Saya berhenti sekejap, tunduk-tunduk, alamak tayar pancit pulak. Nasib baik pancit tak jauh, cuma 2 km dari exit Behrang. Belasah jugak naik sampai ke kedai moto. Bila di periksa rupa-rupanya saya terkena ‘Bobby Trap’. Mekanik yang tukar tiub itu mencabut 2 batang paku 1 inci yang masih berkilat macam baru keluar kedai. Mesti kena Bobby Trap jugak.
Kenapalah ada orang yang sanggup buat macam tu. Dok tabor paku kat jalan. Dah tak dak keja lain ka? Bukan saja merugikan mangsa, tapi membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Katalah seorang penunggang motosikal terkena paku tu. Pastu hilang kawalan, pastu kena hentam pulak dengan kereta ka, bas ka, lori ka. Tak pasai-pasai beraya kat hospital. Tak pun tak dapat beraya sebab dah mati. Apa depa tak pikiaq ka kalau kena kat mak bapak depa sendiri, adik-beradik sendiri atau saudara-mara mereka sendiri. Nak cari rezeki pun guna la cara yang lain. Jangan la sampai nak mempertaruhkan nyawa orang lain.


paku yang masih suci lagi murni, selamat bengkel dekat.
Menurut mekanik yang membaiki tayar motosikal saya, mereka yang dok standby kat highway tu mengenakan harga yang tak masuk akal. RM 80.00 untuk satu tiub. Apa kejadahnya sampai mahal macam tu…..
Alhamdulillah, selepas tiub ditukar, saya tak lagi kena jerat Bobby Trap. Sampai ke rumah. Dapatlah sambut raya dengan Mak dan Adik……
.
.
1 comment:
ala ciannya..
Post a Comment