Friday, July 17, 2009

MEOW....


Boy, Ning, dan Teh adalah antara nama yang pernah saya gunakan untuk KUCING peliharaan saya. Saya ni sebenarnya seorang yang sayang sangat sama kucing. Cukup pantang kalau nampak orang buat kucing tu tak tentu hala. Dari kecil lagi saya membesar bersama kucing. Cuma sekarang ni jer tak sebab budak rumah ada yang tak suka kucing. Cinta Kinabalu pulak takut kat kucing. Pernah dahulu saya menyelamatkan nyawa seekor kucing yang hampir mati tercekik tulang. Saya takkan lupakan peristiwa itu sampai bila-bila.
Pada mulanya saya melihat kucing itu terbatuk-batuk dan seperti cuba mengorek mulut dengan kaki hadapannya. Lama-kelamaan saya lihat ia mula baring dengan keadaan mulut dan lidahnya bertukar ke warna biru. Alamak, mesti ada something wrong. Saya kemudian dengan perlahan cuba untuk mendekati kucing tersebut. Kalau tak silap saya, kejadian itu berlaku ketika saya berumur 12 tahun. Dengan berani saya cuba membuka mulutnya untuk melihat apa yang tak kena. Rupa-rupanya ia tersangkut tulang. Saya cuba untuk mengelurkannya dengan menggunakan tangan saya sendiri. Tetapi, mungkin kerana sakit, kucing itu meronta-ronta dan secara tak sengaja mencakar tangan saya. Dapat la saya stripe free. Saya masih berfikir macam mana untuk menyelamatkannya. Dengan tak semena-mena saya terfikir untuk membalut seluruh badan kucing tersebut dengan selimut. Senang sikit nak pegang tanpa dicakar. Saya kemudian memeluk kucing tersebut dan dengan pantas saya memicit mulutnya supaya ternganga dan dengan menggunakan jari kecil saya ketika itu mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di tekaknya. Alhamdulillah, kucing itu selamat walaupun terdapat sedikit luka di tekaknya. Tapi sayang, kucing tu tak lama dengan kami sebab mati kemalangan. Biasa la kucing jantan. Merayau cari pasangan, dah kena berkubur atas jalanraya.

Ada juga satu kes lagi dimana kucing lain yang kami pelihara kena patuk ular rasanya. Bahu sebelah kiri mula bernanah dan sel-sel kulit serta isi mati perlahan-lahan sehingga boleh menampakkan tulang. Kami cuma sapukan ubat luka dan balut sahaja kerana menyangkakan cuma luka biasa. Dua minggu kemudian kucing itu menemui ajalnya.

Ada seekor kucing lain yang pernah kami bela ni pelik sikit. Semua ia makan. Makan goreng pisang, jilat sambal belacan, makan ulam, durian dan macam-macam lagi. Tapi tak lama kami bela sebab ia betina. Mak tak suka. Maka terpaksalah buang kat tempat lain.

Satu benda yang selalu saya buat bila nak bagi kucing makan ialah saya akan cuba menyediakan makanan kucing sesedap yang mungkin. Saya akan ambil segenggam nasi, dimasukkan kedalam mangkuk, ambil sesekor dua ikan goreng. Kemudian saya akan asingkan tulang dan isi. Tulangnya saya buang, pakai isi sahaja. Kemudian saya gaulkan nasi dan lauk serta tambahkan sedikit kuah. Last sekali saya akan rasa sedikit makanan tu, kalau sedap baru saya akan bagi kucing makan. Yang bestnya, kalau saya buat macam tu, makanan itu akan habis licin dijamah kucing.

Sekarang ni, cuma tinggal Ning saja kat umah. Setiap kali balik saya akan tidur ngan Ning. Sedap tau kalau tido ngan kucing. Ada yang kata, kucing boleh buat kita dapat penyakit lelah. Tapi Alhamdulillah kami sekeluarga tak der. Mungkin dah rapat sangat dengan kucing kot.

Yang penting, jangan kita dera kucing dan juga binatang yang lain. Ini kerana ia juga adalah makhluk Tuhan yang berhak hidup di muka bumi ini. Sejak dari dulu saya masih berpegang pada Persetiaan Pengakap yang ke-Enam (Kasihkan Binatang)

.

6 comments:

Lennyek said...

tp bbh suka kepak kpala kucing..xbaik tau..
pastu suka masukn dlm mulut..ish..

FoO dA fIrSt#1 said...

tu tandanya sayang.....
kucing pun suker.....

Anonymous said...

bagus la tu abg b-cher
Mmbelai binatang juga adalah satu medium utk melepaskan tekanan...
Papepun,hang memang sweet n cute la..hehe

Boy chong hwa

ajoy87NF said...

Aku dulu xsuka sgt kucing tp bila aku p umah kwn aku bela kucing.
aku pun mula kasihkan binatang ciptaan Allah ni...
Tp hang jht gak! Hang masukkan kepala anak kucing dlm mulut hang berbau tu!!!! Kejam!!! Hehehehe...

perjalanan said...

x sangka hang ni mkn kucing...isk3, kejamnye...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

tu bukan kejam, tu tandanya sayang...