Monday, August 31, 2009

IS HE/SHE IS TRULY MY FRIEND???

"Everyone we meet has something to teach us." - unknown

===============================================================================================================

Sesuatu yang boleh difikirkan. Adakah kamu seorang rakan yang baik..............?

Ciri-cirinya:

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

.

4 comments:

ShAriFfAh NoR Binti Mohd Din said...

salam.. kawan yang baik? betullah yang dikatakan 2...tapi yang penting hati dia ikhlas nak jd kawan kita susah senang & baik buruk kita sanggup diterimanya.. bila nak blanja nie...sibuk memanjang...

aboy said...

waahhh..madah berhelah abg b-cer
Papepun,betul la apa yg dikata tu..:-)

-angah- said...

salam...

saya sokong...betul..betul..janganlah kt berkawan hanya sekadar pada hartanya tapi berkawanlah pada tuan empunya harta... bila sudah tiada harta, kawan pun tiada... fikir2 dan renungkan..selamat beramal...


hahahahaha....

azrowani said...

yg paling sy suka... jangan mengata belakang kawan... remuk bekecai hati bila terdengar bes fren sndri mengata kta kt blkg... huhu... disebabkan nk jg friendship wt bodo je la... simpan je dalam hati...