Tuesday, September 2, 2008

LATTA HAMMER 2…

Salam, pada tanggal 30 Ogos 2008, seramai 14 belas orang PERLU telah menjalankan satu xtvt adhoc iaitu “latta hammer dua”. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancer walaupun ketika disana saya diserang sakit belakang. Tapi aktiviti yang lain berjalan lancar.


baru sampai kat exit Bukit Tinggi

Sampai ja kat sana, (lebih kurang pukul 5.30 ptg) kami bahagikan tugas, ada yang masak, ada yang cari kayu api, ada yang pasang khemah pusat dan ada yang bersihkan tempat. Dah siap semua, kami bersihkan badan dan bersedia untuk makan malam….

Dah siap makan malam, adalah dua tiga xtvt bawah khemah, aktiviti pertama kena nyanyi lagu yang berkaitan dengan diri sendiri, kedua, kena nyanyi lagu ikut perkataan yang disebut. Dalam game ni ada denda, lima yang pertama terkeluar kena rendam dalam sungai. Saja nak buat macam denda budak-budak camp. Slalu kita yang bagi, tapi kalini kita yang rasa. ketiga, main bom, dan kemudian, bila tepat pukul 12.00 tengah malam, kami ramai-ramai bangun nyanyi lagu Negaraku sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke- 51.

Lepas abis ja nyanyi, seperti yang dijanjikan kami berlima (saya, john, apize, napisah dan tracy) kena pakai life jacket siap sedia untuk di rendam. Mula-mula tu mak aih sejuk gila ayaq dia. Tak tahan wei. Tapi bila dah lama-lama dah rasa biasa ja. Pastu yang paling best bila dapat arahan “dalam kiraan lima saya nak semua ada kat atas darat”. Masa tu kepala dah pikir style lanun. Lari sambil sepak air lah. Habis semua yang berdiri kat depan basah. Hahahahaaaa.... saja buat macam tuh. Baru aci semua rasa sejuk…. Sori…

Abis xtvt tu, kami semua mula tido. Tapi saya ngan apize bukak khemah tido kat pantai bawah. Kat khemah pusat dah full. Tetiba pagi tu, lebih kurang pukul 5.30 pagi saya tersedar dan rasa sakit belakang. Saya naik atas untuk ambil ubat tahan sakit. Tapi ceita tu panjang lagi. Nanti saya story.


masa nak keluar dai Latta Hammer

Pagi tu kami ramai-ramai main air, balas dendam semalam tak sempat. Pada pukul 3.00 kami berkemas dan bergerak keluar dari latta hammer. Dalam perjalanan pulang kami singgah kat rumah Ellail Ain. Kat sana kami dijamu makan tengah hari, tapi dah pukul 5.00. dapa jugak pekena Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak. Fuh, balun sakan saya. Lepas tu kami bergerak pulak ke rumah Burn. Kat sana kena balun lemang pulak. Saya yang dah full tadi sempat pekena sekerat lemang ja. Dah tak leh masuk dah. Tak tau pulak ada rumah lagi satu kena pi. Kalau tau balun sikit ja kat umah El tadi.


masa kat rumah Burn balun Lemang

Dalam pukul 7.00 petang, kami beramai-ramai konvoi balik. 7 buah moto semuanya, Shawn, Abey, Ecah, Boxer dan Boyington naik keta. Yang lain naik moto. Saya, Napisah, John, Katek, Apize, Mus n Ana dan jugak Azmi. Dah lama tak konvoi reramai macam tu. Kami sampai kat shah alam lebih kurang pukul 9.30 malam. Alhamdulillah semua selamat.

P/S: bila nak buat latta hammer tiga pulak?
.
.

10 comments:

Lennyek said...

ini tidak adil..knape kte xtau plan korng..bile da nk pg baru kte dapat tau..huh..
latta hammer 3 sblm merdeka taun dpan la plak..latta hammer 1 kan lpas merdeka...hehehe

tehah said...

en yasir dah baik ker?

izha said...

amacm ner ngn sakit????????/
dh ok???????/

keLaPe daN orKiD..... said...

ahakz....tu la pasal kan bes gle time aritu abg makan lemang petang el makan mlm 2 huhuhuh

sname said...

lepas raya ade lagi

Stoner said...

selamat berpoce

cemoge yasir foooo cpt sembuh

ceq baru tau~

amin~

Stoner said...

selamat berpoce

cemoge yasir foooo cpt sembuh

ceq baru tau~

amin~

FoO dA fIrSt#1 said...

untuk makluman semua, alhamdulillah, saya dah beransur pulih. terima kasih kerana ambil tahu....

aboy said...

Lepas raya...Lata Tukul 3..=)

Lennyek said...

eh...jgn la byk sgt plan..pas raye kn ade bnda ln lg nk bt...ape kata g redang ujung taun..snorkeling!!beshnye...nk tngok nemo..ikan clown..hahahaha...