Wednesday, December 31, 2008

SUKA DAN DUKA


Dalam suka ada duka......

SUKA....

Pada tanggal 25 Disember 2008 halaman rumah dipenuhi tetamu-tetamu yang diundang. Hampir 1000 orang yang datang. Saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga, dan kenalan datang ke rumah untuk melihat pasangan sejoli menjadi raja sehari. Kali ini, majlis untuk pihak lelaki diadakan dirumah saya bagi menyambut ahli keluarga baru. Adik saya Mohamad Rizuan Foo menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan Nor Anis gadis dari Tumpat, Kelantan Darul Naim. Walaupun ala kadar, majlis disambut meriah dengan kedatangan tetamu yang tak putus-putus. Lebih kurang pukul 4.00 petang majlis beransur selesai.

Pada malamnya pula, ramai saudara mara yang masih ada duduk melepak dibawah kanopi sambil berbual kosong. Lebih kurang pukul 11.00 malam baru semua masuk tido.


DUKA....

Satu.....

Petang hari majlis, rombongan dari Kelantan mula mengemas untuk pulang. Dalam pada dok sembang, seorang ayah (dari rombongan Kelantan) memegang erat tangan anaknya untuk melintas jalan. Untuk makluman rumah saya hanya terletak ditepi jalan utama. Dahulu, sebelum siapnya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), jalan dihadapan rumah saya adalah jalan utama. Oleh itu banyak kenderaan laju lalu-lalang.

Tiba-tiba, terdengar bunyi brek kenderaan memberhentikan kereta secara tiba-tiba. Terdengar pula Pak Uda saya menjerit "Ya Allah, anak sapa ni woi". Rupa-rupanya anak seorang kanak-kanak yang hampir kehilangan nyawa digilis kereta. Umurnya masih panjang apabila kereta itu sempat mengelak. Dengan pantas saya dan adik mengalihkan kanak-kanak itu dari tempat kejadian. Tangannya digilis kereta tersebut. Dengan cepat sepupu saya menghubungi ambulan untuk datang ditempat kejadian. Tapi sebelum tu sempat la jugak saya dan adik saya yang tengah belajar di Kolej Kejururawatan Kuantan memberikan bantuan mula kepada mangsa. Bapa mangsa menangis teresak-esak menyesal tidak memimpin anaknya melintas jalan.

Tak sampai 10 minit, ambulan sampai dan terus dibawa ke Hospital Besar Taiping untuk mendapatkan rawatan yang seterusnya. Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kecederaan yang serius dan tiada kepatahan walaupun ada bekas digilis tayar di lengan kanannya.


Dua....

Pada pukul 12.15 pagi, 26 Disember 2009, setelah beberapa urusan majlis selesai, barulah saya dapat merehat dan membersihkan diri setelah seharian tak mandi (dah macam masuk hutan pulak). Selepas siap mandi saya makan. Tepat pukul 12.30 pagi, telefon berdering. Adik saya An angkat. Kami mendapat perkhabaran bahawa Mak Nek, makcik kami yang paling rapat dan paling dekat masuk hospital akibat sesak nafas. Gagang diletak. Tak sampai setengah jam, telefon berdering sekali lagi. kali ini saya pulak yang angkat. Terdengar suara menangis teresak-esak dan perkhabaran duka saya terima " Yasir, Mak Nek dah tak dak". Innalillahiwainaillahirajiun.... berderau darah saya rasakan. Ahli keluarga yang baru hendak melelapkan mata kembali celik.

Masing-masing memegang telefon menyebarkan perkhabaran sedih kepada sanak saudara yang baru saja pulang dari majlis siang tadi. Keesokkannya, jenazah tiba dari Hospital GeorgeTown Pulau Pinang. Jenazah selamat disemadikan tepat jam 11.30 pagi.


Dalam suka mesti ada duka. Setiap kejadian ada hikmahnya.

Apapun tahniah saya ucapkan kepada adik saya yang kini telah bergelar suami. Langkah bendul pulak tuh....

Kepada keluarga Arwah Mak Nek, diharap dapat bersabar dan redha dengan pemergian ibu yang tersayang. Al-Fatihah....

5 comments:

nomiey 08 said...

sudah ditakdirkan dalam kehidupan kita..
kita sebagai hamba menerima apa jua keadaan dgn seadanya..
tahniah ats perkahwinan tu..
tuan punyer diri ble pulak..??
takziah atas segala kisah duka y berlaku..al fatihah...

perjalanan said...

tahniah & takziah...
slmt tahun baru...


salam perjalanan...

Anonymous said...

Takziah... dan tahniah dpt adik ipar....

-*EmiKo NoMiYa*- said...

takziah atas pemergiannya...
bersabarlah menghadapi dugaan...
sorry, anyah tak dapat pegi kenduri..sbb 26hb tu anyah daftar kat uthm..24hb dah bertolak gi johor..tahniah kat an..

aie akaike said...

ang bila lagi??