Wednesday, January 26, 2011

BOTOL KICAP PUN ADA NAMA!!!

Beberapa hari yang lalu saya pulang ke kampung. Semasa di sana, sempat berborak lama dengan Mak. Ada satu cerita yang agak menggelikan hati tetapi penuh pengajaran. Suatu hari Mak ke Taiping menaiki bas Red Omnibus untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan memeriksa status kesihatan mak atau lebih tepat lagi keadaan penyakit kencing manisnya. Dalam perjalanan, seorang mak cik yang duduk dihadapan bangun untuk menekan loceng untuk berhenti, tetapi malangnya loceng itu tidak berbunyi, mungkin rosak. Dengan keadaan kelam kabut mak cik berkenaan menjerit kepada pemandu bas terbabit.


"Woi, berenti woi, aku nak turun ni..."


Dengan pantas, pemandu (India) bas itu menjawab,


"Apa woi, woi... lu ingat aku ni binatang ka, kayu ka, apa ka. Cakap mau baik-baik sikit la..."


Dengan perasaan malu, mak cik tersebut turun sambil memohon maaf kepada pemandu terbabit...





Kes-kes yang macam ni sebenarnya banyak berlaku. Kadang-kadang lebih teruk lagi "gelaran" yang diberi. Sial la, Bodoh la, Babi la dan macam macam lagi. Apa perasaan anda kalau anda yang dipanggil dengan nama-nama sebegitu. Kalau tak marah, memang kayu la. Susah payah mak bapak fikir nak letak nama kita sedap-sedap, dipanggil pulak dengan nama yang macam tuh. Memang la kawan, tapi ada limit. Kekadang orang lain yang mendengar pulak yang merasa kurang senang. Tak dak adap, panggil orang dengan nama sesuka hati.....





"BOTOI KICAP PUN ADA NAMA HANG TAU..."
.

2 comments:

**fRy laDy** said...

knape botol kicap..x botol budu ker..botol sos ker..

hijau bumi Tuhan... said...

"kalau tak, kita terpaksa batalkan ekpedisi ni...xde kicap jalen, sy pun tak lalu makaaannn..."