih la kaki berjalan. Hampir 3 jam kami di dalam, baru habis pusing semua.
.



Lepas ni macam rasa nak ke Pusat Sains Negara pulak. Tak pun ke Aquaria... (dapat voucher discount)... saya suka tempat-tempat macam ni...

5 comments:

PPT said...

Syukur pada TUHAN....
Dah ada teman ke sana sini, tak lah nampak kerosot sangat ... baguih la tuan..

Lennyek said...

Salam..

babah..cmane nk g sna?kte masuk KLCC xjmpa pon..hehehee...

perjalanan... said...

nk ikut bleh...? hahahaha...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

PPT,
Rezeki...

Lenny,
depan Kunikuniya...

Perjalanan,
Jom...

_F.@.R.@.H.@.L.!.N.@_ said...

salam...

amoi2..jalan sakan noh ampa dua..xajak pon kn..xpa..smpai heart..

cdey..dok cni xdak tawan..hmmmm