Monday, October 6, 2008

BALIK DARI KAMPUNG….

Semalam, pada hari raya kelima, saya kembali semula ke Shah Alam. saya bertolak pada pukul 4.30 pm. Sampai Shah Alam pukul 9.00 pm. Alhamdulillah, perjalanan pulang tida ada masalah. Tak dak lagi bobby trap. Tapi Cuma kena hujan saya sedikit semasa hendak sampai ke Shah Alam.

Keadan di lebuh raya agak sesak. Biasala, esoknya dah mula kerja. Tapi dalam kesesakan balik, masih lagi ada individu yang masih melanggar peraturan jalan raya. Apa rasa kalau kita beratur lama dalam satu barisan yang panjang, tiba-tiba ada orang yang baru sampai dengan senang lenang memotong barisan, walaupun hanya selangkah di hadapan kita? Inikan pula berlangkah-langkah. Ramai yang masih tak sedar, tidak adil bagi orang sanggup bersabar. Kalau dah lambat tu, lambat la. Tak payah la nak memotong. Ikut emergency lane pulak tu. Dah motosikal tak boleh nak lalu. Kalau ikutkan hati, nak sepak saja side mirror kereta yang tak sabar-sabar tu. Nasib baik pikir safety…..

3 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

sabaq2...depa mmg lagu tu, x sabaq...weh, nk kuih popia mini berlada, hehe...

FoO dA fIrSt#1 said...

popio mini berlada...
pandai-pandai ja bagi nama. aku pun tak tau apa nama kueh tu...

hijau bumi Tuhan... said...

bkn 'popio'...popia, hak2...


salam perjalanan...