Wednesday, August 27, 2008

COSH 2008

Semalam TEAM TACT telah mendapat jemputan dari All Sport Equipment Sdn Bhd untuk menghadiri Conference and Exhibition on Occupational Safety and Health di Kuala Lumpur Convention Centre. Saya, Shawn dan Mus bergerak ke sana dalam tengahari. Sampai di sana, nak cari tempat plak susah. Biasa la, jarang pi sana. Saya pun baru 2 kali jer sampai. Pusing sana, pusing sini. Beberapa lama selepas itu baru jumpa pintu masuk tempat pameran tu. Kat sana bukan saja ada pameran COSH 2008 saja, macam-macam program ada kat situ. Dah jadi penuh tempat tu.






Lepas register, kami pun masuk. Banyak booth-booth dibuka dan kebanyakannya bercirikan keselamatan kerja ditempat tinggi dan penyelenggaraan bangunan. Alatan yang digunakan pun sejenama dengan alatan yang kita pakai untuk buat aktiviti tali aras tinggi. booth pertama yang saya tuju ialah booth PETZL (Allsport). Bukan aper, saya sebenarnya nak tuntut janji staf kat situ. Nak tahu apa dia? hehehehe... Selain itu, ada juga booth yang bercirikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.






Ini membuktikan bahawa betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan dalam kehidupan harian masyarakat. Seperti yang selalu ditekankan oleh instruktur-instruktur PERLU. Safety, safety, safety…….


.
.

2 comments:

Anonymous said...

org perak erk...?bagus2...sedara kat gerik kt mana?memeang best pekena makanan 2...sedapnye... xpe2 balik nti mesti mkn...hehehe...

Rindu Alam Indah said...

salam..terima kasih coz sampai ke COSH..ALLSPORTS equipment bkn sahaje ade brg PETZL tetapi juge ade menjual
'FixLine'..so kalo berminat nk jual bende ni bleh la dtg ke kedai kami..huhuhu..tp SOMAIN xkluar stiker la...ahakz..