Friday, September 12, 2008

“BAJU INI MELAYU YANG PUNYA”

"Ada pen marker dak, tulis kat belakang ‘baju ini melayu yang punya’” itulah kata-kata yang keluar cari mulut En Hisyam sesampai sahaja beliau pada Majlis Berbuka Puasa PERLU semalam. Kesian Boy Razif menjadi mangsa pertama dan Piyun mangsa kedua gurauan En Hisyam apabila mereka tidak mengenakan pakaian tema, iaitu Baju Melayu untuk lelaki. Hahahahaaa...
Antara juadah yang ada....(sebelum)


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan pada awalnya. Sesudah menjamah beberapa ketul kuih, kami semua berjemaah Maghrib dahulu kemudian baru sambung menjamu juadah yang lebih berat. Kemudian diikuti dengan ucapan para penasihat PERLU. Selepas itu, biasala bila Boy dan Abey memegang benda-benda yang boleh diketuk dan mengeluarkan bunyi, mereka terus menyampaikan persembahan secara otomatik. Disertai dengan alunan tamborin oleh Shariman. Alamat gamat la suasana kat situ....

En. Hisyam menyampaikan ucapan.....

Antara juadah yang ada..... (selepas)


Selepas itu pula kami berjemaah Isyak dan Terawih di Surau kat pool tu.

Lebih kurang pukul 10.00 malam, seorang demi seorang mula meminta diri untuk pulang.

p/s: kepada ajk penganjur, kelemahan adalah lebih baik dari kesilapan, sebab kelemahan boleh diperbaiki.......

.

.

1 comment:

hisyamchemat said...

Alahai Yasir,
Saya buat lawak ja, bukan sungguh-sungguh. Saya pun pernah terkena. Pakaian tak ikut tema.