Thursday, January 29, 2009

"RIZUAN KE?"


Lokasi: Kedai Kopi Dataran Shah Alam (Bawah)
Masa: Lebih kurang pukul 9.30 malam
Tarikh: 29 Januari 2009

Tengah sibuk melayan karenah client TEAMTACT di Kedai Kopi, tiba-tiba ada seorang gadis datang ke meja kami lalu bertanya:

Gadis: Salam, awak Rizuan ke?
Yasir : Ha, Rizuan? Saya bukan Rizuan. Kenapa?

Gadis: Jangan la memain, awak bukan Rizuan ke?
Yasir : Saya bukan Rizuan tapi saya abang dia. kenapa?

Gadis : Awak bukan Rizuan yang dalam YM (yahoo! messenger) tu ker?
Yasir : (Dalam hati- YM?) Duduk la dulu.

Gadis itu pun duduk. Client saya yang dua orang tu dah terpinga-pinga sambil tahan gelak.

Saya tanya kepada gadis tersebut.

Yasir : Nak cari siapa sebenarnya? Saya bukan Rizuan, saya ni abang dia. Abang Rizuan Foo.
Rizuan Foo ke?


Terus gadis itu terdiam tersipu malu tersilap orang. Baru nak ayat lebih dia dah memohon mintak diri. Rasanya dia mesti nak jumpa orang lain yang Botak kat Kedai Kopi. Kebetulan pulak saya sekarang dah botak, duduk pulak kat Kedai Kopi, pakai pulak Sweater adik saya yang ada nama Rizuan. Ingatkan dia datang sebab tengok nama kat baju yang saya pakai. Terkejut la jugak saya sekejap.

Dari jauh saya nampak dia bertanyakan sesuatu kepada pelayan Kedai Kopi. Mungkin dia berjanji dengan "RIZUAN" yang dicarinya di Kedai Kopi yang satu lagi.

Kalau bukan, kesian gadis tersebut dipermainkan oleh lelaki yang bernama RIZUAN tu. Bahana IT. Bahaya jugak kalau salah guna.

P/S: Awatla aku tak ngaku saja yang aku ni Rizuan, kalau tak leh ayat lama sikit. Hehehe....
.

8 comments:

Lennyek said...

aik..
sempat pula suruh gurl tu duduk..
nak ngorat ek??
patut la smlm tak angkat fone..hahahaha!

warna warni kehidupan said...

babah awek tu cun x??hehehe

perjalanan said...

aduh hang ni...
awek tu nk ayat hang la tu...
kesian awek tu,
baik hang pi carik dia blk, hehe...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

lenny,
call tak angkat masa ptg, kes tu malam.

diella,
cun.

perjalanan,
tak sempat ligan, maa tu tgh dgn client.

h a n i said...

rugi woooooo......
tu la.....sombong...hahahah

freehours... said...

salam...
ha abg nape x amik no.die???

PERLU said...

TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA KEPADA BLOG PERLU. SILA KUNJUNGI BLOG PERLU UNTUK MENDAPATKAN INFORMASI TERKINI DAN SILA EMAILKAN BUTIRAN TERPERINCI SEKIRANYA ADA MAKLUMAT YANG INGIN DI KONGSI BERSAMA. EMAIL KEPADA perlu_uitm@yahoo.com

cy_sumandak said...

salam...

lawak la foo...takpe nanti datang sabah boleh servay2 amoi2 dusun kat kaki gunung kinabalu k..