Friday, September 11, 2009

ADAKAH INI BALASAN?

Semalam, saya dan Anis pergi berbuka puasa bersama bekas peserta Gunung Kinabalu UMAG di Jalan Dato' Keramat. Ntah mengapa tika masa dan detik itu, masing-masing terlupa untuk mengingati satu sama lain. Mungkin kerana terlalu memikirkan untuk mengisi perut yang sudah lapar dan dah sabar untuk menjamah juadah berbuka. Kereta diparking ditepi jalan, dikunci dan terus beredar tanpa menyimpan barang berharga di dalam kereta. Kerana terlupa untuk membawa telekung, Anis meminta kunci kereta pada saya dan pergi mengambilnya di kereta. Masih tidak menyedari, dia kembali semula untuk menunaikan solat. Hanya beg telekung sahaja yang diambil. Tak usik apa-apa.

Melihat jam di handset, sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Saya pun ajak Anis untuk beransur pulang memandangkan ada kerja yang perlu diuruskan di Shah Alam. Semasa menghampiri kereta, dari jauh terlihat pantulan seperti manik-manik kaca di atas bahu jalan. YA, RABBI.... kereta Aus kena pecah.. tanpa berfikir panjang Anis terus teringat laptop yang ditinggalkan dalam kereta tadi. Kami terima nasib yang sama, Deraian indah serpihan kaca yang berderai turut berada ditepi kereta umpama pasir bertaburan di tepi pantai. Ya, Allah, kereta dia pun kena pecah jugak. Laptop company dah kena remabat. Terus saya menghubungi Aus untuk memaklumkan kepadanya. Setelah mengambil beberapa keping gambar dan membersihkan serpihan kaca yang ada dalam kereta kami pergi ke Balai Polis Dato Keramat. Selepas membuat laporan kami dikehendaki ke Balai Polis Sentul untuk berjumpa pegawai penyiasat. Lebih kurang pukul 2.00 pagi baru kami sampai dirumah.



Apa kejadahnya la penyamun ni, dah tak dak kerja lain ka? Memang tak dinafikan ianya berpunca dari kelalaian sendiri. Tapi yang peliknya kenapa masa tu kami betul-betul terlupa, selalunya kami ingat. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Jika difikirkan balik, mungkin ini juga balasan terhadap perbuatan kami yang lampau.

Apapun kami redha keatas apa yang berlaku dan menganggap ini sebagai dugaan di bulan yang mulia ini.
.

6 comments:

aimanarif said...

salam,sabarlah.. penyamun skrg memang ada alat nak kesan laptop dlm kete.. apapun sabar banyak2 k... bukan sebab kesalahan lalu.. tapi mungkin kita x sangka dan x jangka perkara itu akan berlaku..

azhani said...

ya Allah..kdg2 kite tak sedar yg Tuhan bole bayar cash bile2 masa je..tp kena beringat gk barang2 dlm kete..wpun tak berharga tp penyagak2 tu bkn tau pe...y die tau, pecahkan aje cermin...kena beringat sesama kite..

Apize said...

kena lagi...

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

safety first selalu digunakan dalam rekreasi..safety first juga penting untuk brg2 sendiri..moga2 perkara sebegini takkan berulang lagi..biar pecah cermin jgn hilang brg b'harga..

ain fathihah fhm said...

salam singgah

Haron said...

Salam Bro.
Lap Top benda berharga kalau hilang pun puas jugak hati si penyangak tu dapat barang berharga. Ada yang lagi malang, Cermin kete nak ke oder kat luar negara, barang yang hilang cuma coin aje. Cermin tu l/k RM2500/- tak berbaloi langsung. Depa kalau ada peluang,..berdezup..gerenti ghaib.