Monday, November 3, 2008

ULTRASOUND dan 100….


Hari ini saya sekali lagi telah pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapatkan rawatan susulan Batu Karang. Tepat pukul 9.00 pagi saya dah samapai di sana. Ingatkan temujanji tu saya sorang jer, tapi bila sampai kena beratur amik no pulak… Sekali ramai la pulak yang date dengan doctor hari ini. Lepas nama dipanggil saya diarahkan untuk pergi ke bangunan lama hospital. Lepas tu, kena tunggu pulak, dekat dua jam pulak tu. Pukul 11.15 baru turn saya dirawat. Mula-mula segan gak bila ada doktor perempuan, tapi nak berubat punya pasal, kena la bukak baju. Bila doktor (lelaki) dah rawat, geli la pulak. Mana taknya, ditekan-tekan kat pinggang, macam kena geletek pulak. Jenuh dok tahan geli. Tak sampai 10 minit. Rawatan selesai. Result kena tunggu lama pulak. Mintak-mintak la ok semua.


Lagi satu, post ini adalah post REMBANG WAKTU yang ke-100. Bersempena dengan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada HCM a.k.a. Coretan Dikala Senggang kerana beliaulah wujudnya Rembang Waktu. Dah banyak coretan dan cerita yang saya telah postkan dan banyak jugak cerita yang saya telah saya baca dari blog rakan-rakan bloggers yang lain. Terima kasih….
.
.

3 comments:

HiCMat said...

Tahniah Rembang Waktu. Gaya penceritaan anda menarik untuk dibaca. Teruskan menulis di blog, jangan mudah kecewa.

FoO dA fIrSt#1 said...

terima kasih en. hisham, moga dapat lagi beri tunjuk ajar yang baru.

wegreentheearth said...

ultrasound dah buat..
resultnye mcmana?
bayi dl kandungan ok?
lelaki ke pompuan?
heheeee...