Friday, August 29, 2008

DARI KIRI…. CEPAT JALAN……

Semalam bersamaan 28 Ogos 2008 adalah hari ulang tahun kelahiran En Hisyam Che Mat yang ke 34. Pada pukul 3.42 petang saya menerima panggilan daripada Ateh untuk menemaninya ke Jaya Jusco Bukit Tinggi. Nak beli Crocs bos buat hadiah. Pukul 4.00 petang, saya ambil Ateh di FSR. Dengan pantas dan selamat kami sampai Bukit Tinggi. Dah macam explorace dah dalam JJ tu. Kalut dok cari butik Crocs. Al-maklumlah, first time sampai. Tak tau selok-belok lagi. Bukan apa, lagi satu kami takut lambat. Dah janji nak gerak ke rumah bos pukul 5.00 petang. Cari punya cari jumpa jugak. Dah sampai, dok penin nak pilih yang mana. Akhirnya kasik yang design baru la. Nasib baik teka saiz kasut bos ngam-ngam sui. Dengan pantas dan selamat kami bergerak pulang.

Sampai kat FSR, dah ada yang kumpul. Katek, Abey, Ecah, Sofwan, Mubin, Tracy, Nap, dan Boxer. Kami amik keputusan tunggu kat Hakim Baru. Tunggu arahan seterusnya dari John untuk bergerak ke rumah bos. Masa tunggu, makin ramai yang datang. Hafiz Hadran, Tengku, Ayu, Atiq, Boyington, Dayah, Syam dan amir. Bila dah dapat green light dari John, kami pun gerak.


"ADUH...HANGPA BUAT APA NI?"

Sampai ja kat umah bos, ingat nak wat surprise terus, tapi bos plak keluar beli barang. Alamak, kena menyorok dulu la. Tapi kereta ngan moto penuh depan umah. Apa cerita?
Tak pa, orangnya tak nampak. Kami berkumpul kat taman permainan berhampiran umah bos. Dalam dok kumpul tu, dok pikiaq nak buat surprise macam mana. Ada yang kata tunggu atas rumah la, ada yang kata sergah dalam rumah la, ada yang kata tunggu macam biasala, dan yang lawak tu sorok kasut, habis tuan kasut macam mana? Hahahahaaa.


HAPPY BIRTHDAY EN HISYAM 34

Tetiba tercetus idea nak kawad dari taman permainan tu. Siap buat rehearsal lagik tuh. Dengan kuasa yang ada pada Katek, dia melantik tengku jadi tukang command. Siap kena lapor tu. Lebih kurang 10 minit lepas tu, bos balik. Tengku memulakan arahan. “Dari kiri, cepat jalan”……….. “kiri kanan kiri, kiri kanan kiri….” Boxer bersuara. Habis jiran-jiran bos terpinga-pinga tengok. Apa benda la budak-budak ni buat. Dalam barisan, semua dok tahan gelak jugak. Macam lawak ja. Kawad sampai depan umah bos. Betulkan barisan. Tengku lapor kat bos. Masa tuh bos dok suruh kami masuk, kami kata tak pa teruskan aja. Bos siap menyorok belakang pintu segan orang tengok. Kami pun mula nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu. Habis nyanyi baru kami masuk. Masuk-masuk ja, azan Maghrib berkumandang. Kami Maghrib berjemaah dengan bos. Habis jemaah, kami menjamu hidangan yang telah siap tersedia disediakan khas oleh Angah dan Adzly. Selaku Presiden PERLU Katek menyampaikan hadiah yang dibeli oleh saya dan Ateh tadi.


ANTARA JUADAH YANG ADA


KATEK MENYAMPAIKAN HADIAH CROCS KEPADA BOS

Dalam pada tu, saya dok pelik jugak, awat Shawn, Mus dan Azmi tak sampai-sampai lagi. Dalam pertengahan majlis pintu diketuk. Macam dah tau sapa yang ketuk. Mereka bertiga bersama Cik Su pun sampai. SURPRISE. Lagi meriah la majlis tu bila ada ‘Bahan’ yang nak dibualkan. Sembang punya sembang dah dekat pukul 11. sebelum pulang kami tolong kemaskan apa yang patut. Kesian pulak kalau biar. Kak Liza pulak tengah sarat mengandung. Dah abis semua kami pun berangkat pulang.

P/S: nasib baik buat kat rumah, kalau kat luar mesti bos kena macam kat tasik aritu. Kena apa? Tepung la…..hehehe….
.
.
.

10 comments:

Nur Hanum said...

best nye...
ada kte org lg best...hahaha

nomiey 08 said...

fuh..mmg betui2 suprise ni...
cayalah PERLU..
seronok tgk keadaan mcm ni kn..
nak tgk la wajah kezutan en.Hisyam macmne..hehehe
ade pic x huhuhu..

FoO dA fIrSt#1 said...

masa tuh tengah nyanyi tak sempat nak amik...

aboy said...

hehe...mesti best kan bro...
Tapi lagi sekali aku xdapat hadir..huhuhuhuuhuhu

Stoner said...

selamat hari jadi boss~

sname said...

pic ade..
kena minta kak ija..
hehe...
merah muka bos..

tehah said...

bastnyer...
en syam senyum pai telinga 2...
hehehehe

izha said...

bestnye........
asal x ajak kiteorg,.........
der kiteorg agi meriah.........
hihihihihi

Lennyek said...

happy birthday boss..
abg boy...kte pon xdpt pg tau..tp xpe,org da wish da kat boss pg tu...

myWAY said...

eh,aper daaa katek2...
shariman@iman laa...
hehehe...