Friday, September 11, 2009

SAMBUT RAYA DULU SAMBUT RAYA SEKARANG

Pabila Ramadhan menjelma, saya akan mula mencari pelita minyak gas, mula memotong buluh untuk dibuat tiang dan dipacakkan disekeliling rumah. Semangat nak raya padahal baru saja bermula puasa. Dalam pertengahan bulan Ramadhan, kedai-kedai runcit mula menjual bunga api dan mercun. Dulu tak macam sekarang, jual mercun tak salah. Sanggup korek tabung dan mintak duit kat mak nak beli bunga api dan mercun. Malam ja, pakat dok main ramai-ramai. mercun apa yang tak pernah main, mercun lada, mercun papan, mercun telur naga, mercun mancis, mercun roket, mercun bunga, mercun gasing, mercun ayam, mercun lebah, mercun zig zag, mercun das, mercun payung terjun, dan mercun buatan sendiri. Semua saya dah pernah main...

Lepas zaman mercun kecik-kecik dah abis. Beranikan diri main mercun yang kuat bunyi lak. Dah pandai beli mercun ketupat, mercun bola, mercun telur, meriam tin, meriam tanah dan juga main meriam buluh. Dah macam berperang rasanya bia bunyi dah macam bunyi tembakan senapang dan meriam. Satu peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketikasaya dan rakan-rakan mencari buluh untuk dibuat meriam. Ketika sedang asyik menebang, tiba-tiba mata rakan saya, Firdaus a.k.a. Dasa, terasa seperti ada sesuatu. Dia meminta kawan saya Hafizal a.k.a. Pizal untuk melihat apa yang ada. Dengan tiba-tiba saya dengar Pizal ketawa besar, dia kata ada pacat kat mata Dasa. Kami masing-masing melihat dan ketawa sebab kami rasa pelik macam mana pacat boleh masuk dalam mata dia. Dasa pada masa tu dah menjerit-jerit. "Woi, tolong aku woi, aku tak mau buta" Lagi la kami gelak. Nasib baik pada masa tu abg dia ada sekali. Ada bela kuk panjang. Jadi abang dia pun keluarkan.


Malam tu kami masing-masing bawak buluh kami yang dah di'set-up' ke batas tali air belakang rumah Dasa. Apalagi, berdentum-dentam malam tu. Ada sekali kami pernah kena rush ngan polis. Habis semua meriam dicampakkan kedalam parit. Kemudian esok petang sanggup menyelam ambil balik dan main semula pada malam tu. Selepas beberapa tahun layan buluh kami tukar pulak pakai gelung (salur paip pengairan longkang sawah padi). Mana dapat stok? apa lagi pi curi kat bendang orang la (Jahat betul). Lepas tu pulak pakai tiang telefon. Dulu tiang telefon diperbuat daripada besi. Sanggup abiskan berhari-hari nak potong tiang tu. Asalkan dapat main. Bunyi dia pun lagi kuat.



Dah abis zaman meriam, layan balik mercun bola, mercun ketupat, mercun telur dan thunder clap. Tapi main lagi advance. Siap baling bawah kerusi orang tengah duduk, celah kaki, dan kawasan yang agak merbahaya. Tapi, Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku.



Tapi sekarang, penjualan mercun tak macam dulu. Dah diharamkan. Tapi masih berleluasa. Baru saja Ramadhan bermula, dah ada berita budak putus sana, putus sini. Mana taknya, budak-budak yang masih berhingus, dah bagi mercun bola, mesti la depa tak tau benda tu bahaya. Masa saya dulu-dulu, kecik-kecik boleh main bunga api saja.

Ada pulak lagi yang pandai-pandai buat mercun sendiri, pastu tak pikir ciri-ciri keselamatan. Tu yang dapat habuan tu. Tapi yang sebenarnya mercun ni memang bahaya. Tak kisah la pandai main ker, pandai buat ker, memang bahaya. Oleh yang demikian, jangan la bermain mercun.

p/s: Tapi kalau ada stok mercun bola free tu, roger-roger la. Nak buat stok masuk hutan. Keselamatan.
.

8 comments:

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Ya ka buat masuk hutan untuk keselamatan....
Betoi ka tu, jangan goreng la...

ShAriFfAh NoR Binti Mohd Din said...

salam... kene haram lagi orang suka main tau...nak mercun? apa kata tanya tokey kilang mercun kak sepia hahaha..siap ada diskaun lagi hehehe bukan jek blh bwk masuk utan tapi g berperang pun leh kekeke

aboy said...

hehe..xyah tunggu raya pun lanun akan ada mercun..=)

Haron said...

salam,
Bahaya bro main mercun. Tak leh nak salam nanti. Sebab tangan dah pakai glove. Tak salam tak dapat duit raya...

aishahadnan said...

salam... hari tu mercun mane ntah yang meletup kat blakang abg yasir kan3....

buat duit online said...

Salam..memang takleh kenang la raya zaman dulu..cam nak nagis..hoho

ruhani said...

haha..best kan raya zaman dulu,
skrg ni raya mcm tak der feel, ank2 n bdk2 zaman skrg tak setaksub kita zaman dulu...

Anonymous said...

Tu dia raya zaman 80an masih ku ingat bila malam nak raya pukul 3 pagi dah mula bangun bakar mercun meletup letup sambung menyambung dengan meriam satu kampung! Mak dan saya sibuk memasak dari malam raya sambil pasang langsir...lagi seronok Time pengumuman nak raya sume excited ESOK Raya ke Tidak???Perghh