Thursday, August 20, 2009

EscapExplorExperience KAPAS 09

Salam, 14 – 19 Ogos 09 yang lepas, saya dan rakan-rakan alumni yang lain telah berangkat ke Pulau Kapas untuk mengendalikan perkhemahan akhir pelajar Ijazah Pengurusan Sukan 221 dan Diploma Pengajian Sukan 113 PLK-PDRM & e-PJJ. Seramai 41 pelajar ijazah dan 24 pelajar diploma Berjaya menamatkan perkhemahan akhir mereka tanpa sebarang kejadian yang tak diingini berlaku, Alhamdulillah. Namun di sepanjang tempoh perkhemahan pelbagai aksi dan perkara yang terjadi. Ada yang sedih, ada yang gembira,dan ada jugak yang tak berapa nak sempoi terjadi.

Dalam perkhemahan kali ini, saya diberi tugas untuk menjaga Navigasi dan Abseiling. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun aktiviti Abseiling tidak dapat dilakukan di tempat yang sepatutnya, namun dapat juga saya memberikan sedikit tunjuk ajar dan teknik untuk set-up kepada para peserta. Navigasi pula, tak semua yang dapat melengkapkan task. Tetapi Alhamdulillah, pada hari terakhir aktiviti semua peserta ijazah dapat melengkapkan kesemua task yang diberi dan yang paling penting semuanya telah berjaya menawan puncak paling tinggi di Pulau Kapas.


Perkhemahan kali ni juga menampilkan kemunculan semula seorang alumni PERLU yang telah mengalami kemalangan pada awal tahun ini iaitu saudara John. Memang dari pemerhatian saya menampakkan beliau seolah-olah melepas rindu untuk beraktiviti outdoor. Walaupun kaki kanan beliau belum sembuh sepenuhnya, namun komitmen yang diberikan amatlah tinggi. Yang aling tidak boleh dilupakan adalah hasil tangan John memasak. Memang tak disangka selepas berehat beberapa bulan, teknik dan kepakaran memasak beliau semakin mantap dan sedap. Memang amat memuaskan hati pelanggan. Bukan saja memasak, beliau juga turut menyertai beberapa aktiviti dan bertindak sebagai paparazzi dalam dinghy. Cayalah lu John. .....
Selain itu, ada juga perkara-perkara yang berlaku berada diluar kawalan dan dan perancang sehingga menyebabkan sedikit kerugian. Bukan pada perkhemahan, tetapi kepada beberapa individu yang terlibat. Dalam kejadian tersebut, saya merasakan perlunya ada sikap bertanggungjawab terhadap harta benda sendiri. Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi sendiri barang tu, sendirilah jaga. Kalau berlaku sesuatu biar diri sendiri yang bertanggungjawab. Janganlah sampai orang lain terasa bersalah dan kerugian. Tapi apa nak buat bukan kita yang menentukan. Mungkin ada yang akan terasa, tapi ini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Maaf……

Kepada pelajar Diploma PLK-PDRM dan e-PJJ pula, walaupun kebanyakkan daripadanya sudah agak berumur, namun komitmen dan tanggungjawab yang diberikan tidak boleh dipertikai. Pada mulanya saya merasakan mungkin saya susah untuk memberi arahan kepada mereka (maklumlah, rasa hormat), namun atas dasar niat untuk memberi tunjuk ajar saya kuatkan diri. Alhamdulillah, respon yang diberikan amat bagus sekali.

Kepada BOSS, jutaan terima kasih diucapkan kerana masih sudi menjemput dan percaya pada saya untuk mengikuti dan mengendalikan perkhemahan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para peserta yang memberi kerjasama hingga tamatnya perkhemahan. Saya mintak halal makan minum sepanjang program dan saya juga menghalalkan sekelumit ilmu yang sempat saya kongsi bersama peserta semua. Saya juga mendapat ilmu baru ketika di sana. Jumpa lagi di final camp seterusnya. Amin…….

.

2 comments:

Lennyek said...

semua da gelap..huhuhuuu..

WARNA WARNI KEHIDUPAN said...

Cik cuba la senyum sikit.... baru la nampak handsome....