Monday, October 6, 2008

PI BERAYA….

Alhamdulillah tahun ini saya sekali lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga dikampung. Tapi sayang, adik saya Rizuan tidak dapat pulang kerana tugas. Namun hari raya disambut tak kurang meriahnya. Sibuk sampai hari raya keempat. Selalu sampai raya kedua saja.



Sekali lagi beraya di perantauan...


Hari Raya Pertama

Selepas selesai mengerjakan solat sunat hari raya aidil fitri, rumah saya diserbu oleh rakan-rakan PMC Power. Selalunya rumah saya yang last-last. Ikut turn. Tapi tahun ini, rumah saya jadi yang pertama yang diserbu. Seharian masa dihabiskan untuk beraya di rumah kawan-kawan. Lebih kurang 13 buah rumah kesemuanya. Macam-macam yang dihidangkan. Dah tak larat nak bedal. Sampai yang rumah yang hujung-hujung larat minum air saja. Tank dah full.

(PMC Power: Yasir, Muiz, Pizal, Aro, Seni, Tempek, Lan, Lee, Dasa, Pezul, Dad, Najib, Otop, Atan, Arn dan Wan)


Hari Raya Kedua

Hari kedua untuk rakan-rakan kelas sekolah menengah. Sekali lagi rumah saya jadi yang pertama dikunjungi. Bila berkumpul macam-macam ceritalah yang keluar. Alhamdulillah, semua dah bekerjaya. Ada yang dah jadi Leftenan, ada yang dah jadi Manager, dan ada juga yang jadi Tauke Kayu Bakau yang berjaya serta dah ada yang bakal kahwin ujung tahun ini. Ahmad Fairuz bin Mat Yazid a.k.a. Peoih. Dialah yang jadi taukeh tu. Beliau jugak adalah rakan sekelas lelaki pertama yang bakal bergelar suami. Tahniah Peoih.

(Peoih, Cipoi, Achai, Hamdan, Hakim, Along, Mael, Kamal, Kamarul, Izani, Intan, Zakuan, Buden)










Nyaris terlupa, pada malamnya, Nur Azlan Shah bin Adam a.k.a. Lan Perlu ada datang ke rumah. Kami berjanji nak ke Pulau Pinang pi rumah Abang Malin. Tapi sebelum tu beraya kat rukah saya dulu. Tepat pukul 9.30 pm, kami bertolak ke Pulau Pinang. Setelah satu jam perjalanan, kami sampai ke rumah Abang Malin. Syarnizal juga turut sama ada di rumah beliau. Tiba-tiba Kak Nurul keluar bawak Kek Berlilin. Hai, sapa pulak sambut hari jadi? Rupa-rupanya tarikh hari raya kedua adalah tarikh hari lahir Mazlin Bin Othman a.k.a. Abang Malin yang ke 31 tahun. Memang langkah kanan. Tapi entah kenapa kami boleh lupa pasal blanket. Kalau tak…..



Apa-apa pun, selamat hari lahir kepada Abang Malin.



Hari Raya Ketiga

Hari ketiga saya tak keluar rumah. Turn adik saya pulak pi beraya. Tapi walaupun tak keluar, saya penat melayan tetamu yang datang rumah. Kawan Mak dan saudara-mara. Ada yang tak kenal pun ada. Tapi pada malamnya, saya dan rakan-rakan sekelas masa sekolah dahulu pergi ke Ban Pecah, Tanjung Piandang. Kami ada buat Barbeque sikit. Walaupun tidak terancang sepenuhnya, tapi Alhamdulillah berjalan lancar. BBQ abis pukul 11.30 pm. Kemudian kami bertolak pulang.


Hari Raya Keempat

Hari ini saya bangun lambat sedikit. Pukul 9.00 pagi. Tak sempat mandi, tiba-tiba ada 3 buah kereta mamasuki halamn rumah. Rupa-rupanya saudara sebelah arwah Tok Wan saya datang beraya. Kelam kabut cuci muka. Tak sempat nak mandi. Dengan keadaan yang agak tidak ready, kami sekeluarga melayang jugak tetamu yang datang. Sebenarnya saya menantikan kedatangan Abang Malin, Kak Nurul dan Maisarah datang ke rumah. Mereka dah plan nak mai masa saya pi rumah abang Malin masa raya kedua haritu. Selepas tetamu pulang, mak dan adik pergi ke Port Weld @ Kuala Sepetang kerana ada kenduri kahwin saudara disana. Tinggallah saya seorang di rumah menunggu ketibaaan Abang Malin sekeluarga. Lebih kurang pukul 2.30 pm meraka sekeluarga pun sampai. Nasi ayam pun dihidangkan. Mak saya masak sebelum keluar pergi kenduri. Setelah hampir dua jam bertandang, mereka bergerak pulang.

Terima kasih Abang Malin dan Kak Nurul sebab sudi datang ke teratak saya yang serba sederhana ni. (Under Construction)....

.

.

3 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

weh, ang x bwk blk kuih popia mini berlada tu ke...bak mai aku sepaket...sedap siot, hari tu malu plak nk bantai smpai abis, huhuhu...


salam perjalanan...

FoO dA fIrSt#1 said...

PIGIRAH...
malu-mali plak.

hafiztahar said...

hapy beday