Thursday, July 3, 2008

MALANG TAK BERBAU

Pada 26 Jun 2008, TEAM TACT telah dijemput untuk mengendalikan aktiviti Abseiling di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Seksyen 26. Antara yang turut serta mengendalikan program ini ialah saya sendiri, Mustakim, Shawn, Diela, dan Lenny.



Diela, Shawn, Mus dan Lenny sibuk setting tali....



Alhamdulillah, sesi pertama sebelum kami berehat sebentar berjalan dengan lancer. Setelah berehat seketika, kami sambung balik. Saya bertukar dengan Mustakim setelah saya menjadi sebagai pelepas diatas pada sesi pertama tadi. Selepas beberapa minit Mus naik keatas, tiba-tiba ada seorang pelajar memanggil saya meminta First Aid Kit. Saya tanya kenapa dan dia kata abang kat atas luka. Saya pun bergegas naik keatas dan terkejut melihat lantai koridor penuh dengan titisan darah yang masih cair.

Kemudian saya pandang ke arah Mus yang sedang memegang tangan kanannya yang berlumuran darah. Cepat-cepat saya membuka First Aid Kit yang kami bawa. Semasa merawat Mus, mengucap saya tengok tangannya yang terbelah agak dalam. Macam mana boleh kena saya dia pun tak tau. Tau tau ja dah meleleh darah. Pada masa yang sama pula, Shawn pula sampai dan terus suruh dia hantar Mus ke klinik berdekatan kerana luka Mus memerlukan jahitan.




peserta yang terdiri dari pelajar sekolah menanti giliran untuk pakai harness.


antara aktivitio sampingan pada hari tersebut


Selepas itu terpaksalah saya dan Lenny mengendalikan Abseiling berdua sahaja. Setengah jam selepas itu, Shawn dan Mus balik. Nasib baik tak teruk, kena 4 jahitan sahaja. Itulah orang kata, malang tak berbau. Bila-bila boleh jadi. Tapi kita manusia kenalah berwaspada dan berhati-hati setiap masa.




mus, menunjukan luka yang telah selamat dirawat. merasa la jugak 4 jarum....

2 comments:

Anonymous said...

kita taktau apa yang berlaku di masa hadapan..saya sudah cukup berhati2 tapi masih lagi kena..alhamdulillah tak teruk even tempat kejadian nampak macam teruk giler..oleh itu kepada semua rakan2 diharap dapat berhati2 ketika menjalankan aktivti..kita tak mintak tapi benda yang boleh dielakkan cubalah dielakkan...but this is the first time saya kena mcm nie..agak tekejut jgak la..
-mangsa-

Anonymous said...

kenapa bleh cedera?
xde safety tok mereka ke?
kasian abg.PERLU kite nie....