Wednesday, November 26, 2008

DAH MACAM TREND, MACAM PERMAINAN????????

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kita asyik mendengar cerita pergaduhan dan penceraian pasangan berkahwin yang melibatkan artis. Antara yang paling popular dan paling meletup serta mendapat liputan langsung adalah pasangan popular Abby Abadi dan Norman Hakim. Yang terbaru pula kes Nasrizal Ngasri a.k.a. Bell dan isterinya Nur Farhana. Apa dah jadi dengan artis tanah air ni? Orang Melayu pulak tu. Islam lagi. Dah tak boleh berfikiran waras lagi ke? Dah tak ada perasaan malu ke? Artis ni umpama role model untuk masyarakat. Yang elok je la. Tapi kalau dah depa dok cerai kawin cerai kawin, role model apa kebenda?

Pernikahan adalah satu ikatan yang mulia di sisi Agama Islam sehingga diumpamakan seperti mendirikan masjid. Bagi mereka, nikah kahwin ni dah macam tak ada apa-apa. Suka hati je nak kawin ka, nak cerai ka, apa ka. Yang jadi hal pulak bila kes-kes terbabit disebabkan orang ketiga. Yang orang ketiga tu pulak, tak boleh cari yang lain ka? Berdosa meruntuhkan masjid yang telah dibina. Saya tidak menyalahkan sesebelah pihak saja dan tak semua pasangan artis macam tu. Bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Ada ja artis yang dapat hidup bahagia sampai sekarang siap boleh menang pertandingan bersama lagi tuh. Contohi la mana yang baik.

Mereka semua dah dewasa, sepatutnya mampu berfikir yang mana buruk yang mana baik. Benda ni bukan sekarang yang menjadi-jadi, dulu-dulu pun dah ada. Jangan la sampai artis Malaysia ni jadi macam artis Barat sudah. Jangan ada yang tak nikah pun dah ada anak bersama.

Kita orang Melayu beragama Islam. Berpegang teguh pada-Nya. Insyaallah bahagia ke akhir hayat…..

11 comments:

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Steady lah Bro,
Komen dah macam orang kawin la....
Tahniah kerana dah matang dan bersedia untuk menempuhi dunia perkahwinan.
Better late than never.....

Cheers...

FoO dA fIrSt#1 said...

bukan sebab dan kawin atau belum, tapi saya yang masih bergelar bujang dan available ni cuma rasa mereka mempermainankan sesuatu hubungan.

kalau ada calon, kasi la tau...

hahahaaa....

wegreentheearth said...

kita dah tau dah calonnye sape..
cuma masa yg menentukan...
hahaaaa....

perjalanan said...

sape...? bgtau la...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

w.g.t.e.

hanya repekan semata-mata..

Stoner said...

hahaa~

aku tau~

tp pelik kan....yaser da jd reporter org kawen...leh keje A$tro neh

huhu

Amin Ahmad said...

Yasir, kita boleh geng la dalam Single Boys Club, haha

Ya, kadang2 menyampah pula tengok (cakap ala2 pencinta agung ni!haha).

Jika boleh marilah kita berkongsi pandangan sinergi (sebab kita biasa buat program kepimpinan dan team building kan) - Ustaz Hasrizal ada tulis di Saifulislam.Com (baca tajuk Berpaut pada dahan cinta). Ia agak menarik dan biasalah, ia banyak dirujuk kepada Stephen Covey dan disesuaikan dengan pandangan Islam.

wegreentheearth said...

bro repekan ke kerepek?
heheee....

lan..
lagi mau tanya....

perjalanan said...

sapa...mana aku tau...


salam perjalanan...

aie akaike said...

kawin cerai kawin cerai...
cam seronot je..
hakhak!!

-*EmiKo NoMiYa*- said...

bagus2..dah matang..
biler nak nek pelamin ni??