Monday, May 26, 2008

AL-KISAH....... (PART 1)

Salam kepada semua, nak dijadikan cerita, sejarah kala saya mula jath cinta kepada rekreasi. Bermula dibangku sekolah, di Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, Simpang Empat Semanggol, Perak di pimpin oleh Cikgu Fadhil, mendaftarkan diri masuk Pengakap, habis semua keris diambil. Gangsa, Perak, dan Emas. Pergi camping kat sekolah-sekolah. Dah abis sekolah rendah, beralih ke menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol, masuk pengakap jugak. Kali ni dipimpin oleh Cikgu Adli dan Cikgu Hasbullah. Tak semua lencana dapat amik, sebab lebih concerntrate kat hoki. Tapi, ada jugak masa p camping. Hutan pertama yang saya masuk untuk ber ‘camping’ adalah di Pulau Ubi di Tasik Bukit Merah pada tahun 1998 (Tingkatan 2 masa tuh). Memang best. Kenal pulak ngan Abang Saiful kat sana. Dia tu agak rekreasi gak orangnya. Banyak blajar dari dia tentang ilmu hutan ni. Sekarang dah lost contact. Last sekali dengar dia kerja kat Pulau Pangkor. Kalau jumpa sekarang pun, mesti tak kenal.

Habis masa sekolah, masuk UiTM. Pada mula-mula tak cergas pun dalam outdoor ni, still dengan hoki jer sehinggalah saya kena buat praktikal kat Jerejak Resort and Spa, Pulau Pinang pada tahun 2004. Dari situ baru saya kenal apa itu Wall Climbing, Rappelling, Abseiling, Flying Fox dan macam-macam lagi. Masa kat sana saya tuntut ilmu abis-abis. Terima kasih kepada Abang Syam, Abang Faizal, Abang Wan, Ee, dan En Adnan yang banyak membantu dan memberi ilmu kepada saya. Tapi, saya paling berterima kasih kat Abang Sham kerana bagi saya dia yang paling banyak bagi tunjuk ajar, tak pernah lokek bengan ilmu, dengan dia lah saya belajar ikatan pencuri, setting tali, dan macam-macam lagi. Bila dah abis praktikal, saya dah tak pegang benda-benda tali sehinggalah saya sambung ijazah di UiTM Shah Alam. Pada masa yang sama pensyarah En Sadek Mustaffa yang pernah menjadi penyelia semasa saya praktikal di Pulau Jerejak dulu menasihati saya supaya menyertai apa-apa persatuan rekreasi. Katanya ilmu yang saya dapat ketika saya praktikal dulu tak seharusnya lenyap begitu sahaja. Dengan menyertai persatuan, saya boleh kembangkan dan mempertingkatkan ilmu saya dalam rekreasi terutamanya “ High Rope Course”. Memang rope course adalah minat utama saya.

(alamak, macam panjang la plak, tak pe, ni baru part 1. nantikan kemunculan part 2. Tungguuuuuuu……. )

No comments: